Monday, April 28, 2014

tempat menarik di Bintulu


Assalamualaikum..

Hampir 5 tahun saya bermastautin di bintulu  sarawak ni... 
Sebuah bandar yang tenang pada saya.. Rilek2 je dok sini.. 
Tak payah nak hadap jam teruk2... jem tu ade jugak.. tapi jem acah2 mak enon je la..
Dari rumah nak g sekolah 5 minit jek kau...
bawak kete pon Lancar je .. tak sempat haku berangan panjang pon lam kete.. 
.. Baru je nak start berangan jadi retis fofular ..nyanyi kuat2 dalam keta.. Kengkonon tengah perform di hadapan jutaan penonton.. Baru je buka mulut luas2 bak jaclyn victor nak tarik high note  .. 
Tengok2 dah nampak bangunan sekolah yang berusia lebih 100 tahun tuh..
perlahan2 kututup mulut kembali.......punah angan2ku...

Ok bukan nak crita pasal angan2ku yang musnah..
nak crite pasal tempat-tempat yang menarik kat Bintulu ni..
Bintulu ni bukanlah tempat pelancongan yang femes amos macam Kuching or Kota Kinabalu..
kat sini banyak orang minyak je(orang yang keja dengan syarikat minyak )..
tapi ada jugak la tempat-tempat menarik untuk di lawati di Bintulu ni.
so kalau awak datang ke sini boleh la pergi melawat ke :


1) Pasar Tamu Bintulu

kalau datang ke bintulu ni mesti kena singgah ke pasar tamu ni.. di sini ada jual belacan bintulu, ikan terubuk masin, segala hasil tani dan jugak bakul2 hasil tangan penduduk tempatan..
 "hidupan eksotik" juga ada dijual di sini ...
jangan kau menjerit n dok buat2 geli geleman pulak....
buat macam biase jek ye.. macam kau biase makan je.. lagi bagus kalau kau buat dialog ...
". ulat ni sedap kalau buat goreng rangup..".. kat depan si penjual tuh...
sebab diorang akan marah dan terasa hati kalau kau menjerit dok buat geli geleman makanan diorang..
macam kita la jugak ..kalau engkau suke sangat makan ketam,
tetiba orang dok buat geli2 tak lalu makan ketam..
tak ke kau rase macam nak hempok ketam ke muka orang tuh kan..
so kena hormat la budaya orang ..tambah2 lagi di tempat orang kan..





bersebelahan pasar tamu ni ade pasar utama bintulu..
kat situ ade jual bahan basah macam ikan2, sayur2 dan buah2..
kat tingkat atas ade jual barangan kraf sarawak.. untuk buat souvenir la kan...
boleh borong untuk bagi kat ketua kampung..ahli2 mesyuarat tingkap, ahli2 rukuntetangga, tok imam dan tok siak jangan dilupa..


2) Bintulu Waterfront Promenade

. waktu petang ramai orang suka lepak sini.. ada yang berjogging, ada yang memancing ada yang dok lepak sambil membesarkan perot (hakak la tu) kehkehkeh
kekadang ada jugak orang buat event kat sini..
 best lah lepak kat sini..angin laut menderu2..
kalau nak ambik gambar pon cam cantik je kat sini..
so kene singgah sini tangkap gambaq sekeping dua untuk tunjuk kat orang2 kampung yang mengkomer dah sampai ke bintulu



sengaja tempek gamba jaman kurus selim melim dulu...hukhuk.. orang datang sini joging..ahkak bawak bekal sebeban..

best ooooooo tempat ni..kata mursyid

3) Pantai  Temasya,Tanjung Batu

kebanyakan penduduk Bintulu suka menghabiskan cuti hujung minggu di sini..
 ada disediakan tempat untuk buat babe-q.. sangat sesuai lah kalau nak berkelah bersama keluarga..
ada jugak gerai2 jual makanan di sini..
boleh makan sambil menikmati angin pantai yang menyegarkan.. tengok sunset...
pekena ayaq nyoq sambil menghadap laut yang terbentang luas.. oh indahnyaaaaaaa

model ubat batuk cap ibu dan anak tengah shooting untuk iklan terbaru

makan-makan tepi pantai.. rambut mursyid bersepah ditiup angin..

4) Taman Tumbina

kalau bawak anak-anak, boleh la masuk ke Taman Tumbina Bintulu..taman ni terletak berhampiran dengan Pantai Temasya. Tanjung Batu, dalam ni ada binatang..
 macam mini zoo la.... jangan la kau harap macam zoo taiping..jauh sekali zoo negara..
 tapi boleh la kalau nak bersantai bersama bersama keluarga..
nama taman tumbina itu pun gabungan TUMbuhan BINAtang. (aku agak jek ni)
so  mesti la ada tumbuhan dan binatang kat dalam tuh..
nak masuk kena bayar.. murah je untuk dewasa  rm 2.00   untuk kanak-kanak rm0.50..
untuk maklumat lanjut boleh rujuk website taman tumbina bintulu



5) Taman Negara Similajau

Taman negara Similajau ni terletak agak jauh dari bandar Bintulu.. mengambil masa lebih kurang setengah jam perjalanan dari bandar bintulu..
bayaran dikenakan rm10 seorang.. tapi kalau masuk secara berkumpulan lebih murah..
pantainya bersih sebab ianya dijaga oleh jabatan hutan..
so kalau awak nak mandi, tak de la sampah sarap tersangkut atas kepala..
dan selesa kalau nak mandi laut kat sini..sebab orang tak ramai sangat..
kalau kau nak buat kuak kupu2 ke kuak badak berendam ke, suka hati engkau la..
insyaalah tak de orang hingin nak skodeng kau
kalau nak bermalam kat sini pun boleh..
ada chalet dan asrama disediakan di sini. sesuai jugak kalau nak buat hari keluarga di sini..

mereka sedang bermain layang-layang...

orang main layang2 pandang atas.. dua beranak ni main layang2 ke main bayang2...

