Friday, March 28, 2014

resepi laksa sedap

Assalamualaikumm..


mengidamku datang lagi.. mengidam haku ni bukan reti nak whatsapp dulu sebelum datang.. 
tetiba jek datang....
saya kalau mengidam tak de benda lain..laksa jek idaman kalbu.. haha... 
memang hantu laksa la sangat..
so demi menunaikan mengidam ibu mengandungi lemak nih,
 saya pun buat laksa kegemaran sekeluarga nih .. 
masa mula-mula pindah ke Bintulu Sarawak ni, agak susah nak dapatkan bekalan laksa tu.. 
sebab laksa sarawak guna bihun halus tuh .. so 'bihun' gemok tu susah nak cari.. 
jenuh naik turun pasaraya la jugak..last2 ada jugak pasaraya yang jual.. 
so saya memang akan sentiasa simpan stok laksa kat rumah..
supaya senang bila mengidam datang tanpa diundang...
stok laksa dah ada...
ok jom tengok camana nak buatnye...
 

bahan-bahan:
 1) laksa - wajib ada
2) sekilo ikan selayang/sardin/kembong- saya suka guna ikan sardin/selayang yang fresh tau
3) 1 labu bawang besar -dikisar
4) 5 biji bawang merah- dikisar
5)  25 tangkai cili kering- dikisar (saya suka rebus dulu cili kering ni supaya dia lembut dan mudah hancur bila dikisar,, kalau malas rendam jek dengan air panas sekejap)..(ade jugak versi malas)
6) 10 tangkai cili padi- dikisar -boleh lebihkan kalau suka pedas
7) 1 1/2 inci belacan- dikisar -agak2 la..tak payah la engkau ukur guna pita pengukur pulak
8) 5 keping asam keping- boleh lebihkan kalau suka masam sikit
9) bunga kantan dan daun kesum (optional)
9)garam dan gula- agak2 seniri..gula sesudu cukup.. bagi rasa acah2 jek...

bahan tambahan:

timun -dihiris
bawang besar- dihiris
cili merah-dihiris
salad-dihiris
limau kasturi -hiris bahagian hujung saja
telur- direbus


cara nak buat :

rebus laksa sampai lembut...kalau suka makan dengan telur , rebus telur..

untuk kuah:

rebus ikan yang dah dibersihkan .. 
letakkan 3 keping asam keping n sedikit garam dalam rebusan tu.. 
bila dah masak, tutup api .

sementara tunggu ikan direbus..kisar semua bahan yang perlu dikisar ..masukkan dalam periuk

ambil ikan yang telah direbus tadi...asingkan isi dari tulang ikan.. 
kisar isi ikan dengan menggunakan air rebusan ikan tadi.. 
lepas tu masukkan dalam periuk...
kisar tulang ikan pulak gunakan air rebusan ikan jugak.. 
kemudian tapiskan ke dalam periuk yang sama.. yang ni boleh ulang2 sampai habis isi ikan ..tinggal tulang jek.. hati2 jangan sampai tulang tu termasuk dalam kuah
letak atas api.. 
masukkan bunga kantan, daun kesum, 2 asam keping, gula dan garam secukup rasa..
tambahkan sedikit air..masak sampai mendidih..

saya kalau buat laksa mesti seperiuk n sebelanga besaq nih.. bukan makan sorang..sedekah ke jiran2 n kawan2..

dah siap.. boleh dimakan dengan bahan- bahan yang dah dihiris tadi..
 tapi saya suka makan laksa dengan kuah n telur sahaja..
tak mo ada bahan-bahan lain..
nanti hilang rasa kelaksaan dia tuh..
saya suka macam ni jek..tak suka campur mcam2..telur tu penting..mesti sebijik sekali makan..haha




2 comments:

  1. hooooiii..geng yah ni..padanla ngan besan...aku pregnen 2nd ni xleh mkn laksa..jenuhla pasni dok terliuq

    ReplyDelete