Friday, December 12, 2014

Concert & Graduation day

Asslamualaikum..

ha ni cerita concert & graduation day tadika mursyid masa di bintulu.. 
kena update jugak untuk tatapan di masa depan..







persembahan daripada anak-anak tadika.. mursyid di hujung sana..

dapat hadiah.. tapi malu2 dengan pompuan.. kakakka...

tahniah mursyid.. dpat jugak hadiah.. 





Thursday, November 27, 2014

aktiviti mencantum gambar

Assalamualaikum..

aktiviti homeschooling dengan mursyid semalam ialah mencantum gambar.. 
lebih kurang macam puzzle la.. tapi simpel puzzle.. mudah dan sesuai dengan umo dia la.. 
saya cari jek gambar kat google.. 
epas tu print. cari la gambar2 yang anak suke.. ayam ke ayam belanda ke ayamas ke... kekekeke... 

kalau pompuan mesti suka bunga kan.. ataupaun princess ke.. apa2 jelah.. 
kalau cantum gambar dia sendiri atau gamba mak dia pun menarik gak.. 
lagiiiii dia suka kottt.. hehehe


saya pilih gambar kura-kura.. sebab cute.. hehe


lepastu suruh dia warnakan gambar tu ...baru nampak menarik sikit kann


dah siap warna.. gunting pulak.. saya suruh mursyid gunting ikut garisan betul2.. 


lepastu gunting lagi kepada bahagian yang lebih kecik..


suruh dia cantumkan balik gambar yang dah digunting kecik2 tadi .. kemudian tampal pada kertas lain.. kalau boleh berlainan warna supaya lebih jelas hasil cantuman tu..


dah siap.. dia sibuk nak letak kat board dia


dia dah suka...dia suruh mama print gambar spiderman pulak.. pastu dinasour pastu bumblebee.. huh jenuhhhh... layan jela... mak dia tengah cuti.. memang masa untuk layan anak pun.. 

Wednesday, November 26, 2014

cepat membaca

Assalamualaikum..

sekolah cuti.. budak2 sekolah cuti..cikgu2 cuma cuti mengajar.. tugas lain tetap berjalan macam biasa.. tapi saya cuti mengajar kat sekolah je.. kat rumah tak pernah cuti mengajar ahmad Mursyid.. target saya sebelum masuk tahun 2015 dia mesti pandai membaca.. haa besar impian mak dia tu.. perlu usaha gigih ni.. mak gigih ajar..anak gigih main.. jenuhhh...

saya memang dah mula ajar dia membaca guna siri cepat membaca ,bacalah anakku sejak dia masuk 4 tahun.. sebelum tu saya ajar sikit-sikit je.. sebagai pengenalan..belajar sambil main-main..  
sekarang ni lebih serius dan lebih giat..tapi still jugak kena belajar sambil main... 
dah nama pun budak .. baru 4 tahun.. 
kalau tak de main-main ..tak denye dia nak tunggu tengok dan bagi tumpuan apa kita ajar..  
tak boleh terlalu garang..tegas pun kena bertempat.. layankan sikit-sikit bila dia nak main..
 tapi pastikan dia ikut apa yang kita ajar.. jangan lupa puji dia bila dapat membaca dengan betul.. 
dan saya akan kiss dia setiap kali dia dapat baca perkataan dengan tepat..
mesti konsisten ajar dia setiap hari.. tak leh cuti-cuti... 


dan alhamdulillah, sekarang ni dah nampak perkembangan yang memberangsangkan.. 
belum sampai 2 bulan saya ajar dia baca siri bacalah anakku ni, dia dah masuk buku ke3.. 
dan setiap kali dia dapat habiskan satu buku saya akan bagi hadiah kat dia.. 
itu yang membuatkan dia lagi bersemangat. 

selalunya saya ajar guna buku bacalah anakku je.. 
tapi memandangkan saya sedang bercuti dan ada banyak masa di rumah, saya buat sesuatu yang lebih menarik untuk aktiviti membaca mursyid..
mursyid suka..mak dia pun terlebih sukaaa la..ngehngeh

internet "slowlearner" hari ni,,,kekeke..  tak lepas2 upload video mursyid membaca dari tadi.. 
lenkali lah update video..









