Wednesday, April 30, 2014

GA cuci lemari by mamamursyid. Blogspot. Com


 Assalamualaikum

Hai hai hai... Tengok tajuk entry tu macam kompius jek..
Ni nak buat GA ke nak jual perabot terpakai.. Kahkah..

Sebenarnya  saya baru terperasan dalam lemari saya ada top , shawl dan tudung yang saya beli tapi belum dipakai...... (nampak sangat suka membeli)
Saya rase nak bagi dekat pembaca2 bertuah kat blog nih...



Syarat-syarat penyertaan:

1) follow blog ni dan instagram saya Kalau tak mau follow pun tak pe..
 Cinta tak boleh dipaksa..
Mungkin tiada jodoh antara kita..
Ahahah tetiba..


2) buat satu entry dengan tajuk GA cuci lemari by mamamursyid.blogsport.com
tempek banner di atas dan backlink ke sini ye..

3) jawab 2 soalan daripada 3 soalan di bawah..
Jawapan untuk 2 soalan tuh ada dalam blog nih..
awak kena selongkar la..
ataupun awak tiru je jawapan peserta lain..hehe
 
  Siapa nama anak saya?
 
 Apa pekerjaan saya?

     Berapa ukur lilit jari kelingking saya?? Ekekeke

4) kalau awak tak de blog,, tapi teringin sangat2 nak join..
Sampai termimpi2 hakak datang nak cekik awak sebab tak join..
Awak boleh join dengan share entry ni kat pesbuk ..ok..
Tapi jangan lupa jawab soalan di atas..

5) tinggalkan link penyertaan awak dekat komen di bawah..
 Kalau share kat fb boleh tinggalkan link fb awak tu kat komen di bawah jugak ye..

kalau rajin tolong la klik iklan nuffnang tu sekali ye .. boleh gak lepas duit pos hadiah...kehkehkeh

TARIKH TUTUP PENYERTAAN 
16 MEI 2014


6) pemenang di pilih oleh anak saya.. Saya suruh dia cabut nombor bertuah nanti ye..

Hanya yang menepati syarat dan jawab soalan dengan tepat akan saya masukkan dalam senarai peserta..  



Hadiah-hadiahnya adalah seperti berikut: 



shawl oblong  dari shawlbyvsnow


Top green 




Top peach 



Tudung instant awning cowdroy




Shawl panjang dengan 2 corak berbeza..boleh pakai kedua2 belah




Handsock

dan...

top up rm10 untuk 2 peserta.. 


ada hadiah misteri untuk peserta bertuah jugak ye...untuk follower sahaja..
ada 9 hadiah untuk 9 peserta bertuah..
kalau 9 orang je yang join, kira semua orang dapat hadiah.. haha
sebab saya memang akan bagi hadiah ni walaupun peserta tak ramai..

So apa tunggu lagi hakak2 n hadik2 sekelian.. Dipersilakan untuk join GA cuci lemari by mamamursyid.blogspot.com nih..
Ala kadar je awak.. Tapi tolong la join ye..
Saya merayu sambil melutut nih.. Kahkahkah... Macam terdesak sangat...
Sape2 nak join karpet merah saya hamparkan..
kalau Tak nak join , jeling2 je pun tak pe...
Tak kena saman pon... 

senarai peserta GA cuci lemari by mamamursyid.blogspot.com


Senarai peserta akan saya update di sini dari semasa ke semasa ye..
boleh kite sama2 berblogwalking.. insyaallah saya akan  bw dan follow semua peserta..

57) http://anaktayah.blogspot.com/2014/04/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogspotcom.html
58) http://meganefetish.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogspotcom.html
59) http://full23.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyid-blogspot.html
60) http://izzahyukiko.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
61) http://supernaddyss.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyid-blogspot.html
62) http://kisahkita-story.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
63) http://hasyashysya.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyid-blogspot.html
64) http://lovehim30.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyid-blogspot.html
65)  http://smileymiya.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyid-blogspot.html
66) http://nadcontestandgiveaway.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
67) http://nuurfarhani96-misswhiterose.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
68) http://www.ainizakaria.my/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogspotcom.html
69) http://cammylia.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
70) http://luvizzda93.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
71) http://kuemmarosli.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
72) http://mamadarwiish.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
73) http://muslimahad-deen.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
74) https://www.facebook.com/nadya.syamimi/posts/690837314309550?notif_t=like
75) http://ssurianahyana.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyid-blogspot.html
76) http://justforfund.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
77) http://ohsemperson.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogspotcom.html
78) http://fuzamusa.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyid-blogspot.html
79) http://bluepinkiey.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
80) http://raradeluxe.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
81) http://nanakimie.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
82) http://aimiathifah15.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogspotcom.html
83) http://shafyqahazahar.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
84) http://nenektanjung.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
85) http://vidolaaa.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
86) http://umikasum.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
87) http://keyranazleen.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
88) http://samsufiya.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyid-blogspot.html
89) http://nurulasyikinmohdanuar.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
90) http://belongtomee.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
91) http://airis-contest.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
92) http://www-princesspongebob.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
93) http://sitifatimahpunyablog.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
94) http://ayuzan.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
95) http://lfeerafeera.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
96) darlingninie-cgl.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyid-blogspot.html
97) http://aniszahirah87.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
98) http://misspaiepal.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogspotcom.html
99) http://sitracey.blogspot.com/2014/05/ga-cuci-lemari-by-mamamursyidblogsportc.html
100) ??


