Monday, February 10, 2014

cita-cita saya----@

asslamualaikum...

tetiba hari ni rasa nak membebel pasal tajuk karangan cita-cita saya.. 
sy rase kebanyakan kita yang pernah melalui zaman sekolah rendah mesti pernah kena perah otak pikirkan karangan cita-cita saya..haha.. betol tak?? 
hah mesti betol punye.. 
aci kerat rambut la..ekekek..

seingat saya biasanya masa dajah 6 kot kena buat karangan cita-cita saya nih kan..
 masa tu cita-cita saya nak jadi cikgu sbb masa tu saya cuma kenal pekerjaan guru , penoreh getah, pesawah dreba bas, tukang kebun, kerani dan surirumahtangga.. haha..
punya sempit dunia haku masa tu.. 
so dlm byk2 pekerjaan ni guru la paling hebat..
 asal kena buat karangan cita-cita saya je, 
sy mesti pilih cikgu..asal cikgu tanya apa cita-cita kamu, sy mesti ckp nak jadi cikgu..
cita-cita ni tak pernah berubah dari kecik smpi masuk sekolah menengah hokeyyy..

masa ni cita-cita nak jadi akauntan sgt utuh ye..

bila masuk sekolah menengah, masa tingkatan 1 n 2 sy masih setia dengan cita-cita nak jadi cikgu.. msuk tingkatan 3, dah mula goyah dah kesetiaan aku pada cita-citaku..hakhak..
 masa tu baru nak kenal lain-lain pekerjaan yang lebih hebat..
so cita-cita mula berubah.. sekejap nak jadi doktor..sekejap cikgu tanya rasa nak jadi jurutera.. kekadang nak jadi usahawan..
cuma satu cita-cita je tak pernah disebut iaitu nak jadi penynyi/pelakon.. 
hg nak kena batang penyapu pastu ligan sekampung ngn mak cik minah (mak haku) ke berangan nak jadi retis2 nih..
chek tak berani mak..check janji x berangan jadik retis..ngehngeh...

masuk form 4 sy mula jatuh cinta dengan subjek prinsip akaun.. 
..so bermula dari situ saya dah mula pasang angan2 nak jadik akauntan plak..
hg ni mmg tak dak pendirian kan..
sat nak jadi itu sat nak jadi ini..huhu.. smpi ke form 5 masih dengan akauntan la kan.
.kena pulak masa subjek akaun hakak selalu score punya..tip top la kira..subjek akaun je la..yg lain ke laut la....haha.
.so makin kuat la deria rasa nak jadik akauntan tuh..tak dpt di goyahkan lagi oleh mana2 makhluk .. habis tingkatan 5 masuk buat diploma n degree pun ambik accountancy kt uitm.. 
so mmg tak goyah la cita-cita kali ni..

tapi bila dkt uitm, keinginan nak jadi akauntan tu mula berkurangan, n perasaan nak jadi cikgu tu muncul balik.. 
bukan pasai pa, mak saya asyik dok suruh saya jadi cikgu,, asal balik kg ja..dia pesan nanti abis belajaq mintak cikgu..senang jadi cikgu ni, keja separuh hari, rumah tangga tak terabai..ada byk masa untuk suami dan anak2..
mak saya nasihat macam dia tu cikgu..haha.. terus masuk hal rumahtangga padahal masa tu i masih bujang hokeyy.. org pompuan tak payah keja tinggi-tinggi sgt..tak payah keja smpi ke malam..rumahtangga lagi penting..kata mak haku.pemikiran mak sy ni mmg kekampungan sgt la sbb dia mmg org kampung pon..dia juga sekolah smpi darjah 2 saja..mak saya juga x  pandai baca rumi..cuma boleh baca tulisan jawi..
tapi dia berjaya mendidik anak2 seramai 8 orang menjadi orang yang berjaya dunia akhirat tanpa suami di sisi..huhu..syahdu sekejap..
.jadi secara tak langsung saya erpengaruh jugak 

so lepas habis belajaq ..sy kerja sekejap dlm accounting field dgn syarikat pembinaan.
.tiap2 hari balik keja kul 8 malam u ollss..
 masa tu mula fikir apa yg mak saya leterkan.. so sy ambik keputusan letak jawatan..
balik kg dok ngn mak..tidoq bawah ketiak mak.. n mohon jadi cikgu sandaran kat sekolah2 berdekatan kampung saya.. 
setahun lebih saya jadi cikgu sandaran sebelum dapt masuk kpli n sekarang saya dah bergelar guru selama hampir 6 tahun.. 
tapi kerja cikgu sekarang tak semudah yang orang sangka..balik separuh hari tu, kadang2 saja orang kg oii..
selalunya smpi petang jugak baru blh balik..tapi still ada masa utk keluarga la..tak la smpi malam baru balik.
.ko jadi guard sekolah ke kalau mlm baru balik..

ini lah dunia saya ..saya suka jadi cikgu..nampak sengeh lebaq semacam tu..tanda suka la tu
kesimpulannya sy telah mencapai cita-cita masa kecik saya.. 
anda bagaimana..haha tudia hg dok berletiaq panjang2 nak crita hat ni ja..
buang masa kak esah ja..
baik p masak lg baik kak esah kan....hukhuk..hampunn.

3 comments:

  1. Betul lah kak..kecik2 dulu memang macam-macam jenis cita2..dan tak tetap pendirian juga..hehe. Betul, mak saya pun pesan, mohon cikgulah senang.

    ReplyDelete
  2. Salam Ibah, Betul punye godeh cari info utk sertai GA ni.. :p
    Kat sini la Nurul dapat Info yang Nurul tulis tu tau^^

    Menjadi seorang guru memang bukan satu tugas mudah, Tabah dan ikhlaskan hati selalu.. selamat mendidik anak bangsa :D

    ReplyDelete
  3. Hajat tidak kesampaian .belajar main2 dulu.isk!!!
    Apa-apa pun masih juga bekhidmat di sekolah ... hihi..

    ReplyDelete