Thursday, June 26, 2014

Peminat biskut oreo tegar

Assalamualaikum..

Setiap kali pegi supermarket ke, mini market ke, kedai runcit Ah Chong  ke benda pertama mursyid akan cari ialah biskut oreo.. 
Dia mesti terus ke bahagian biskut n ambik oreo dulu bubuh dalam troli.. 
Kekadang dia ambik sampai 3 bungkus..




Bila tanya dia
'kenapa mursyid ambik sampai 3?' 
Dia kata
 ' satu untuk mama, satu untuk abah, satu untuk mursyid' 
Yang sebenonye semua untuk mursyid.. Pandai bagi jawapan selamatkan diri ye anak. 


Kalau pegi shopping , tempat paling nak dielakkan ialah bahagian mainan la kannn..
Tapi  kalau supermarket kat Bintulu ni semua Mursyid dah hafal kat mana bahagian mainan tu..
memang tak boleh elak punya...
so dia akan ajak mama ke bahagian mainan.. abah dia tak mo ajak..
sebab confirm tak kan dapat mainan kalau mintak kat abah.. kalau mama ada peluang la jugak...
sebab hati ibu kan lembut bak sutera..ouchh
senang cayaq kalau anak mintak2.. tambah2 dok buat muka mintak kena cium...aduhaiii la anakk...
terus rasa nak beli mainan satu kontena kat anak...haha..

tetapi sejak awal tahun ni azam baru mak mursyid ialah.. tak mau beli mainan kat mursyid kerap sangat..
sebab mak dia rase malas letih nak mengemas rumah yang dah bersepah2 dengan mainan yang berkoyan2 tu...
so mak dia kena keraskan hati..tak boleh mudah cair bila anak mintak mainan..
oleh sebab Mursyid  suka oreo, kerja2 memujuk menjadi lebih mudah..wink wink

kalau dia mintak mainan..
 "ehmm kalau mursyid nak toys,  kite tak leh beli oreo tau..
sebab takut tak cukup duit....

 Dia pon oklah beli oreo jelah...tak nak toys.. haha
 Bagus kan ada oreo.. 

Saya ada belikan die oreo yang dalam tin bentuk lori tu.. Dia sayang betul dengan lori tu.
dia lagi sayang lori tin tu daripada mainan lain yang lebih mahal.
Biskut dalam tu dah habis, dia isi dengan macam2 harta karun die..
tido malam pon peluk tin oreo tu tau.. hover kan anak ahkak.. ikut bapak dia mungkin. kehkehkehh..
mak dia mana ada over2 camtu..

kalau ade iklan oreo kat tv, jangan kau berani2 nak tukar channel.
dia suka sangat iklan oreo..
siap ajak mak dia berlakon sama macam dalam iklan..
jenuh la mak dia nak berlakon..
dah la mak dia jenis kayu..kalau berlakon masa sekolah dulu pon.. mak dia tukang pacak je..
jadik pokok je paling mak dia handal..ngeheheh




kalau kami travel, benda wajib ada dalam beg dia ialah biskut oreo dan air teh..
sebab bila2 masa saja dia akan mintak dua benda tu..
so mak die memang kena ready 2 benda tu dalam beg dia siap2 selain susu..

saya pon suke jugak berebut biskut oreo dengan mursyid sebenonye.. haha..
bila makan berebut2 dengan dia tuh rasa lagi sedap ..
memang asyik betol makan biskut oreo ni.. nak2 lagi sambil tengok tv..

ehmmmm...birthday Mursyid bulan 10 nanti mama bagi hadiah biskut oreo jelah ye Mursyid.. muehhehe.. pasti menjadi hadiah paling bermakna kan kan kan anakku...ngehngeh..



14 comments:

  1. Mursyid leh jadik duta oreo lah kak. Cayalah! Hehe.. Oreo paling bermakna dalam hidupku.. XD seriously oreo mmg sedap di layann mase menonton tv..

    ReplyDelete
  2. sukanya dya dengan oreo.. husna tak suka sgt sebab tak minat biskut yg ada krim nih..:p

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut ramadhan
    Salam singgah dari irra
    http://www.irrayyan.com

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Mursyiid ingat kat ayah & mak die .
    auntie nak oreo sikit, boleh?

    ReplyDelete
  5. Anty lya pon suka jugak ngan biskut OREO yang COKLAT tu hehehee .Suka sgt2 ..Mursyid nnt kalau kita jumpa kita tuykar2 BISKUT OREO jer la ...Ala Bedayy anty pon bulan 10 la Murysid ,,,,sama la kita sambut bedayy bulan 10 hehehe ......... Sedapnyerr OREO ...

    ReplyDelete
  6. oreo mmg sedap dilayan.
    amboi jawapan baik punya tapi smua mursyid yg punya ye.hihi

    ReplyDelete
  7. amboi abang lawanya rambut uncle nak pinjam bleh

    ReplyDelete
  8. makcik Nnani pun suka dgn biskut Oreo tu..klu nak makan kena beli 2 atau 3 bungkus..
    klu sebungkus ajer nanti berebut dgn anak2...

    ReplyDelete
  9. Zumal pun peminat tegar Oreo gak. Hehe ;)

    ReplyDelete
  10. hahah comel btl la mursyid mama ni. cerdik eh bg jwpn. alahai anak. kalau ade rezeki haritu, msti skrg cx da preggy 7month. huhu sedih. blm rezeki dpt anak lg :)

    ReplyDelete
  11. pandai mama psiko ye...kalo beli toya xleh bli oreo sbb duit xckup...bgs jugakkan

    ReplyDelete
  12. peminat biskut oreo rupenya..sedap kalau cicah dengan air.

    ReplyDelete