Monday, April 28, 2014

tempat menarik di Bintulu


Assalamualaikum..

Hampir 5 tahun saya bermastautin di bintulu  sarawak ni... 
Sebuah bandar yang tenang pada saya.. Rilek2 je dok sini.. 
Tak payah nak hadap jam teruk2... jem tu ade jugak.. tapi jem acah2 mak enon je la..
Dari rumah nak g sekolah 5 minit jek kau...
bawak kete pon Lancar je .. tak sempat haku berangan panjang pon lam kete.. 
.. Baru je nak start berangan jadi retis fofular ..nyanyi kuat2 dalam keta.. Kengkonon tengah perform di hadapan jutaan penonton.. Baru je buka mulut luas2 bak jaclyn victor nak tarik high note  .. 
Tengok2 dah nampak bangunan sekolah yang berusia lebih 100 tahun tuh..
perlahan2 kututup mulut kembali.......punah angan2ku...

Ok bukan nak crita pasal angan2ku yang musnah..
nak crite pasal tempat-tempat yang menarik kat Bintulu ni..
Bintulu ni bukanlah tempat pelancongan yang femes amos macam Kuching or Kota Kinabalu..
kat sini banyak orang minyak je(orang yang keja dengan syarikat minyak )..
tapi ada jugak la tempat-tempat menarik untuk di lawati di Bintulu ni.
so kalau awak datang ke sini boleh la pergi melawat ke :


1) Pasar Tamu Bintulu

kalau datang ke bintulu ni mesti kena singgah ke pasar tamu ni.. di sini ada jual belacan bintulu, ikan terubuk masin, segala hasil tani dan jugak bakul2 hasil tangan penduduk tempatan..
 "hidupan eksotik" juga ada dijual di sini ...
jangan kau menjerit n dok buat2 geli geleman pulak....
buat macam biase jek ye.. macam kau biase makan je.. lagi bagus kalau kau buat dialog ...
". ulat ni sedap kalau buat goreng rangup..".. kat depan si penjual tuh...
sebab diorang akan marah dan terasa hati kalau kau menjerit dok buat geli geleman makanan diorang..
macam kita la jugak ..kalau engkau suke sangat makan ketam,
tetiba orang dok buat geli2 tak lalu makan ketam..
tak ke kau rase macam nak hempok ketam ke muka orang tuh kan..
so kena hormat la budaya orang ..tambah2 lagi di tempat orang kan..





bersebelahan pasar tamu ni ade pasar utama bintulu..
kat situ ade jual bahan basah macam ikan2, sayur2 dan buah2..
kat tingkat atas ade jual barangan kraf sarawak.. untuk buat souvenir la kan...
boleh borong untuk bagi kat ketua kampung..ahli2 mesyuarat tingkap, ahli2 rukuntetangga, tok imam dan tok siak jangan dilupa..


2) Bintulu Waterfront Promenade

. waktu petang ramai orang suka lepak sini.. ada yang berjogging, ada yang memancing ada yang dok lepak sambil membesarkan perot (hakak la tu) kehkehkeh
kekadang ada jugak orang buat event kat sini..
 best lah lepak kat sini..angin laut menderu2..
kalau nak ambik gambar pon cam cantik je kat sini..
so kene singgah sini tangkap gambaq sekeping dua untuk tunjuk kat orang2 kampung yang mengkomer dah sampai ke bintulu



sengaja tempek gamba jaman kurus selim melim dulu...hukhuk.. orang datang sini joging..ahkak bawak bekal sebeban..

best ooooooo tempat ni..kata mursyid

3) Pantai  Temasya,Tanjung Batu

kebanyakan penduduk Bintulu suka menghabiskan cuti hujung minggu di sini..
 ada disediakan tempat untuk buat babe-q.. sangat sesuai lah kalau nak berkelah bersama keluarga..
ada jugak gerai2 jual makanan di sini..
boleh makan sambil menikmati angin pantai yang menyegarkan.. tengok sunset...
pekena ayaq nyoq sambil menghadap laut yang terbentang luas.. oh indahnyaaaaaaa

model ubat batuk cap ibu dan anak tengah shooting untuk iklan terbaru

makan-makan tepi pantai.. rambut mursyid bersepah ditiup angin..

4) Taman Tumbina

kalau bawak anak-anak, boleh la masuk ke Taman Tumbina Bintulu..taman ni terletak berhampiran dengan Pantai Temasya. Tanjung Batu, dalam ni ada binatang..
 macam mini zoo la.... jangan la kau harap macam zoo taiping..jauh sekali zoo negara..
 tapi boleh la kalau nak bersantai bersama bersama keluarga..
nama taman tumbina itu pun gabungan TUMbuhan BINAtang. (aku agak jek ni)
so  mesti la ada tumbuhan dan binatang kat dalam tuh..
nak masuk kena bayar.. murah je untuk dewasa  rm 2.00   untuk kanak-kanak rm0.50..
untuk maklumat lanjut boleh rujuk website taman tumbina bintulu



5) Taman Negara Similajau

Taman negara Similajau ni terletak agak jauh dari bandar Bintulu.. mengambil masa lebih kurang setengah jam perjalanan dari bandar bintulu..
bayaran dikenakan rm10 seorang.. tapi kalau masuk secara berkumpulan lebih murah..
pantainya bersih sebab ianya dijaga oleh jabatan hutan..
so kalau awak nak mandi, tak de la sampah sarap tersangkut atas kepala..
dan selesa kalau nak mandi laut kat sini..sebab orang tak ramai sangat..
kalau kau nak buat kuak kupu2 ke kuak badak berendam ke, suka hati engkau la..
insyaalah tak de orang hingin nak skodeng kau
kalau nak bermalam kat sini pun boleh..
ada chalet dan asrama disediakan di sini. sesuai jugak kalau nak buat hari keluarga di sini..

mereka sedang bermain layang-layang...

orang main layang2 pandang atas.. dua beranak ni main layang2 ke main bayang2...