berkelah di hujung minggu

Assalamualaikum..

alhamdulillah cuti sekolah baru bermula.. baru tenang sikit jadual tugas cikgu.. penuh dengan tugasan suri rumah tangga pulak.. tapi tugas suri rumah memang sentiasa padat pun..

hari ahad baru ni, macam biasa la saya masak untuk makan tengahari,
abah mursyid pegi office settlekan keje dia.. dia suruh makan dulu sebab dia balik lewat.
saya bagi mursyid makan dulu sebab dia cakap dia lapar....
mamanye kenyang lagi sebab pagi tu dah makan nasi lomak..

tetiba abah mursyid wasap ajak g berkelah kat Pantai Temasya, Tanjung batu..
so saya pun berkemas cara nak berkelah la kan..

 pukul 4.30 tepat abah mursyid balik dan kami terus ke sana..lima menet je pun pantai tu dari rumah.. sampai sana elok perut dah merayu2 mintak di isi..
mana tak, makan tengahari pukul 4 .30petang.. bukan tengahari dah tu ..tengahari lanjut dah tu.. kekeke

sampai sana, cari port paling dekat dengan playground sebab senang mak n bapak nak isi tangki sambil memantau anak main playground.. hahaha...


menu simple jek..ayam paprik, udang goreng rangup n sayur salad plus sambal kicap

ada orang bawak diri makan tepi playground sorang2..sebab tak sabar2 nak main playground

abah mursyid dan anaknya.. 

perut dah kenyang..jom kita bergamba pulak


gambar ni diambil oleh jurugambar separa mahir.. amad mursyid.. haha

gambar cap ibu dan anak penutup aktiviti hari ni.. 




Monday, November 24, 2014

mangga asam boi

Assalamualaikum..

orang dah tak kecoh pasal mangga asam boia ni baru la saya terkial-kial nak buat entri.. hahaha.. 
tapi kan saya rasa kat bintulu ni memang diorang dah biasa buat jeruk buah dengan asam boi merah tu.. cuma tak de kecoh-kecoh dan viral kat fb  ... kekeke...

hari tu saya dah buat sekali..tapi guna buah mangga kicik- kicik... dapat sebekas  kecik  jek..
 tak puas makan. so saya suruh abah mursyid beli mangga lagi..
sekali dia bawak balik mangga gedabak ..
hah hadaplah kau mangga assam boi sampai ke tahun depan tak habis-habis..
itulah mesej tersirat dia..  kekeke..
memang perli tahap mendalam sampai ke urat saraf..haha

nak kupas n potong mangga tu pun makan masa setengah jam bagi yang mahir..
kalau separa mahir mau sejam ke atas.....
kalau tak mahir makan sehari gak kot...hahaha tipu ya amat..



cara buat dia semua orang tau kann..tapi nak bagitau gak..

 potong mangga .. basuh n toskan
pastu campak masuk dalam bekas..
campak asam boi,
campak gula beberapa sudu..ikut suka sedap mulut awak la nak manis mcmana..
kalau nak cepat dapat diabetes campak gula sebalang.. kekkee.. 
potong cili padi, campak masuk jugak.. kalau suka pedas campak banyak-banyak..
kalau tak suka pedas jangan letak langsung...
dah siap tutup bekas n buat goyang gerudi dengan iringan muzik kopi dangdut.. kekekkeke
pastu campak simpan dalam peti ais ....
biarkan semalaman baru sedap makan sebab dia dah bercampur dengan sebati.. dah mesra la kan...

tengok gamba ni je terus menitik ayo liyo... 
dapat dua balang.. gambar di ambil selepas mak mursyid bergoyang gerudi . kekekeke...

ehms nikmatnya makan mangga asam boia sambil tengok tb.. tak sedo dah nak habis sebalang...
tak sempat sampai tahun depan nampaknya..




Sunday, November 9, 2014

happy 4th birthday Mursyid

Assalamualaikum..

