Thursday, May 15, 2014

Ibu oh ibu

Assalamualaikum...

Minggu ni semua orang sibuk dengan hari ibu.. Banyak entry yang keluar pasal hari ibu..
Saya berkesempatan baca jugak  entry kawan2 ..
Tapi x sempat nak tulis entry langsung sebab sibuk dengan mcm2 urusan..
Semalam ada masa free sikit.. Join GA jek sebab malas nak fikir n malas nak menaip..
So entry ni dah tersadai kat draft hampir seminggu.. Kengkonon nak up mase hari ibu..
Tapi tak sempat siap jugak..hari ni saya nak cuba siapkan jugak..


Bila nak bercerita pasal mak ni sebak di dada mula terasa.. Rindu kian mencengkam (wah ayat novel la pulok) .. Tambah2 bagi saya yang agak jauh dari mak..
 Adik beradik lain semua duduk dekat2 dgn mak.. Weekend je mesti jumpa..
Yang dok sebelah rumah mak lagi untung..hari2 boleh tengok mak.. 



Mak saya wanita yang sangat tabah dan kuat .. dia dipelihara oleh datuk dan neneknya..
dia tak pernah merasa kasih sayang seorang ibu..
Sebab ibu dia meninggal selepas 5 hari melahirkan dia.. Mak saya tak bersekolah tinggi..
Sampai darjah 2 saja.. Sebab datuk dan nenek dia tak mampu..
Mak saya berkahwin di usia 14 tahun .. Dan di usia 16 tahun dia dah jadi ibu..
Mak saya telah melahirkan 11 orang anak tetapi 3 daripadanya meninggal masa kecik..
Mak saya tak pandai membaca rumi.. Hanya pandai baca jawi..
Walaupun dia sekolah tak tinggi, dia boleh mengajar orang mengaji..
Mak saya seorang yang sangat lemah lembut..
Sentiasa bertolak ansur dan banyak mengalah..., dia mendidik anak2 dengan kelembutannya..
dia tak pernah memukul kami anak2 nya..
tapi kami sangat mendengar kata dia.. dia cuma tunjuk rotan yang dia simpan untuk menakut2kan kami.... tapi tak pernah guna pon rotan tu....
dia ibu paling hebat di mata dan hati  saya..
dia ibu yang paling tabah dan kuat dalam mengharungi liku2 hidup...
ayah saya meninggal masa saya tingkatan 1 .. mase tu abang saya masih di universiti, saya dan kakak saya di sek menengah dan 2 orang adik saya di sekolah rendah.
bayangkan beratnya bebanan yang tertanggung di bahu dia untuk menjaga kami tanpa seorang suami di sisi tapi dia tak pernah tunjukkan kesusahan yang dia tanggung depan anak-anak..
dia sentiasa cuba sedaya upaya usahakan semampu mungkin untuk anak2 dia belajar tinggi..
Alhamdulillah.. usaha dia tidak sia2....anak-anak dia semuanya berjaya ...
dan tiba masa untuk anak2 pula membalas jasa.. walau tak mungkin mampu dibalas semuanya...
sekurang2 gembirakan hari2 tuanya...bahagiakan hidupnya sebelum dia menutup mata..
saya sentiasa berdoa semoga allah panjangkan usia ibu saya dan sihatkan tubuh badannya ..
saya nak bagi dia rasa segala kesenangan hidup yang dia tak pernah rasai dulu..



selamat hari ibu buat ibu saya yang tercinta.. dia tak pernah paham pun bila kami dok kol n ucap selamat hari ibu.. soalan dia.. apa benda pulak dah hari2 ibu nih.. . mak tau hari raya ja..haha
hari jadi dia pun dia tak ingat dan tak peduli....
bukan hari ibu je kami ingat mak..hari2 ingat ....
walaupun mak saya dah tentu2 tak singgah sini..dia bukan reti bukak blog bagai nih..
jangan kan nak buka blog.. pegang "kopita" pun tak berani.. kehkehkeh..
saya nak juga cakap saya sayang mak ..dan mak adalah insan teristimewa di hati saya,,
terima kasih di atas segalanya...



8 comments:

  1. besarnya pengorbanan seorang ibukan...bagus jadi anak2 yang sentiasa mengingati ibunya...terus menyayangi dan menjaga ibu ..ye mama...

    ReplyDelete
  2. sayu baca kisah mak mama..kak ana doakan semoga mak mama sihat dan sentiasa didalam rahmatNya, mama..kdg2 yang jauh tu lagi kuat kasih sayangnya...

    ReplyDelete
  3. bila baca kisah mak mama ni,teringat dekat nenek saya. semoga dia panjang umur,amin :)

    ReplyDelete
  4. pegang kopita tu komputer ke?? hehehe.. comel betol..
    hanya doa mampu dikirim..:)

    ReplyDelete
  5. hebat2 manusia yg bergelar ibu ni :)

    ReplyDelete
  6. Wah...sis memang macam anak emak..muka sama tak tumpah cam ur mum...

    Rindu mummy kita...

    ReplyDelete