6) Taman Negara Niah

Taman Negara Niah terletak kira-kira 120 Km ke Utara Bintulu. 
Setengah-setengah kawasan gua tersebut dipenuhi dengan batu kapur yang cantik dan tersusun indah.
 Gua Niah juga mempunyai bermacam jenis flora dan fauna termasuklah beribu-ribu burung layang-layang yang menghasilkan sarang burung yang boleh dimakan. 
Najis kelawar yang ada di gua tersebut merupakan sumber baja asli yang dikenali sebagai Guano.  
Di sebelah barat mulut gua tersebut merupakan kawasan arkeologi yang terpenting di Asia Tenggara. 
Ini adalah kerana di situlah terdapatnya penemuan yang besar peninggalan manusia zaman batu lama dan manusia zaman batu baru. 
Penemuan tengkorak di situ merupakan tanda-tanda terdapatnya Homo sapiens di Asia Tenggara yang menyokong lagi penemuan arkeologi yang amat penting.  
Melihat bagaimana sarang burung diambil adalah suatu pemandangan yang menakjubkan kerana sarang burung ini terletak di bumbung gua. 
Untuk mengambil sarang burung tersebut, pendaki perlu mendaki tiang-tiang yang tegak setinggi 60 meter. Dari situ, pendaki menggunakan galah buluh yang panjang yang mana pada hujung galah tersebut ada penguis untuk mengambil sarang burung.  

Perjalanan ke Gua Niah dari perhentian adalah sejauh 40 meter berjalan kaki  di sepanjang jambatan kayu sepanjang 3 Km ke dalam hutan tropika Borneo yang tebal. 
Sepanjang perjalanan tersebut dapat memberikan pengalaman yang indah kepada pelawat-pelawat dengan menyaksikan berbagai jenis flora dan fauna di dalam hutan belantara yang belum terusik tersebut.
(COPY PASTE DARI LAMAN WEB RASMI BDA) 
haha.. banyak senang keja kau..kopipes jek.. 
sebabnya saya pun belum sampai lagi ke Guan Niah ni.. 
tapi sebelum saya berpindah balik ke semenanjung.. saya akan menjejakkan kaki jugak ke Taman Negara Niah ni.. Insyaallah..


gambar dari google

gambar dari google.. sebabnye ai pon belum sampai lagi ke sini...

banyak jugak la kan tempat best dan menarik di Bintulu ni.. 
so jangan segan silu nak book tiket kapai terobang ke Bintulu ni.. 
penduduk Bintulu semuanya baik2 ramah tamah macam hakak tau.. kehkehkeh..
tempat penginapan n kereta sewa pon banyak kat sini..
marilah melancong ke Bintulu beramai2.. bawak orang2 kampung sekali lagi bagus.





Tuesday, April 22, 2014

Mursyid dan rambut awan nano

assalamualaikum..

Setiap kali saya keluar jalan2 dengan mursyid ramai yang akan tegur rambut dia.. 
Soalan yang wajib ditanya...kalau di semenanjung  "Original ke rambut dia.. Cantik la ".. 
Mun di sarawak soalannya ialah "original sik rambutnya.. 
Kitak molah ka rambutnya?? Nang cute rambut anak kitak.". haha
dan ramai jugak orang yang panggil dia rambut awan nano..
sebab rambut sama dengan penyanyi lagu awan nano..hafiz ..


Saya kekadang rasa macam nak rakam suara dengan lemak merdunya memberikan jawapan
  rambut dia adalah original ..
 takkan la saya begitu gigih nak bawak anak kecik2 g salun untuk kerintingkan rambut dia..
ibu2 melampau tuh kalau buat gitu..
tak koser hakak nak buat macam tu kat anak..

so Bila orang tanya kita play ja rakaman tuh .. 
Senang kan.. 
Sebab saya memang dah boleh jangka soalan tuh  akan muncul setiap kali keluar jalan2.. 
Kurang2 10 kali soalan tu diutarakan sepanjang kami berjalan2..haha



Saya bukan marah dekat orang yang bertanya tuh.. Dia ingin tahu kan.. 
Dan saya pun suka rambut mursyid jadi perhatian.. 
Maknanya rambut anak hakak cantek.. Kau hado???haha

Rambut mursyid nih memang original.. Bukan cetak rompak hokayy...
Pastikan ori baru beli... Ngehngeh... Ok tak de kaiitan...
Masa lahir rambut dia lurus jek..



Lepas bercukur n rambut dia makin panjang baru la nampak curly tu.. 
Rambut dia ni turun temurun daripada opah dia dan abah dia.. 
Mursyid ni sebijik macam abah dia masa kecik..


ada pulak yang tanya saya..
makan ape masa pregnant kalau nak anak rambut kerinting...
Makan mee maggi banyak2...kekeke.. Jangan kau terpedaya...
Kalau awak nak anak rambut camtuh awak kena cari genetik kerinting la.. Kehkehkeh 



memula curly kat tengah2 jek


Kalau nak sikat rambut dia makan mase sikit..
So dia paling tak suka kalau saya nak sikat rambut dia..
Kena kepit dia kalau nak sikat.. Kalau tak, tak bersikat la rambut dia..