 26 oktober 2014, genap 4 tahun usia ahmad mursyid.. so mak dia pun gigih la buat kek birthday untuk si anak.. pastu sama2 dengan si birthday boy hias kek..
 hasilnya sangat comot..hahah.. tapi mursyid suka dan puas hati sebab dia sama-sama terlibat dalam mencomotkan kek tersebut..hehe...
lepas siap..tak sabar-sabar dia nak potong.. saya kata tunggu abah balik dulu baru potong.. 
dia pun ok tunggu abah.. tapi sementara tunggu abah balik dia dok colek coklat masuk mulut sikit2 dah... hahah..sangat perangai abah..opss







yeayyy abah dah balik.. boleh potong kek.. 


ini kek yang ditempah di kedai untuk celebrate dengan kawan2 kat taska pulak .
kek ni pilihan mursyid sendiri.. yang mama cadangkan semua dia tak setuju..
pilihan dia jugak dia nak.. dan inilah hasilnya

goodies untuk kengkawan mursyid.. bertungkus lumus mama siapkan goodies ni sorang2..
opss abah ada tolong sikit.. kang cakap tak mention nama dia plak.. kekeke

hamboiiii sengih  birthday boy di apit awek2






selamat hari lahir yang ke 4 Ahmad Mursyid.. anak mama sayang.. semoga membesar dengan sihat dan kuat... 
 jadi anak yang soleh, penyejuk hati mama dan abah... amin

Sunday, November 2, 2014

kek ombak rindu

Assalamualaikum...

minggu ni adalah minggu yang sangat sibuk dan memenatkan.. terlalu banyak benda nak dibuat dalam satu2 masa.. 
2 hari berpanas  untuk sukan sekolah.. lepastu banyak betul kerja datang bertimpa timpa.. uhuhu... 
bila dah tak cukup rehat, badan letih penyakit pun mula la datang mengintai n nak menempek kat kita kann.. 
hari jumaat  dah rasa tak larat sangat... so saya ajak abah mursyid makan kat luar atau tapau je.. 
saya cakap tak larat nak masak.. abah mursyid kate.. ok.. dia nak pegi cycling dulu, 
lepas maghrib nanti kita keluar katanya.. bila abah mursyid keluar.. tetiba saya rasa nak buat kek.. terus masuk dapo..belek2 buku resepi dann nampak macam menarik je kek ombak rindu ikut resepi chef hanieliza ni.. 
apalagi terus bertungkus lumus dengan dibantu oleh si anak terona..

bahan-bahan

250 gm mentega
210 gm gula kastor
5 biji telur ayam gred A
1 sudu teh esen vanilla
230 gm tepung gandum diayak
1 sudu teh serbuk penaik diayak
100 ml susu cair
50 gm serbuk koko
sedikit pewarna hijau , kuning dan merah


cara membuat

1. mentega dan gula kastor dipukul hingga gebu
2. masukkan terlur satu persatu diikuti esen vanilla, pukul lagi hingga sebati
3. masukkan tepung dan serbuk penaik sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair. pukul lagi
4. bahagikan adunan kepada tiga bahagian. campurkan pewarna merah, kuning dan hijau ke dalam setiap bahagian. kacau rata.
5. sapukan mentega pada loyang saiz 8 x 5 inci dan lapikkan kertas minyak
6. masukkan adunan warna merah ke dalam loyang. buatkan permukaan tinggi rendah
7. ayakkan serbuk koko menggunakan penapis teh ke atas permukaan tadi.
8. ulangi langkah yang sama untuk warna kuning
9. letakkan adunan terakhir , warna hijau ke atas permukaan serbuk koko dengan perlahan-lahan.
10. panaskan oven . masukkan loyang dan masak dengan suhu 170 darjah dengan api bawah sahaja selama 50 minit





bila abah murysid balik dia tegur...eh bau kek satu rumah ni.. orang demam dah sihat ke boleh buat kek.. kata tak larat nak masak.. 
saya jawab.. masak tak larat, tapi baking larat la... hahahha....
 bila mood baking tu muncul, tak larat2 pun gigih jugak.. tak dpt menahan diri... kekekek..

