Sunday, October 12, 2014

Tempat makan best di bintulu

Assalamualaikummm


Family kecik saya ni memang jenis yang jarang sangat makan luar... 
Sebab saya kan sangat rajin masak... Kahkahkah puji diri sekontena.. 
Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa kami jarang makan kat luar.. 
Yang pertama jawapan puji diri dengan jujur di atas tu la.. 
Yang ke2 sebab anak saya jenis tak reti dok diam bila makan kat luar.. so makan dalam keadaan tak tenang sebab dia asyik berjalan2 sana sini..tak nikmat kannn
Yang ke3 sebab malas nak keluar..... Ngehngeh.
 Yang ke 4 sebab suami saya kurang suka makan kat luar .....................
so kami  tapau  je ...pastu balik makan kat umah... 
So kira tak makan kat luar la kan... Hakhak

Ok kembali kepada tajuk asal..
Ada beberapa tempat makan di bintulu ni yang boleh dikatakan sedap dan best la..



1) restoran sajian mas

restoran ni baru dibuka tahun 2014.. lokasi nya di kawasan baru di belakang supermarket farley.. menu istimewa kat sini ialah mee udang galah.. kalau awak pergi time tak ramai orang, boleh pilih nak udang besar mana.. nak besar lesung batu pon ada.. ada ke?? kehkehkeh..  harga bergantung kepada berat udang.. so kalau nak murah pilih la yang kecik2 je ye.. kalau yang besau dah tentu2 la berat n mahal sikit..
sila check dompet dulu ye.. jangan ikut nafsu.. jangan ikut kata perot...kekee

                       
tengok tuuuu... merembes tak cecair dari mulut  awak???.. haha .. merembes kan..





2) restoran seribu bintang

restoran ni terletak di kampung baru ,pinggir bandar bintulu..
macam-macam menu ada di sini....
kalau nak makan ikan bakar di sini lah tempatnya..
restoran ni buka waktu petang sehingga tengah malam

menajmu selera di seribu bintang dengan fmaili mertua saya

3) restoran bintang warisan

lokasi dia sangat strategik sebab dia terletak betul2 di hadapan park city everly hotel..
so kalau awak stay kat everly hotel ni, awak boleh lenggang lenggok mak limah jek g restoran bintang warisan nih..
menu dia banyak dan sodap2 tau..
menu utama dekat sini ikan bakar jugak..
dia start petang sampai tengah malam jugak kat sini

4) medan selera bintulu

medan selera ni ada banyak gerai2 la kat sini... nama pon medan selera kan..
 tempat ni mula beroperasi waktu petang sehingga ke tengah malam
kat sini ade beberapa gerai yang kami suka , antaranya :


Gerai Liz Rasa

kat sini saya suka mee udang muar dia.. sedap .. mee goreng pon sedap..
anak saya Mursyid suka mee goreng.. menu2 lain pun sedap..
tak de yang tak sedap.. semua sedap..

Burger bana

 dia jual burger homemade tau.. Memang sedap burger dia..
Kalo ko nak burger besaq pinggan pon ada..
 kalau ko boleh telan sebiji burger besaq pinggan tuh dengan sekali ngap, dia  bagi free je burger tu kat ko..haha <----- memang spesis ular sawa la kalo dapat telan...
Dan sekarang dia dah tambah lagi 2 menu iaitu mee kari ayam dan laksa sarawak..
Dua dua sedap tau.. Memang kena rasalah kalau datang ke sini..kalau tak ..awak yang rugi..

Sri Andalas Nasi kerabu

Ada satu gerai jual nasi kerabu kat sini.. Ore kelate yang berjual..
So rasanya tidak mengecewakan la.. Sedap dan boleh cuba ...
kalau isteri awak kempunan nak nasi kerabu.. Jangan risau di sini ada dijual ye..
dok payoh g kota bharu kelate pong..
bintulu pong ade ..


Nasi bajet kak wok

menu dia nasi simpel je.. ada nasi, sambal belaca, timun, ayam goreng n dalca.. tapi sedap..
 nama pun nasi bajet kan so menu dia pun bajet je la ye...
tapi tak mengecewakan walaupun bajet.. 




5) restoran famous mama

Penggemar roti canai mesti kena singgah sini...
Mak n bapak mertua saya kalau datang bintulu seminggu
mau dekat 10 kali jengok famous mama ni.. memang pelanggan setia
Diorang suke roti canai dan mak mertua saya suka  teh c special dia..
restoran ni betul2 dekat dengan airport lama.. berhadapan dengan SPRM dan AM Bank.
dia buka dari pagi sampai ke malam..
roti canai dia sentiasa ada dari pagi sampai ke malam tak habis2 selagi tak tutup kedai..