Bila rambut dia makin panjang,
saya kesian tengok dia macam panas jek..


dah rupa helmet rambut anak haku..hahaha..tak payah pakai helmet dah...kekeke


Tapi sayang nak potong sebab saya sendiri pun suka tengok rambut dia..
Kalau anak perempuan memang saya takkan potong..
Boleh ikat je kalau panas..
dah anak lelaki kena potong jugak la...
Walaupun pendek curly tu tetap jugak ada

itupun banyak orang fikir dia perempuan.... haha
alkisahnya saya nak order kek untuk birthday dia yang ke3 haritu..
masa tempah kek tu saya cakap la nak kek yang macamana..
lepas tu saya cakap nak kaler biru muda or purple..
orang kedai kek tu cakap..buat kaler pink la kak baru cantik untuk budak perempuan..

saya tersenyum simpul je.. pastu saya cakap dia lelaki la bukan perempuan..


rambut Mursyid lepas dipotong pendek

Sunday, April 20, 2014

Entry hilang

Assalamualaikum...

Saya sedang kompius, hairan, pelik dan diselubungi misteri...
Semalam saya nak masak kuah kacang untuk nasi himpit.. 
Saya ingat2 lupa jek resepi dia.. 
So saya buka blog nak tengok resepi .. 
Tujuan saya buat entry resepi kat blog ni pun memang untuk rujukan seniri selain berkongsi dengan orang lain..


Saya belek punya belek tak jumpa entry resepi kuah kacang tuh.
.lepas tu saya gunakan link resepi tersebut yang saya letak dekat page resepi, 
dan memang entry tu sudah tiada dalam blog saya.. 
Seingat saya, saya tak pernah delete entry tersebut samada secara sedar atau dalam mimpi...hukhuk.. 
Caner entry tu boleh hilang dari radar . . Hairan bin ajaib...
 Ke haku terdelete masa mengigau..
 Ataupun entry tu merajuk.. Pasal tak de orang jenguk dia.. 
Pastu dia ambil keputusan untuk bawak diri ... Uhukhukk..
Ade sape pernah jadi camtu tak???.. 

Monday, April 14, 2014

tudung FAREEDA / kak paghidah

Assalamualaikum..


sekarang tengah heboh pasal tudung FAREEDA atau orang kampung saya panggil tudung kak paghidah..hakhak.. 
saya ni bukanlah penggemar tudung fareeda ..
jangankan yang original ,yang ala2 fareeda (tak original) pon saya tak berkenan.. 
mungkin saya rasa tak sesuai pakai tudung cenggitu.
.saya ada jugak beli selai dua yang ala2 je la..yang original saya sayang duit nak beli..
tapi pakai sekali jek..sebab rasa tak best..
rasa muka jadi kembang semangkuk..haha padahal muka haku tirus jek.. dagu runcing lagik...ekekeke
pada saya la tak best ..pada orang lain best giler la kot..
sampai sanggup beratur panjang di luar kedai semata2 nak beli tudung rega ratus2..
 pelik kan.. kalau beratur panjang untuk beli tudung regaa 5 henggit selai atau pun beli satu percuma sepuluh berbaloi gak kan.. 
mungkin haku salah sorang yang terselit di situ la..
pasai saya memang pakai tudung2 murah ja..janji tutup orat..
itu yang penting..
lagipun saya memang dok tengok cermin hari2 so sedar diri la di mana kemampuanku, berapa biji jerawatku dan berapa garis2 penuaan dah mula muncul di wajahku.....huhu

bulat bak bola muka saya kalo pakai tudung ala2 parida nih..tu yang tak suka tuh

haa..macam2 jenis tudung mak2 budak ni pakai.. ala paridah ada, ala ariani ada..ala bawal ada..semua ala2 kadar jek...

saya tak nak komen lebih2 pasal ni, nanti tak pasal2 haku pulak kena serbu pasal meniru perkataan FAREEDA di perenggan pertama ayat pertama, ketiga  dan keempat ..dan perenggan ke 2 ayat ke2..
saya cuma nak respon sikit je dari pelbagai sudut.. 


kalau saya sebagai pengeluar dan pencipta tudung tu,
 mungkin saya akan ambil tindakan yang sama. 
sebab memang pihak fareeda ada hak untuk berbuat begitu mengikut undang-undang sebab rekaan mereka telah dipatenkan
.( untuk maklumat lanjut pasal paten ni boleh rujuk website  perbadanan harta intelek..)
so hengkau jangan main kotor nak tiru2 ok..pegi cari idea lain..
jadikan tudung saji sebagai inspirasi..
mungkin boleh meletop rekaan tuh.. kehkeh


kalau saya sebagai pembeli tudung yang original.. 
saya akan tersenyum puas..rasa nak joget-joget...
sebab lepas ni tak de lagi golongan yang tak mampu ni boleh bergaya dengan tudung ala2 fareeda.. 
hanya aku yang berduit ni saja layak pakai tudung mahal..
 kalau tak ,orang tak heran pun dengan tudung rega 200 aku nih  , 
sebab diorang ingat aku beli tudung tu kat pasar malam dengan harga rm30.
woiii.. rasa macam nak jerit kat semua orang tudung aku mahal la..
 hengkau menabung 5 bulan pon belum tentu dapat beli ...sob sob..