Wednesday, October 29, 2014

soalan kehidupan

Assalamualaikum...


kita semua mungkin pernah lalui soalan2 cepu mas dalam setiap fasa kehidupan kita kan..
dulu masa belum kawen saya berada di soalan 1 bahagian A.soalan bocor bila nak kawen??? ..
 jenuh tepis la nak menjawab ni.. tambah2 pulak dalam keluarga saya, saya catat rekod paling lambat kawen.. sikit lagi nak capai status andartu ...haha... 
kakak2 saya semua jenis kawen awal.. umo 20-23 tahun dah kawen n beranak pinak.. . 
saya umo 27 baru kawen.. jauh ketinggalan kan... so soalan bila nak kawen tu sangat meriah la dipersoalkan oleh mereka2 yang mengambil berat lagi penyayang.. 
terharu saya sebab ramai sangat yang mengambil berat.. rasa diri disayangi sesangat.. kekeke... 
ada pulak mak cik2 si pencari jodoh yang nak tolong rekemen anak dia lah.. anak kak peah la.. anak che kiah la..,..
 macam-macam la usaha mereka nak bagi saya kawen...hahaha...
 macam terdesak sangat nak bersomi... kekeke.. 
dan bila saya kawen di usia 27 tahun..soalan bila nak kawen pun tidak kedengaran lagi.. yeaahhh.. lepas satu soalan..

bila dah kawen tak uwek2 lagi.. mula la soalan kedua bahagian B pula muncul.. 
ini soalan bocor untuk para isteri yang belum membuncit.. haha.. 
saya terpaksa hadap soalan ni selama setahun lebih je... alhamdulillah la kan.. 
ada yang sampai 10 tahun terpaksa hadap soalan ni... tak ke rasa bengkak je kan.. 
bila saya mengandung dan melahirkan anak lelaki yang cute mute mcm mak dia..sikit2 je bapak dia..kekeke.. 
soalan kedua tu pun tak singgah lagi di cuping telingaku.. 



soooooo haaa panjang sooo tu sebab saya kini berhadapan dengan soalan ke 3 bahagian B..
 iaitu bila nak tambah anak??? 
bila Mursyid nak dapat adik???
 kalaulah saya ada jawapan yang tepat dengan tarikh2nya sekali ,saya akan umumkan secara besar besaran.. siaran langsung boleh jadi.. hahaha..
kalaulah tambah anak tu macam tambah koleksi handbag saya.. saya rasa dah 20 dah anak saya.. kekeke
masalahnya saya pun masih menunggu rezeki yang itu dari allah... 
dia belum nak bagi lagi nak buat macamana kan... sebab jawapan tu hanya allah yang tahu.. 
tolong-tolong doakan untuk saya ye.. 
daripada awak dok tanya bila nak tambah anak tu.. lebih baik awak doakan je terus ye.. 
semoga saya dimurahkan rezeki zuriat... 
kalau boleh nak 11 orang.. tapi dah tak sempat.. sebab kawen diusia lanjut.. hahaha.. 
kalau dapat kembar 3 tiap2 tahun sempat la kot nak kejar rekod mak saya melahirkan 11 orang anak.. huhuhu...
 jom pasang perisai untuk soalan yang bakal bertubi2 dilepaskan.. kekeke.. 
saya senyum2 wat lek wat peace je bila orang tanya soalan tu.. konon2 macam tak kisah n x sedih... tapi hanya abah Mursyid yang tau...betapa saya mengharapkan kehadiran orang baru dalam hidup kami... 
bak kata abah Mursyid, tak perlu sedih2.. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.. kalau dia tak bagi lagi tu ada la sebabnya.. mungkin kita belum mampu...walaupun kita rasa kita mampu.. tapi allah lebih tahu setakat mana kemampuan kita.. 
tapi saya bersyukur sebab keluarga mertua n keluarga saya sendiri pun tak pernah bagi tekanan dengan soalan2 macam ni.. 
so jangan sedih2 tak payah nak stress2 sangat... lagipun Allah dah bagi Ahmad Mursyid kat saya kan.. so jagalah dan bagi lah kasih sayang sebanyak mungkin kat dia.. 
nanti dah ada adik  tumpuan dah beralih kan.. hehe


nanti dah dapat anak ke2..bila nak tambah ketiga keempat ke lima sampai ke sebelas... pastu bila nak dapat menantu pastu bila nak dapat cucu.. pastu bila nak mati( nasib baik soalan ni tak de orang berani tanya.. kalau tak ramai kot makan tapak kaki) .. kekeke..

semua soalan itu hanya allah yang tahu jawapan dia..

sekian bebelan ku.. 

