Tuesday, February 18, 2014

cara nak buat play dough sendiri


assalamualaikum..

weekend baru2 ni saya buat kek coklat ..sebab dah lama tak buat kek coklat lembab..so rasa teringin nak makan la plak (aik mcm lari tajuk je ni)....
saya paling malas nak buat kek sebab asal buat kek je..dapor saya akan dipenuhi tepong sebab anak saya akan tumpang sekaki main tepong..
 bila ingat nak kena mop tepong2 yang bakal bertaburan, huh pikir 2 kali hakak nak buat kek ke idak.
.tapi sebab keinginan yang melampau..buat jugak la.. apa lg , seperti yang dijangkakan anak saya "tolong kacau"..pas siap buat kek kena bersilat cuci lantai..

disebabkan anak saya ni sangat minat dengan main2 tepung ni, so saya pon google ape aktiviti yang sesuai untuk dia yang melibatkan tepong sebagai watak utama....
so saya terjumpa resepi play dough kat sini..hah apa lagi..mmg kegemaran anak hakak main tepung.. bahan-bahan dia pulak semuanya ada kat dapo je..tak payah ko susah2 nak g beli bahan,

bahan-bahan:

3 cawan tepong serbaguna (sy guna tepong gandum)
1 1/2 cawan garam halus
3 sudu minyak sayuran(sy guna minyak jeton)
3 cawan air panas(masuk sikit2)
6 sudu tartar cream (optional..kalau x de, dok pyh letak)
pewarna

ini bahan-bahannya dalam bentuk gambar..ahaks


campur semua bahan, masuk air sikit2 tau. sebab kalau masuk semua takut lembik..
uli smpai dia tak melekit pastu bahagikan doh untuk letak pewarna..

taraaa.. ni yang dah siap letak pewarna..yang ni saya letak krim tartar nampak lebih cantik kan..kan..kan
mmg best buat playdough ni dengan anak..tapi pastikan adunan yang dicampur air panas tu sejuk dulu baru bagi anak campurkan pewarna ye..
jangan le hakak2 bagi anak main hat tengah panas2 tu..
macam-macam kita boleh buat dengan playdough ni..
bukan anak je seronok..mak dia pon tompang sekaki.
.maklum la masa kecik2 tak dapek main..gitu la jadinye..lagi satu palydough ni confirm selamat kalau anak masuk mulut pun kan.,..
 tapi sekali dia masuk mulut mesti dia luah balik sebab masin..haha

boleh guna acuan mcm ni..sy beli kat kedai 2 henggit je kak jah

acuan semprit hakak jadi mangsa dikk

anak suka sangat bila jadi bentuk macam2..

kalau dah tak nak main, simpan dalam bekas bertutup ye.. dan simpan dalam peti sejuk..
boleh tahan lama jugak.. yang mula-mula saya buat saya tak letak krim tartar..
.texture yang bubuh krim tartar lagi cantik dari yang tak letak krim

boleh beli container plastik yg murah tu untuk simpan..yang ni sy tak letak krim tartar..dia kurang cantik sikit

playdough mcm ni juga sgt sesuai untuk guru2 pendidikan khas terutama sekali untuk subjek kemahiran manipulatif ye.
.hokeyyy.. selamat mencuba..kalau nak cuba la..kalo tak nak sudah..huhu..

13 comments:

  1. Kak..letak garam kt dlm playdough tu. Bg thn lama. Ya blaja time training tadika. Blh pakai byk x. Kt tadika ya ada.hihi

    ReplyDelete
  2. salam.. nak tanya.. pewarna tu bila budak2 main.. kluar tak warna dia? hehe..

    ReplyDelete
  3. @Fara
    lepas mandi keluar la warna2 yang melekat kat tangan tu

    ReplyDelete
  4. garam memang 1 1/2 cawan ke? banyak nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes dear stgh cawan.. Tapi kalau kurangkan tepung kurang garam la

      Delete
  5. saya bukan risau kat kulit tu.. risau klu dia main abes lantai dan perabot yg tinggal warna.. ahahakss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh x de melekat lah.. Anak sy siap tempel atas lantai lagi.. Tapi kene cepat2 lap la lepas main..

      Delete
  6. Boleh latih anak buat. lebih selamat & kurang bahaya

    ReplyDelete
  7. As salam..nak tnye,klu pakai minyak msk biase 2 xblh ke?

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas perkongsian, nk buat utk main dgn anak2 dkt taska esok 😏

    ReplyDelete