kalau saya sebagai pihak penciplak/ penjual yang tak original.. tentu saya akan marah jugak.. 
sebab saya hanya cari makan dengan jual tudung tak original tu saja.. 
dan saya ada ramai pelanggan yang tak mampu beli tudung ori tapi teringin nak bergaya bak pemilik syarikat tudung berkenaan yang sangat cantik di mata mereka..
mereka tak sedar, walaupun mereka pakai tudung sama sebijik macam mawar fareeda pakai yang original sekalipun mereka takkan bertukar jadi cantik seperti mawar dalam sekelip mata..
kalau dah muka awak macam gitu awak pakai tudung apa pun cenggitu jugak rupa awak..
tak kan berubah punya


kalau saya sebagai pembeli tudung yang tak ori...
pon saya kecewa jugak..
 "ye la haku teringin bebeno nak pakai tudung cantik macam mawar pakai,
 tapi haku tak mampu nak beli yang original..
sebab harga dia same dengan kos susu anak haku tuk sebulan.
.kalau haku beli tudung tu haku bagi anak haku minum air masak je la sebulan..
 kata kak tipah mengomel sendirian...
 bila ada pilihan yang hampir serupa dan jauh lebih murah dah tentu la kak tipah pilih yang lebih murah kan.. untuk golongan seperti kak tipah la..


dan pendapat peribadi saya sebagai hamba allah..
 walau siapa pun kita, tak kira pihak yang merekacipta, yang menciplak mahupun yang membeli .. 
satu yang kita kena ingat semuanya dari allah.. 
bersederhanalah dalam kehidupan..jangan berlebih lebih.. 
walaupun tudung tu hak cipta terpelihara..tak boleh ditiru oleh siapa2 pun,
 tapi kena ingat kita sama-sama mencari rezeki di atas bumi pinjaman allah..
 kalau dia nak tarik rezeki awak..dalam sekelip mata dia boleh tarik balik ...
 kalau dia nak bagi rezeki melimpah ruah kat awak, 
awak boleh jadi kaya raya walau asalnya awak tidak punya harta..
jadi sama-sama kita muhasabah diri..
 kan lebih elok kalau rezeki kita yang melimpah ruah itu dikongsi bersama-sama.. 
tak kan bisnes awak lingkup kot kalau berkongsi dengan orang lain.. 
biarlah orang nak jual yang ala2 gitu, 
sekurang-kurangnya dengan ilham rekaan awak yang dicetuskan dan dipinjamkan oleh allah tu , dia dapat rezeki untuk menyara kehidupan dia.. 
bukankah itu lebih baik...
secara tak langsung awak membantu kelangsungan hidup orang lain.. Tak rugi pun..

awak yang meniru dan menciplak tu plak , takkan selamanya nak tiru orang je kan..
allah bagi akal untuk fikir, cari la idea dan rekaan seniri pulak kan..
mana tau leh meletop lebih lagi dari tudung kak paghidah..

ini hanya pendapat peribadi..
saya bukan orang bisnes, 
saya hanya pembeli yang suka cari hat murah2 jek.. haha.. 
bukan kedekut tapi wasathiyah dalam kehidupan....kihkihkih.. 
peace..


Sunday, April 13, 2014

jom buat caterpillar



Assalamualaikum...

selamat pagi ahad yang sangat indah lagi berseri2 
(sebab hari cuti....kalau hari keje dia kurang indah kurang berseri) haha..
malas nak cerita panjang kat sini..
saya kalau dah start crita susah nak berenti..
mula la nak keluar ayat pelik2 nanti..
baik haku jangan mula membebel..
 zasss jom tengok aktiviti saya dan mursyid ..
 kami buat caterpillar guna bekas telur.. 
saya pun ambik kat you tube.
layanzzzz..



bahan- bahan : 
bekas telur
dawai berbulu warna warni (haku tak sure nama benda ni) haha
water colour dan berus
gam uhu (tak masuk dalam gambar)
mata (potong bulat kecil kertas putih, pastu guna maker untuk buat biji mata dia)


potong bekas telur tu sebaris macam ni



warnakan dengan warna air..boh warna warni lagi canttik


keringkan bekas telur yang telah diwarnakan




gunakan gam uhu untuk lekatkan sesungut dan mata die..



dah siap caterpillar kami.. satu untuk mursyid satu untuk mama..
 caterpillar ni hanya sempat 'hidup' beberapa jam sahaja, 
sebelum dikerjakan oleh mursyid ..hakhak

Friday, April 11, 2014

"GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Artikel Pilihan"


assalamualaikum...

artikel/entry ni saya buat pada 13 March 2014 semasa saya sedang kepenatan baru balik keje,
tengok keja rumah yang banyak sedang menanti dengan penuh setia..
dan2 rasa penat macam baru lepas lari 400 meter tak berganti2  ,
dan rasa nak rehat2 jek dan rasa nak cari bibik seramai 10 orang  untuk buat semua keja2 di rumah haku (macam rumah besaq sangat)
dan rasa malas jugak ada... tapi secebis jek ( ye la tu) ...hakhak..
tajuknya ibu dulu vs ibu sekarang
klik sini untuk ke sana..kemana?? mana2 jelah..klik je la..tak bawak ke alam bunian ehh..
ataupun layankan je artikel di bawah ni ..sama je pun



kita sebagai isteri dan ibu ni selalu rasa penat kan dengan kerja di rumah yang tak reti2 nak habis,
tambah pulak ibu2 yang bekerjaya..
kalau saya rasa penat dengan keja2 rumah yang bertimbun,
bukan penat saja sebenarnya malas pun ada jugak terpaut di situ.
.(tapi cakap penat la baru nampak rajin sikit) kekeke
saya selalu fikirkan ibu2 zaman dulu lagi letih saya rasa..
saya ambik mak saya sebagai contoh..
walaupun dia tidak bekerjaya,
 tapi jadi ibu zaman dulu lagi banyak keje saya rasa...


