Sunday, November 2, 2014

kek ombak rindu

Assalamualaikum...

minggu ni adalah minggu yang sangat sibuk dan memenatkan.. terlalu banyak benda nak dibuat dalam satu2 masa.. 
2 hari berpanas  untuk sukan sekolah.. lepastu banyak betul kerja datang bertimpa timpa.. uhuhu... 
bila dah tak cukup rehat, badan letih penyakit pun mula la datang mengintai n nak menempek kat kita kann.. 
hari jumaat  dah rasa tak larat sangat... so saya ajak abah mursyid makan kat luar atau tapau je.. 
saya cakap tak larat nak masak.. abah mursyid kate.. ok.. dia nak pegi cycling dulu, 
lepas maghrib nanti kita keluar katanya.. bila abah mursyid keluar.. tetiba saya rasa nak buat kek.. terus masuk dapo..belek2 buku resepi dann nampak macam menarik je kek ombak rindu ikut resepi chef hanieliza ni.. 
apalagi terus bertungkus lumus dengan dibantu oleh si anak terona..

bahan-bahan

250 gm mentega
210 gm gula kastor
5 biji telur ayam gred A
1 sudu teh esen vanilla
230 gm tepung gandum diayak
1 sudu teh serbuk penaik diayak
100 ml susu cair
50 gm serbuk koko
sedikit pewarna hijau , kuning dan merah


cara membuat

1. mentega dan gula kastor dipukul hingga gebu
2. masukkan terlur satu persatu diikuti esen vanilla, pukul lagi hingga sebati
3. masukkan tepung dan serbuk penaik sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair. pukul lagi
4. bahagikan adunan kepada tiga bahagian. campurkan pewarna merah, kuning dan hijau ke dalam setiap bahagian. kacau rata.
5. sapukan mentega pada loyang saiz 8 x 5 inci dan lapikkan kertas minyak
6. masukkan adunan warna merah ke dalam loyang. buatkan permukaan tinggi rendah
7. ayakkan serbuk koko menggunakan penapis teh ke atas permukaan tadi.
8. ulangi langkah yang sama untuk warna kuning
9. letakkan adunan terakhir , warna hijau ke atas permukaan serbuk koko dengan perlahan-lahan.
10. panaskan oven . masukkan loyang dan masak dengan suhu 170 darjah dengan api bawah sahaja selama 50 minit





bila abah murysid balik dia tegur...eh bau kek satu rumah ni.. orang demam dah sihat ke boleh buat kek.. kata tak larat nak masak.. 
saya jawab.. masak tak larat, tapi baking larat la... hahahha....
 bila mood baking tu muncul, tak larat2 pun gigih jugak.. tak dpt menahan diri... kekekek..

10 comments:

  1. Amboii..sedapnye kek. Tak tahan pulak tengok. Hehe.

    ReplyDelete
  2. pandainyee mama mursyid buat kek.. kalau anis xreti nak buat kek warna2..hahha..

    ReplyDelete
  3. Nanti nak try sambil nyanyi2 lagu ombak rindu. Hehehe

    ReplyDelete
  4. Wahhh sedapnyerr MM..mesti byk mursyid mkn ni..

    ReplyDelete
  5. saya dah follow blog ini kalau sudi follow balik dan lawat blog ini selalu
    http://bicarabihah.blogspot.com/
    terima kasih

    ReplyDelete
  6. tudiaa kak, dalam tak larat pon sempat lagi membakar ye..:D
    menarik gila warna kek..

    ReplyDelete
  7. Fuh tengok pun dah nampak menarik....

    ReplyDelete
  8. sedapnya
    menarik perhatian yg menengok ni mama.hihi

    ReplyDelete