6) Taman Negara Niah

Taman Negara Niah terletak kira-kira 120 Km ke Utara Bintulu. 
Setengah-setengah kawasan gua tersebut dipenuhi dengan batu kapur yang cantik dan tersusun indah.
 Gua Niah juga mempunyai bermacam jenis flora dan fauna termasuklah beribu-ribu burung layang-layang yang menghasilkan sarang burung yang boleh dimakan. 
Najis kelawar yang ada di gua tersebut merupakan sumber baja asli yang dikenali sebagai Guano.  
Di sebelah barat mulut gua tersebut merupakan kawasan arkeologi yang terpenting di Asia Tenggara. 
Ini adalah kerana di situlah terdapatnya penemuan yang besar peninggalan manusia zaman batu lama dan manusia zaman batu baru. 
Penemuan tengkorak di situ merupakan tanda-tanda terdapatnya Homo sapiens di Asia Tenggara yang menyokong lagi penemuan arkeologi yang amat penting.  
Melihat bagaimana sarang burung diambil adalah suatu pemandangan yang menakjubkan kerana sarang burung ini terletak di bumbung gua. 
Untuk mengambil sarang burung tersebut, pendaki perlu mendaki tiang-tiang yang tegak setinggi 60 meter. Dari situ, pendaki menggunakan galah buluh yang panjang yang mana pada hujung galah tersebut ada penguis untuk mengambil sarang burung.  

Perjalanan ke Gua Niah dari perhentian adalah sejauh 40 meter berjalan kaki  di sepanjang jambatan kayu sepanjang 3 Km ke dalam hutan tropika Borneo yang tebal. 
Sepanjang perjalanan tersebut dapat memberikan pengalaman yang indah kepada pelawat-pelawat dengan menyaksikan berbagai jenis flora dan fauna di dalam hutan belantara yang belum terusik tersebut.
(COPY PASTE DARI LAMAN WEB RASMI BDA) 
haha.. banyak senang keja kau..kopipes jek.. 
sebabnya saya pun belum sampai lagi ke Guan Niah ni.. 
tapi sebelum saya berpindah balik ke semenanjung.. saya akan menjejakkan kaki jugak ke Taman Negara Niah ni.. Insyaallah..


gambar dari google

gambar dari google.. sebabnye ai pon belum sampai lagi ke sini...

banyak jugak la kan tempat best dan menarik di Bintulu ni.. 
so jangan segan silu nak book tiket kapai terobang ke Bintulu ni.. 
penduduk Bintulu semuanya baik2 ramah tamah macam hakak tau.. kehkehkeh..
tempat penginapan n kereta sewa pon banyak kat sini..
marilah melancong ke Bintulu beramai2.. bawak orang2 kampung sekali lagi bagus.





12 comments:

  1. macma best je Bintulu... tak payah nak berkejo2... bandar rileks.. dan banyak jugak temapt tumpuan yang menarik kat Bintulu ye mamamursyid...

    ReplyDelete
  2. bestnya.... byk juga tempat menarik... !

    ReplyDelete
  3. Bagus entri mama ni...boleh refer kalau nk g Bintulu. Kat Mesia ni, Sarawak satu2nya negeri yg Yana belum jejak. Yang lain semua dah...
    Hehehe...insyaallah tahun depan boleh la planning p Sarawak...

    ReplyDelete
  4. macam best je .. nak pergi laa nanti :)

    ReplyDelete
  5. Bila la zumal nak jejak kaki kat Bintulu nie :)

    ReplyDelete
  6. bagus akak buat review cm nie.. info bagi mereka yang nk tahu pasal bintulu termasuk la Fiza..

    ReplyDelete
  7. tak pernah sampai sana ... mcm bes jer..tenang x sesak nafas mcm kt sini...cantik2 gak gambar tu...mursyid tu sgt cute...especially rambut dia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau setakat nak bercuti dua tiga hari tu,jemputlah tinggal di rumah saya..saya lelaki,tinggal sorang saja..rumah 4 bilik..free ja..nak bantu ringankan kos anda..huhu

      Delete
    2. Ada kete sewa tak... kalau ada bagi no contact... saya nak pergi minggu depan

      Delete
  8. Hakak masih ada d bintulu lagi? Kalau ada boleh buat kwn. Saya baru jek pindah. Mati kutu xda kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dh pindah ke semenanjung dh thn 2014.. Lama2 ok la dok sana.. Sementara nak biase

      Delete