urusan kain baju..

 mak saya bangun se awal jam 4 pagi..basuh baju seniri , anak2 yang 8 orang n suami..
Bukan kain baju saja.. Kain selimut la .. Kain buruk la, Macam- macam kain lagi nak kena basuh..
basuh guna tangan la kak bedah...
.mana ada mesin basuh lagi kat rumah saya masa tu...
.mesin basuh hanya ada kt rumah masa saya darjah 3  ..
Sebelum tu mak saya guna tulang empat kerat dia gonyoh kain baju.. huuhu..

ibu2 sekarang..
baju bertimbun jugak kena basuh..
tapi ada anak dara jepun tolong basuhkan..
kau campak je masuk..kau tekan2 je..terus dia tolong basuhkan..siap perah..
ada lagi anak dara jepun (mesin basuh) yang lebih rajin.boleh tolong bagi kering.
.boleh terus lipat..tak payah sidai..
Kalau bajet ciput ada anak dara china sebagai pilihan..  Hakhak


 Masak memasak

Seingat saya masa saya kecik- kecik dulu kami sekeluarga tak pernah makan di luar..
Tiap hari mak saya masak..
Mula dari sarapan pagi sampai ke makan malam dia masak ..
Masak pulak bukannya mudah macam sekarang ni..
dulu, Kalau nak guna santan kena kupas kelapa..
Pastu kukuq (kukur tradisional bukan yg letrik tu) pastu perah baru boleh dapat santan..
Kalau nak guna kari kena giling rempah ratus dulu baru dapat rempah karinya..
Kalau nak kisar bahan kena guna batu giling (berat nanang benda nih) .
Dapur gas wujud kat umah saya masa saya darjah 1....
Sebelum tu mak saya masak guna dapur kayu..
Paling saya ingat kalau nak makan daging ayam..
Kami makan ayam sekali sekala je ..
Masa tu kami bela ayam 2 3 ekor je..
Arwah ayah sembelih ayam...
Pastu mak akan siram ayam tu dengan air panas dulu supaya senang nak cabut bulu dia..
Pastu kami adik beradik  berebut nak tolong cabut bulu ayam..
Pas dah bersih semua baru la boleh masak..
Banyak la proses kerja nak kena buat kalau nak masak tu..
Tapi dia tak pernah gagal memasak untuk kami..

Kita sekarang ni nak masak ape semua mudah..
Nak santan kau pegi supermarket angkut berkotak2 buat stok..
Nak kari berlambak2 kat supermarket ..macam2 brand dok ada..
Nak kisar bahan ko masuk bahan dalam blender ko tekan je.. Hancur lebur la jadinya..
Nak masak nasi..ko basuh beras ko masuk air..ko tekan.
.pastu ko boleh  layan drama melayu sambil whatsapp kengkawan. ....tau2 nasi dah masak..
 macam2 alat elektrik ada untuk mempercepatkan proses memasak ..
Kalau nak makan Ayam boleh makan tiap2 hari.. Berlambak2 ada jual yang dah siap proses..
 kiranya semuanya boleh siap dalam masa singkat.
kalau engkau pemalas tahap dewata punya..ada pulak makanan dalam tin dan makanan sejuk beku..
ko balik panaskan je.
.kalau pemalas tahap kronik punya..ko bukak tin ko tuang dalam mulut terus..
pinggan pun tak payah basuh banyak2..kahkahkah....
itu pemalas tahap tertinggi tuh...
tapi cuba tanya diri sendiri..
berapa kali kita masak untuk keluarga dalam seminggu..
engkau jgn tanya haku..haku mmg rajin..warisi drpd mak haku <---------------------- boleh pecaya ke?? percayalah...

urusan anak anak

Mak saya dulu urusan anak- anak semua dia urus sorang..
Tiada pembantu.. Arwah Ayah pon tolong sikit2 ja..
Tolong pujuk bila menangis dan bergaduh.. Haha.. Yang lain semua mak..
Daripada makan pakai dan apa saja semua panggil mak..
Bayangkan mcmna mak saya menguruskan anak seramai 8 orang seorang diri..
Huh letih nyaaaaa tuhan saja yang tahu.. Tapi tak penah dengar dia merungut..
Lagi satu mak saya tak pernah pukul kami langsung..
Kalau dia nak marah sgt dia cubit semut api je.. Tapi berleter biasa la ....
 bila kakak - kakak n abang- abang yang atas-atas dah besar baru la mak saya boleh rilek sikit pasal dah ada anak yang boleh diharap..

Saya sekarang anak dah la sorang je..
Pembantu memang tak ada la ( melampau sgt  kalau pakai pembantu) ..
suami pun selalu tolong mana yang patut.. Walaupun tak banyak.. Tapi tetap membantu..
Tapi mulut asyik merungut letih .. Ish ish tak patut betol kan...
Ok ok esok haku tak merungut dah..
tapi lusa haku tak berani janji.. Kekeke..