Thursday, October 23, 2014

lawatan ke Taman Tumbina Bintulu

Assalamualaikum...

baru-baru ni bawak murid2 istimewa saya pergi melawat ke Taman Tumbina Bintulu.. saya penah kongsikan pasal taman tumbina ni kat entri tempat menarik di bintulu .

Taman Tumbina ni lebih kurang macam mini Zoo la..ha elok pula pegi pon naik bas mini.. haha.. 
memang best dan enjoy dengan bebudak.. berpeluh2 keti jugak nak round satu taman tu...  
tapi bagus jugak daripada asyik dok dalam kelas je kan.. baik ambik angin luar sikit.. 
 ambik bau taik harimau sikit.. baru ada semangat bisquat tigernya tuh.. kekeke


beratur dulu sebelum masuk..

ambik gambar dulu sebelum muka berpeluh lagi berminyak







 cikgu mana binatang ni cikgu.. dari tadi asyik bergamba jek.. haha.. kena sound sebijik ngan budak..
 jawab cikgu...
rugi "kodak" cikgu kalau ambik gamba binatang je.. baik ambik gamba cikgu je..kekeke..

sampai habis round satu taman tumbina memang tiada gambar binatang yang saya ambik.. hahaha..
takut habis kodak.. kekeke



budak : cikgu tahun depan kita datang lagi k.. .. best la..
cikgu: tahun depan kamu ajak cikgu2 lain dengan kawan2 kamu pegi zoo Taiping pulak.
sebab cikgu dah nak pindah (dengan harapan dapat pindah ).. rumah cikgu dekat zoo Taiping...
budak : kat mana zoo taiping tu cikgu?
Cikgu : kat rumah cikgu la.
Budak: owhhhhhhh ..

teruk betul cikgu punya jawapan.. rupa-rupanya dia tak puas hati dengan jawapan cikgu tu.. esoknya pegi sekolah dia tanya lagi kat mana Zoo Taiping.. hah cikgu pun google la gamba Zoo Taiping siap dengan penerangan lanjut bagitau kat dia.. baru dia puas hati.. hahaha...

Wednesday, October 22, 2014

cara buat teh tiga layer /teh c

Assalamualaikum...

saya kenal teh tiga layer atau teh c ni sejak tinggal di bumi Bintulu ni.. 
sebelum ni saya tak pernah dengar n tak pernah rasa.. 
first time saya datang bintulu,  abah mursyid bawak saya pergi makan dan dia order teh c special untuk saya.. 

dia kata dia sangat yakin dan percaya saya akan suka teh c special tu. 
 saya adalah penggemar teh ais.. .. tiap kali pergi kedai makan, saya mesti order teh ais je.. lantak la kedai tu ada menu minuman sampai 10 kajang pun teh ais tetap pilihan hati..

so bila saya rasa teh c tu, saya memang sangat2 suka.. dah boleh mengatasi teh ais.. lagi sedap dari teh ais.. patutla abah mursyid yakin je order untuk saya...

bila dah suka, saya terus  beli gula melaka yang dijual khas untuk buat teh c dan buat sendiri dirumah.. lagi nikmat buat kat rumah.. boleh ikut selera kita nak manis ke lemak berkrim ke..pahit ke.. ok pahit tu bila demam.. pahit mulut kan.. so semua benda pahit..kekeke

bahan- bahan

gula teh c
susu sejat/cair
teh
ais kiub



cara nak buat dia mudah saja..

1) bancuh teh yang agak pekat.
2) ambik gelas. yo la.. takkan nak bancuh air dalam periuk kott...
 masukkan gula teh c (saya suka yang pandan) ,

gelas free gift ..harap maklum..