6) popular

kat sini paling best menu makan tengahari dia..sebab dia sediakan pelbagai jenis lauk dan ulam ulaman.. sambal belacan dia pun berjenis2..
siap ada budu lagi kau..
kalau makan tengahari kat sini memang puas hati sebab kebanyakan menu dia tidak mengecewakan..
 kedai ni terletak di belakang pasaraya sing kwong baru.. berdekatan BMC ..
menu lain ade jugak macam nasi ayam, nasi ayam penyet dan sebagainnya..

7)srikandi

kat sini saya suka nasi ayam penyet dia.. memang sedap dan kebanyakan orang yang makan kat sini memang akan order nasi ayam penyet..
ayam penyet dia boleh mintak yang goreng atau bakar..
lokasi dia dekat je dengan restoran popular tadi


9) eve garden

restoran ni dibuka dari pagi sampai ke malam.. . menu tengahari dia pun boleh tahan sodap..
nasi ayam penyet die pon kena cuba sebab memang sedap..
sebelah malam ada jugak di buat ikan bakar dan pelbagai menu lain.

11) soto nor

kedai ni terletak di belakang balai bomba bintulu.. ada macam2 menu jugak..
waktu pagi ada roti canai jugak kat sini.. paling saya suka nasi kuning tawau dengan ayam masak merah dia.. memang sedap lah..
restoran ni buka dari pagi sampai ke petang

12) restoran Tumis

restoren ni dibuka dari pagi sampai petang je.. paling best kat sini ialah roti canai tempek dengan telur dia..atau dia namakan UPM/USM.. saya pun tak dapat kesan apa kaitan nama tuh dengan roti canai tempek telur dia tuh.. tapi memang sedap.nasi lemak dia pun boleh tahan jugak.. restoran ni terletak berdekatan dengan stesen bas 1 malaysia..

senarai menu tumis... 

13) cafe che minah.

restoran ni terletak di kawasan yang sama dengan sajian mas.. deretan kedai yang sama... tapi bangunan lain.. menu istimewa kat sini ialah nasi kukus ayam dara... haaa ayam dara lagi kau.. bukan ayam pencen tauu... dia bagi nasi putih dengan ayam dara goreng , ulam dan sambal belacan.. sila lah cuba..boleh tahan jugak...

14) warong Jelira Molek

warong ni hanya dibuka pada hari ahad waktu pagi  sahaja. gerai dia terletak di anjung selera..
anjung selera di betul2 dekat simpang Kampung Assyakirin.
.. menu istimewa nasi kerabu dan nasi lemak.. ore kelate jugak yang berniaga.. kedua-dua menu dia adalah sedap.





kalau dah tak tau nak g makan mana jugak sebab semua tak kena dengan selera awak, datang rumah kite lahh.. kite bagi menu spesel dalam cawan.. bukan kek cawan, bukan juga secawan teh...
kite jamu  maggi cawan jelah... kekekekeke

tempat-tempat makan ni akan di update dari semasa ke semasa.. sebab sekarang ni tempat- tempat  makan di Bintulu tumbuh bagaikan cendawan selepas taufan.. haha.. sebab bintulu sedang membangun dengan pesatnya.... dan kalau ada tempat-tempat makan yang tersenarai di atas , saya rasa tak sesuai berada dalam kategori tempat makan best di Bintulu  lagi saya akan buang dari senarai... 


12 comments:

  1. alahaaiiii..terliur tengok udang tu.

    ReplyDelete
  2. wohoooo~ ini mmg best...insyaAllah kalau sampai ke Bintulu! :)

    ReplyDelete
  3. Hohohohoho bestnyerrr ........Banyak betul tempat makan best kat sana .. Nampak sedapp tuuuu yang kat atas tu MM ..Mintak sikit boleh ..Wah ..blog dah berubah wajah la ..Makin cantik dan kemas ..Tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang sebenonya tersilap tekan.. dok memandai godek2 template..last2 hilang template lama.. huhuhuhuhuuhu

      Delete
  4. Fuiyooo..besarnya udang tu..best makan nih..banyak jugs tempat makan yang menarik ya..

    ReplyDelete
  5. Udangggg diaaa.. Buat ana kecur air liur. Isk!

    ReplyDelete
  6. Wah sedanpnya. Thanks for info, Nanti kita terjah tempat yg mama share tuu bila sampai sana :)

    Singgah malam sambil menabung :)
    Jemput singgah : Banyaknya Ongoing Iklan Nuffnang

    ReplyDelete
  7. amboi udang misai tuuu..menggoda sungguh, samalah MM suami kak ana pun jenis suka makan di rumah,sesekali je baru makan di luar, tak pe ganjaran pahala buat kita tu..Insyaa Allah.. :)

    ReplyDelete
  8. sy baru bekerja kat bintulu ni..sy xpandai nak godeh tempat ni lah..hehe

    ReplyDelete
  9. Mcm2 restaurant dh ada. Nk tomyam best ada d Tuk tuk tomyam kt medan raya.sebelah hotel kemena sederet dgn zenQ.bg sy kalu nk rs mknnn originality smnjg kt situ menepati.

    ReplyDelete