Sebenarnya saya sedang mengingatkan diri sendiri ..
Walau mcmana letih saya menguruskan rumahtangga,
mak saya dulu laaaaaaaaagi letih..
So berhenti merungut.. Perbaiki diri..
Jadilah isteri dan ibu yang lebih baik.. Insyaallah ... Peace..
 Jom masuk dapo jom..
Masuk dapo je la..
Masak belom tentu..  Kehkehkeh


Wednesday, April 9, 2014

cara saya mengurangkan minat anak pada ipad/tablet


Assalamualaikumm..

Baru- baru ni saya ada terbaca mengenai kesan buruk pada anak2 yang banyak menghabiskan masa dengan ipad..
kalau awak2 nak baca artikel tu.. klik sini..

saya cuma nak kongsi pengalaman saya sendiri ...
Kesan pada anak saya Mursyid yang saya nampak sejak dia berminat dengan tab nih..  (haku tak de ipad.. Ada galaxi tab jek.. Itu pun version yang lama.. Yang tebai bak bibir angelina jolie..kekek )

tapi bukanlah kesan yang nampak ketara sangat ..cuma berdasarkan beberapa kejadian yang membuatkan hati saya terfikir lepas baca artikel di atas..

tetapi Mursyid tak de la sampai tahap ketagih dengan tab..
cuma bila tak de orang nak main ngan dia, dia akan mintak tab..
mungkin sebab dia boring main sorang2.. kalau ada orang layan dia,
dia ok je.. Mungkin jugak dia nak perhatian..
masalahnya saya ada banyak keja umah untuk dibereskan..
dan kadang2 tak sempat nak layan dia sangat. so bagi dia tengok tv atau tab je..

untuk mengelakkan daripada dia kacau saya nak buat keje2 rumah..
Saya memang bagi je dia tengok selama mana dia nak tengok selagi dia tak kacau saya buat keje..
Untuk makluman (wah macam surat resmi la pulok) Mursyid ni jenis yang suka nak ambik bahagian bila saya nak buat keje..
So keja yang cepat siap jadi lambat..
Orang nak masak dia pun nak masak.. Orang nak lipat kain dia pun nak tolong..
Semua benda dia nak buat..
 Jadi jalan mudah lagi singkat saya bagi dia main tab jelah ..
Supaya saya boleh buat keja dengan aman damai..
cepat siap n cepat haku boleh berehat ...haha


Lagi satu Mursyid jenis yang tak kan duduk diam bila kami makan di luar..
Dia akan bergerak ke sana sini..
Dia makan sikit dia pergi jalan2 banyak.. dia jenis yang tak takut langsung..
dia pergi sesuka hati kaki dia nak melangkah..
kadang-kadang hilang dari pandangan..
kami  nak makan pun tak senang pasai asyik dok tercari2 dia.
So utk mengelakkan dia pergi merata2 tempat time kami makan di  luar,
saya bagi dia tengok tab..
So dia akan duduk diam layan kartun kat tab n saya n suami dapat makan dengan tenang..
baru la dapat kunyah n telan dengan tertib lagi bersopan santun bak pengantin baru di acara makan beradab.. hah tetiba...


1) meninggikan suara

saya selalu pesan cakap elok2 ,jangan menjerit kat Mursyid .
Selalunya dia ikut.. Tapi ada sekali tu dia meninggikan suara sikit bila dia mintak sesuatu dan saya lambat bagi..
bila saya marah,  dia marah saya balik..
dan saya agak terkejut sebab dia bukan jenis yang macam tu


2) kurang sabar

Satu hari dia mintak tab.. Saya tak bagi sebab bateri habis..
So tak boleh on.. Dia marah dan campak tab tu. ...
 Saya sangat terkejut dan tergaman sebab dia tak pernah campak2 barang macam tu..
saya marah dia..
Dia menangis tapi masih jugak dia nakkan tab tu walaupun saya cakap kena caj dulu..


2) kurang minat kepada mainan lain

minat dia pada mainan lain macam race car die,
 lego n mainan2 yang berlambak2 n berbakul2 tuh macam kurang sikit la..
Dia main jugak tapi Pastu dia mintak tab pulak..


3) kurang berkomunikasi 

dia agak kurang bercakap2 bila dia tengah tengok tab la
sebab dia tak bagi saya kacau n kalau saya tanya pun dia tak layan sangat..
Mursyid ni jenis yang banyak bercakap..
Kalau pergi ambik dia kat nursery tu.. Macam2 dia story..
Seronok dengar..



4) rebut/ambik barang tanpa kebenaran

Ada sekali tu saya pegang handphone,
Mursyid terus ambik dari tangan saya tanpa meminta kebenaran sebab saya tak bagi dia bagi tab...
saya marah pun dia tetap nak ambik jugak handphone tu..
tapi kalau dengan abah die..die tak berani la



Inilah antara perkara2 yang berlaku yang  membuatkan terfikir akan kesan daripada minat dia kepada tab nih. Saya sangat susah hati bila tengok Mursyid jadi macam tu walaupun tak ketara sebab bukan selalu dia bertindak macam tu..cuma sekali dua saja...tapi sebelum jadi lebih teruk saya kena buat sesuatu

Dan saya mula bertindak untuk mengurangkan masa dia pada tab nih..kalau boleh tak payah langsung lah
antara tindakan yang saya ambik ialah : 
 

1) kurangkan masa anak bersama tab sedikit demi sedikit

Untuk hari pertama saya bagi dia guna sejam sahaja sepanjang hari,
setiap kali guna 15 minit sahaja..
Cukup jam saya ambik balik walaupun dia menangis meraung menjerit nak terkeluar anak tekak sekalipun ..
hakak tak peduli.. jangan dia bako umah sudah..haha ..
sebab selalunya dia akan diam sendiri kalau tak dipujuk pun.
Hari kedua saya kurangkan kepada setengah jam sahaja..
Hari ke3 15 minit sahaja sehari dan seterusnya selang sehari baru bagi..
Dan sekarang ni dah lebih seminggu saya tak bagi Mursyid pegang tab..