3) masukkan ais kiub
4)masukkan susu cair

ice cube tu dah rupa iceberg..haha


5) masukkan teh pekat.


okehh siap.. kacau2 dulu sebelum minum.. 

setiap kali nak masukkan bahan dari nombor  3 -4 tu kena lemah lembut k..sebab takut dia bercampur dengan yang bahagian bawah...nanti tak jadi 3 layer la.. jadi layang-layang..muehehe





tips mudah mengemas rumah

Assalamualaikumm..


hambooiii kauuu tajuk kemain... tips gitew.. macam la pakar hal rumahtakbertangga sangat nak bagi tips bagaiii.. .. harharhar

okeh sebenonya tajuk je borong sakan .. isi belum tentu lagi.. haha.. 
untuk ibu-ibu yang super sibuk boleh la amalkan tips la konon yang saya bagi ni.. 
mungkin juga ada yang memang dah buat selalu pown.. saye je baru terkinja2 nak kongsi la konon.. kikiki..

kebanyakan mak2 hari ni kan semua  jenis bekerjaya... bekerja dan berjaya..
 dan jenis sibuk tahap barrack obama... 
so kekadang tu balik keje dah penat kann.. hanya mampu kemaskan diri dan tido jek kan.. 
rumah masyaallahh... tak mau sebut lah..pempaham la kan.. 
rumah saya pon tak de la kemas sangat.. tapi kalau setakat laluan pejalan kaki tu masih kelihatan la... bhahahaha.. dan saya juga tak la sibuk tahap barrack obama...

saya rasakan benda paling mak2 yang sibuk ni,  pening kepala nak urus ialah kain baju yang setinggi gunung everest kannnnn.. 
walaupun dalam rumah tu ada 2 3 orang manusia berbaju je.. tetap jugak bertimbun kan kain baju.. sebab tu lah ada orang ambik peluang buat servis lipat baju.. 
memang business minded betol mereka itu.. pandai ambik peluang di celah-celah masalah kehidupan hahaha....


dan dengan bangga lagi kembang hidung nak bagitau, saya dah lama tak wujud everest kain baju.... sebab dilipat setiap hari.. so dia tak sempat menggunung tinggi. kecuali kalau time baru balik dari bercuti la kan..

cara saya ialah.. pastikan baju dibasuh setiap hari, disidai setiap hari dan dilipat setiap hari.. 
jangan tangguh-tangguh.. paling lama boleh tangguh 2 hari saja..
itu pun kalau dah tak sempat sesangat..  dan sambil2 tengok tv malam2 tu lipat la baju.. 
jangan la tengok tv saja2 sambil ngunyah je k. 
kalau awak buat camni tiap2 hari dijamin kain baju tak menggunung dan servis lipat kain baju terpaksa gulung tikar.kekeke.. 
mungkin jugak dia terpaksa join venture dengan pakistan jual karpet untuk kelangsungan hidupnya...kekekeke

sama jugak dengan pinggan mangkuk.. pastikan lepas guna terus basuh pinggan mangkuk.. 
jangan biar berkerak dalam singki tu 2 tahun ye.. 
saya ingat pesan mak saya masa saya kecik2 dulu...alah saya pemalas dulu la....haha
 pastikan pinggan dicuci setiap kali digunakan..
so takkan jadi bertingkek2 dalam singki tu kan.. .jangan la dok kumpul2 sampai habis pinggan kat rak..last2 makan nasik dalam tempurung la kau.. kekeke.. dan setiap kali cuci pinggan,
 jangan lupa cuci sinki sekali tau..

kebanyakan rumah mesti ada anak-anak kan.. 
bila ada anak2 kecik mesti ada mainan berbakul kan.. 
bila mainan berbakul mesti bertaburan di seluruh pelusuk rumah kann.. 
sooooo untuk menjimatkan tenaga mak-mak sekelian, didiklah anak2 untuk simpan balik semua mainan yang dia keluarkan.. 
pastikan semua mainan disimpan balik dengan kemas..
saya memang terapkan benda ni kat anak saya.. mula2 kita buat sama-sama dengan dia.. 
setiap kali main kita sama-sama simpan dengan anak.. bila dia dah biasa, 
dia akan simpan mainan setiap kali lepas main tanpa perlu disuruh.. 
tanpa perlu terpekik terlolong macam orang kena rasuk ...haha..
so mak tak letih, rumah pun tak bersepah.. hati mak senang.. hati bapak lagi senang..ngehngeh

okeh sape mop rumah tiap2 hari? suri rumah mungkin.. kalau ibu2 bekerja tidak mungkin mampu nak mengemop setiap hari.. 
kecuali kalau awak jenis yang sangat rajin lagi berdedikasi.. 
ok saya mengaku saya mop rumah seminggu sekali sahaja.. haha.. kekadang 2 minggu sekali.. pemalas kannn...

