Monday, April 14, 2014

tudung FAREEDA / kak paghidah

Assalamualaikum..


sekarang tengah heboh pasal tudung FAREEDA atau orang kampung saya panggil tudung kak paghidah..hakhak.. 
saya ni bukanlah penggemar tudung fareeda ..
jangankan yang original ,yang ala2 fareeda (tak original) pon saya tak berkenan.. 
mungkin saya rasa tak sesuai pakai tudung cenggitu.
.saya ada jugak beli selai dua yang ala2 je la..yang original saya sayang duit nak beli..
tapi pakai sekali jek..sebab rasa tak best..
rasa muka jadi kembang semangkuk..haha padahal muka haku tirus jek.. dagu runcing lagik...ekekeke
pada saya la tak best ..pada orang lain best giler la kot..
sampai sanggup beratur panjang di luar kedai semata2 nak beli tudung rega ratus2..
 pelik kan.. kalau beratur panjang untuk beli tudung regaa 5 henggit selai atau pun beli satu percuma sepuluh berbaloi gak kan.. 
mungkin haku salah sorang yang terselit di situ la..
pasai saya memang pakai tudung2 murah ja..janji tutup orat..
itu yang penting..
lagipun saya memang dok tengok cermin hari2 so sedar diri la di mana kemampuanku, berapa biji jerawatku dan berapa garis2 penuaan dah mula muncul di wajahku.....huhu

bulat bak bola muka saya kalo pakai tudung ala2 parida nih..tu yang tak suka tuh

haa..macam2 jenis tudung mak2 budak ni pakai.. ala paridah ada, ala ariani ada..ala bawal ada..semua ala2 kadar jek...

saya tak nak komen lebih2 pasal ni, nanti tak pasal2 haku pulak kena serbu pasal meniru perkataan FAREEDA di perenggan pertama ayat pertama, ketiga  dan keempat ..dan perenggan ke 2 ayat ke2..
saya cuma nak respon sikit je dari pelbagai sudut.. 


kalau saya sebagai pengeluar dan pencipta tudung tu,
 mungkin saya akan ambil tindakan yang sama. 
sebab memang pihak fareeda ada hak untuk berbuat begitu mengikut undang-undang sebab rekaan mereka telah dipatenkan
.( untuk maklumat lanjut pasal paten ni boleh rujuk website  perbadanan harta intelek..)
so hengkau jangan main kotor nak tiru2 ok..pegi cari idea lain..
jadikan tudung saji sebagai inspirasi..
mungkin boleh meletop rekaan tuh.. kehkeh


kalau saya sebagai pembeli tudung yang original.. 
saya akan tersenyum puas..rasa nak joget-joget...
sebab lepas ni tak de lagi golongan yang tak mampu ni boleh bergaya dengan tudung ala2 fareeda.. 
hanya aku yang berduit ni saja layak pakai tudung mahal..
 kalau tak ,orang tak heran pun dengan tudung rega 200 aku nih  , 
sebab diorang ingat aku beli tudung tu kat pasar malam dengan harga rm30.
woiii.. rasa macam nak jerit kat semua orang tudung aku mahal la..
 hengkau menabung 5 bulan pon belum tentu dapat beli ...sob sob..


kalau saya sebagai pihak penciplak/ penjual yang tak original.. tentu saya akan marah jugak.. 
sebab saya hanya cari makan dengan jual tudung tak original tu saja.. 
dan saya ada ramai pelanggan yang tak mampu beli tudung ori tapi teringin nak bergaya bak pemilik syarikat tudung berkenaan yang sangat cantik di mata mereka..
mereka tak sedar, walaupun mereka pakai tudung sama sebijik macam mawar fareeda pakai yang original sekalipun mereka takkan bertukar jadi cantik seperti mawar dalam sekelip mata..
kalau dah muka awak macam gitu awak pakai tudung apa pun cenggitu jugak rupa awak..
tak kan berubah punya


kalau saya sebagai pembeli tudung yang tak ori...
pon saya kecewa jugak..
 "ye la haku teringin bebeno nak pakai tudung cantik macam mawar pakai,
 tapi haku tak mampu nak beli yang original..
sebab harga dia same dengan kos susu anak haku tuk sebulan.
.kalau haku beli tudung tu haku bagi anak haku minum air masak je la sebulan..
 kata kak tipah mengomel sendirian...
 bila ada pilihan yang hampir serupa dan jauh lebih murah dah tentu la kak tipah pilih yang lebih murah kan.. untuk golongan seperti kak tipah la..


dan pendapat peribadi saya sebagai hamba allah..
 walau siapa pun kita, tak kira pihak yang merekacipta, yang menciplak mahupun yang membeli .. 
satu yang kita kena ingat semuanya dari allah.. 
bersederhanalah dalam kehidupan..jangan berlebih lebih.. 
walaupun tudung tu hak cipta terpelihara..tak boleh ditiru oleh siapa2 pun,
 tapi kena ingat kita sama-sama mencari rezeki di atas bumi pinjaman allah..
 kalau dia nak tarik rezeki awak..dalam sekelip mata dia boleh tarik balik ...
 kalau dia nak bagi rezeki melimpah ruah kat awak, 
awak boleh jadi kaya raya walau asalnya awak tidak punya harta..
jadi sama-sama kita muhasabah diri..
 kan lebih elok kalau rezeki kita yang melimpah ruah itu dikongsi bersama-sama.. 
tak kan bisnes awak lingkup kot kalau berkongsi dengan orang lain.. 
biarlah orang nak jual yang ala2 gitu, 
sekurang-kurangnya dengan ilham rekaan awak yang dicetuskan dan dipinjamkan oleh allah tu , dia dapat rezeki untuk menyara kehidupan dia.. 
bukankah itu lebih baik...
secara tak langsung awak membantu kelangsungan hidup orang lain.. Tak rugi pun..

awak yang meniru dan menciplak tu plak , takkan selamanya nak tiru orang je kan..
allah bagi akal untuk fikir, cari la idea dan rekaan seniri pulak kan..
mana tau leh meletop lebih lagi dari tudung kak paghidah..

ini hanya pendapat peribadi..
saya bukan orang bisnes, 
saya hanya pembeli yang suka cari hat murah2 jek.. haha.. 
bukan kedekut tapi wasathiyah dalam kehidupan....kihkihkih.. 
peace..


9 comments:

  1. yg penting jgn melebih2..mampu-suka beli lah FAREEDA..agak2 x suka beli jelah paghidah..hehe

    ReplyDelete
  2. kita ikutlah kemampuan masing2...yang penting menepati syariat kan...singgah malam ke sini...

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan..
    nur pun setuju...beli ikut kemampuan..nur selesa pakai bawal je...hihihi...

    ReplyDelete
  4. wow..entry panas yang padat lagi bernas..

    and u look serously gorjes in tudung paghidah kat atas.. i like. dah alang2 ada melaram la.rugi kalau duk dlm almari je

    ReplyDelete