2) luangkan lebih masa dengan anak

Bila saya tak bagi Mursyid main tab,
saya alih perhatian dia dengan banyakkan masa dengan dia..
Selalu bermain dengan dia..
Setiap kali balik sekolah n ambik dia kat nursery saya akan main dengan dia..
Apa saja dia nak main saya akan layan.. Dia ajak main hide n seek la..
Main racing car la .. Main lego la.. Semua haku layann..
nasib tak dak orang tengok time haku jadik monster jadian sebab Mursyid nak jadi superhero yang menyelamatkan princess...haakhakk.. buruk gila kau..

Mursyid saaaangat suka bila dilayan macam tu... sampai langsung tak ingat nak mintak tab..
Kadang2 kami mewarna sama2 .. Baca buku sama2 .. Painting sama2..
Dan buat macam2 aktiviti bersama2.. So minggu pertama saya mulakan gerak gempur ni..
Saya hanya buat keja rumah n masak selepas suami saya balik keje..
dia pulak akan ambik alih main dengan Mursyid.... .
selagi suami tak balik, saya akan main je dengan Mursyid..
 Masuk minggu ke2 saya dah boleh buat keja macam biasa dan dia tak kacau langsung..
Dia main je mainan dia sorang-sorang masa saya buat keje..
Bila keja saya siap baru saya layan dia main2 dengan dia..
kalau dia nak join saya di dapur pun saya layan je..









3) jadi contoh pada anak

Ini kesilapan kita sebagai ibu n ayah jugak
Kadang2 kita tak perasan yang kita jugak banyak habiskan masa dengan hp/gajet ..
Dok wasap kawan2 sampai tak terlayan anak depan mata..
( sori kawan2 inilah sebab kenapa haku dah jarang merapu meraban ngan hampa kat wasap)
anak tengok kita asyik  berkepit dengan  hp,
dia pun nak jugak ..
So saya dan hasben saling berpesan kurang kan pegang hp ketika bersama keluarga terutama bersama anak..
Sekarang kami banyak menghabiskan masa bersama tanpa hp di tangan..
Dan anak saya pun dah jarang sangat mintak tab.. Ade jugak sesekali dia mintak..
Tapi saya alihkan perhatian dia dengan ajak dia main.. saya bagi pilihan lain kat dia..
kita sebagai ibu bapak ni selalu dijadikan contoh oleh anak2..
apa yang kita buat dia akan ikut..
jadi kita kena tunjukkan contoh yang baik kerana anak2 adalah gambaran ibu bapanya..

ha tengok tu..kan dia ikut apa mak dia buat..haha

lepas 2 minggu saya buat macam ni, saya nampak perubahan positif pada Mursyid.. 


1) dia suka main dengan mainan2 dia tanpa mintak2 nak main tab lagi ..kalau main sorang2 pun ..
sambil bercakap bercerita mengikut imaginasi dia macam selalu..





2) dia mudah menerima dan mendengar arahan..
kalau dia tengok kartun kat tv, saya akan pesan, lepas habis cerita kartun kegemaran dia kena off tv..
dia akan off tv bila habis walaupun tak disuruh..


3) dia tak pernah lagi  ,  meninggikan suara apatah lagi campak2 barang..
kalau dia mintak sesuatu, kalau saya lambat bagi atau tak bagi..
dia akan terima je apa alasan saya..


4) dia tidak akan ambil apa sahaja barang tanpa kebenaran..
sampaikan kalau dia tengok saya pegang handphone suami pon dia akan mintak n bagi balik dekat abah dia..
dia akan cakap abah punye..haha..
tak dak peluang aku nak chek hp pak incik..ngehngeh


5) lebih banyak bercakap.. mulut dia tak berenti bercakap..
macam2 benda dia nak cerita..
pasal kawan  dia la..pasal cikgu dia la..n macam2 lagi la..
selalu ajak saya nyanyi lagu2 yang dia belajar di sekolah..
saya banyak belajar lagu kanak-kanak dengan dia....





6) lebih mudah belajar..senang terima apa yang kita ajar.
.kalau dulu..belajar sikit..dia cakap ok dah..nak tab pulak..
 tapi sekarang.. dia lebih enjoy dengan apa yang kita ajar dan dia boleh fokus




Alhamdulillah.. banyak kesan positif bila saya dah tak bagi Mursyid main tab..
ada pendapat mengatakan boleh bagi  anak2 main ipad/tab tapi hadkan masa..
jangan lebih2 dan jangan selalu.. dan kena setiasa pantau..

tapi saya takut jugak nak bagi dia main tab..
takut usaha saya ni sia2 kalau2 cinta dia kembali beralih arah kepada tab tebai itu.. hukhuk...
hakak tak rela dik..

tapi mungkin saya akan bagi jugak hanya sesekali..seminggu sekali ke..
takut dia teringin pulak tengok orang lain dok main ipad/tablet kan..
 tapi bukan dalam masa terdekat ni la..
bagi dia betul2 faham yang dia hanya boleh main tab tu sekali sekala sahaja