Friday, September 5, 2014

homemade mee kuning

Assalamualaikum..

fuh kiri fuh kanan.. baca ayat kursi banyak2 nak jenguk blog ni.. takut ade penunggu sebab dah lama tuan tanah tak datang menjengah...
.takut jadi tempat persinggahan tuan puteri tujuh beradik..haha

tuan tanah masih wujud dalam dunia ni.. cuma kurang semangat  nak berblogging.. 
sejak lepas raya tu memang dah jadi M A ma L A S las sesangat nak update blog apatah lagi nak berblogwalking.. nak join segmen n GA laaaagi laaa tak bernapsu..huuhu..
kekadang rindu jugak nak aktif balik.. tambah2 bila masih ada yang sudi singgah blog ni walaupun tuan dia dok bertapa dalam gua tak keluar2... 
 nuffnang pun tak henti2 bagi sedekah jariah kat saya walaupun tak berapa nak timbul .. 
mungkin sebab dia tau saya anak yatim kot.. .memang banyak pahala la sedekah kat anak yatim...ngehngeh... tq lah nuffnang.. jasa mu kukenang.. 


okeh..kembali kepada topik utama kita ye tuan2 dan puan2.   Anak saya Mursyid sangat-sangat suka makan mee.. boleh dikatakan hampir setiap hari dia mesti mintak saya masakkan mee.. 
kalau pegi kedai makan, asal pelayan datang tanya nak makan ape.. 
Mursyid akan mintak mee n air teh.. itu je menu dia.... 

saya kalau boleh tak nak bagi dia makan mee selalu, sebab mee kuning yang dijual di kedai tu diorang campur dengan air abu/air soda yang mana tidak bagus untuk kesihatan.
 tambah2 lagi mursyid ada asma.. 
so jalan penyelesainya ialah dengan buat mee kuning sendiri di rumah.. 
rupa2nya sangat mudah dan senang nak buat mee kuning sendiri..

benda yang paling penting perlu ada hanyalah RAJIN ...ngehngeh..
kalau kau malas ape bende pun tak leh buat kan....
orang malas pandai buat taik mata dan air liur basi je.... hahah... 

ehmm sebenanya mak mursyid ni pun tak rajin mana pun.. kekadang jek rajin tu datang.. bila rajin tu pergi membawa diri.....hah.. apa lagi yang tinggal.. malas je la yang dok menempek..

okey jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat mee kuning...

500 gm tepung gandum
1 biji telur
air
serbuk kunyit



pecahkan telur ke dalam bekas dan bancuh telur dengan air.. 
agak2 la ye.. jangan banyak sangat macam nak bancuh air sirap untuk kenduri kawen anak sulung ketua kampung pulak..

telur yang dah dicampur dengan air



masukkan tepung ke dalam bekas lain
 saya ni jenis main hentam letak je,..tak ikut sukatan.. malas nak bawak keluar penimbang bagaii kan.. eee..tak koser nak menimbang 500gm tepat tanpa kurang atau lebih.....
(nampak tak malas dalam rajin di situ)..sukatan tepung tu terpulang kepada banyak mana mee yang awak nak ..
kalau 500 gm tepung dapat mee lebih kurang dalam sekilo lebih la

pastu masukkan air yang dah dibancuh dengan telur tadi sedikit demi sedikit.
sambil uli sampai jadi doh yang tak melekit..jangan terlalu lembut,


sebab bila nak mesin nanti dia melekit n bila nak masak pon mee tu lembik sangat..


























 

mesinkan tepung tu halus2 jadi macam mee la kan

untuk merebus pulak.
panaskan air , masukkan sedikit minyak dan serbuk kunyit..lepas tu masukkan mee yang dah dimesin tadi ,  rebus sekejap dalam 3-4 minit.  lepas tu angkat dan toskan.. 
gaulkan dengan minyak sikit2 supaya dia tak melekat.


dah siap... boleh la nak buat mee kari ke, mee goreng mamak ke, mee hailam ke, suka ati awak lah.. kalau nak simpan, sejukkan.. letak dalam plastik or bekas bertutup .. 
then masuk dalam peti besi  ais k..


11 comments:

  1. Ana pernah buat dulu.. Tp mee tu ter'rebus' lama. Haha. Maka jadi laa mee kembang semangkuk! :D

    ReplyDelete
  2. wah, nampak senang. hehe. tapi takde mesin yg payah

    ReplyDelete
  3. Wah macam senang aje..cantik mee dia..

    ReplyDelete
  4. WUHUUU...NAMPAK MCM SENANG JER....tapi bila buat tah jadi ke tak..heeeheeeheee..mama mursyid poslah kat sini nak try yg mama mursyid buat tuhhhh

    ReplyDelete
  5. kat kg ada mesin tu . dah mmg x de hati nak buat mee , sudahnya mesin tu berkarat tanpa digunakan langsung . bila tgk resepi mee ni senang jer , mcm nak cuba pula ...

    ReplyDelete
  6. nampak macam senang, tapi tak tau sendiri buat jadi ke tidak..kena beli lah kot mesin tu sebab memang suka makan mi kuning.tak berani makan banyak-banyak yang beli punya sebab banyak pengawet.huhu

    ReplyDelete
  7. waaa...bestnye boleh buat sendiri... ni nampak je senang ikut resepinya...sekali buat... naaa... jadi ke tak tau la kalu mommylina yang buat..haha...nak belajar juga la lepas ni... macam best... tapi mmg best ni.. tq sharing

    ReplyDelete
  8. senang aje nak buat....lpas nih leh buat tp kme cri mesin mee nih la

    ReplyDelete
  9. wahhhh..bestnya buat sendiri. Cam senang je tapi tak tau la kalau sy cuba buat nnati boleh jadi atau tak. Tapi boleh cuba ni..

    ReplyDelete