cara yang senang untuk memastikan lantai sentiasa bersih tak melekit sana sini tanpa perlu mengemop ialah dengan mengelap lantai .. haha.. aik tak sama eh.. 
.. setiap kali awak menyapu, awak lap terus lantai.. 
sediakan kain buruk yang basah..lagi bagus kalau kain tu di basahkan dengan air plus pewangi lantai.. letak kain di lantai.. 
pijak kain tu dengan kedua-dua kaki.. sambil menyapu sambil seret kain yang basah guna kaki.. 
habis menyapu, habis jugak awak mengelap lantai.. kan senang.. 
emmm tapi kalau awak memang menyapu pon seminggu sekali... kena cari penyapu dan mop ajaib la kot..kekek

lagi satu sambil2 mandi tu gosok2 n cuci2 la sikit bilik air tu.. so tak de la lantai tu sempat nak berlumut  sebab sentiasa dicuci..
jangan dok melalak je dalam bilik air..
 jangan tunggu lumut setinggi buku lali baru nak cuci bilik air..
kalau dah tahap tu tujuh hari tujuh malam awak sental pun belum tentu bersih.. ahhaa...

rase tenang je kan bila balik keje rumah kemas dan bersih... gambar ihsan google.. bukan rumah saya ...ngehngehhh

tapi bila cuti hujung minggu tu bekerjasama la kemaskan rumah secara besar- besaran ye.. ..kerjasama daripada anak-anak dan pasangan hidup anda juga amatlah penting untuk menjayakannya.. saling tolong menolong kan amalan mulia..

kesimpulan daripada cerita dongeng di atas ialah.. jangan bertangguh dalam apa saja yang awak buat..selalunya sebab bertangguh lah yang menyebabkan rumah jadi tak terurus..
bukan sebab sibuk yang melampau. dan kalau boleh malas tu boh lam plastik ikat kuat2 tau ,
jangan ikat tepi je.. pastu  campak jauh2....ngehngeh

 itu je tips dia sebenonye.. hahahhaha...
dan pesanan dan peringatan buat diri sendiri yang kekadang suka jugak bertangguh..huhu


okeh moh kite lipat baju sebakul.. ehmm esok jelah lipat... opsss.




Monday, October 13, 2014

roti telur special

Assalamualaikumm..

semalam saya buat roti sardin salut breadcrumb.. mursyid suka makan.
.tapi dia makan bahagian breadcrumb jek sebab crunchy kan..yang inti dalam tu dia x makan... dia memang suka kan makanan yang crunchy2 ni.. kalau goreng ayam pun saya akan salut tepung banyak2 n buat bagi rangup..

 so saya pun terfikir nak buat roti telur bersalut  macam tu tapi versi anak-anak la kan..
tak de la letak inti yang pedas2. so dia boleh makan semua bahagian...

 saya buat roti telur campur susu dan salut dengan bread crump.. 
Mursyid memang sangat suka roti ni.. dia panggil roti sedap.. ..
sedap sangat la kot... ataupun sekadar nak kembangkan hidung mak dia....kekeke


cara nak buat pun sangat senang.. mungkin ada ibu-ibu yang dah penah cuba buat kot..

bahan-bahan

roti
telur
susu pekat
serbuk roti


cara penyediaan:



pukul telur dengan susu pekat.. agak2 la susu tu.. jangan terlalu manis.. 



buang bahagian tepi roti dan potong roti ikut suka la nak petak ke panjang2 ke.. 


pastu celup dalam telur yang dah dicampur dengan susu tadi, 


pastu golek2 kan dengan serbuk roti.. 


pastu goreng .. saya goreng guna minyak sikit je campur butter/planta sikit dengan api sederhana... dah siappp.. sedappp kata mursyid..
pandai dia ambik ati mak dia.. puji melambung....