Monday, October 13, 2014

roti telur special

Assalamualaikumm..

semalam saya buat roti sardin salut breadcrumb.. mursyid suka makan.
.tapi dia makan bahagian breadcrumb jek sebab crunchy kan..yang inti dalam tu dia x makan... dia memang suka kan makanan yang crunchy2 ni.. kalau goreng ayam pun saya akan salut tepung banyak2 n buat bagi rangup..

 so saya pun terfikir nak buat roti telur bersalut  macam tu tapi versi anak-anak la kan..
tak de la letak inti yang pedas2. so dia boleh makan semua bahagian...

 saya buat roti telur campur susu dan salut dengan bread crump.. 
Mursyid memang sangat suka roti ni.. dia panggil roti sedap.. ..
sedap sangat la kot... ataupun sekadar nak kembangkan hidung mak dia....kekeke


cara nak buat pun sangat senang.. mungkin ada ibu-ibu yang dah penah cuba buat kot..

bahan-bahan

roti
telur
susu pekat
serbuk roti


cara penyediaan:



pukul telur dengan susu pekat.. agak2 la susu tu.. jangan terlalu manis.. 



buang bahagian tepi roti dan potong roti ikut suka la nak petak ke panjang2 ke.. 


pastu celup dalam telur yang dah dicampur dengan susu tadi, 


pastu golek2 kan dengan serbuk roti.. 


pastu goreng .. saya goreng guna minyak sikit je campur butter/planta sikit dengan api sederhana... dah siappp.. sedappp kata mursyid..
pandai dia ambik ati mak dia.. puji melambung....




11 comments:

  1. hehe,,nt try la buat....xthu ank suka x ni

    ReplyDelete
  2. Nak tryla mudah je cpt d msk sdp d mkn

    ReplyDelete
  3. mesti krup2 makan time panas2 kan MM :)

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap ni. Ana nak try buat. Thanks sharing. Huhu.

    ReplyDelete
  5. Macam best aje ...boleh cuba ni mama..

    ReplyDelete
  6. kretif nya.... :D salam perkenalan... saya follow sini yer... :D

    jindrisska.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Wahhh mak mursyid ni mmg kreatif laa bab masak memasak nie..nak pinjam resipi ok nk buat tuk ank2..

    ReplyDelete
  8. Good idea lah, mama :)
    Anak saya memang suka roti telur.

    ReplyDelete