Sunday, June 29, 2014

rapatkan dan penuhkan safff

Assalamualaikum..

Bulan Ramadhan bulan yang berkat ,Bulan rahmat dan bulan utama Pahala digandakan, 
doa diterima Bulan Lailatul Qadar yang istimewa.. 
(eh eh macam pernah dengar jek mukaddimah kau nih.. macam cilok jek..macam lagu hijjaz jek ) haha.. puasa2 ni malas nak pikio banyak2.. pikio nak masak ape jek petang ni. 
pinjam jap lagu orang buat mukaddimah entry hari ni.. muehehe..tak payah haku susah2 fikir kott..

semalam kita dah mula terawih kann.. so saya sekeluarga pergi la ke masjid bawak mursyid sekali..
 tahun lepas lagi kami cuba2 bawak dia ke masjid dan berjaya..dia seronok  sebab ramai kawan.. 
dan dia tak kacau sangat.. so tahun ni bawak lagi le.. 
dia awal2 lagi mintak kopiah sebab petang tu masa mandikan die, dah bgtau nak pegi masjid...
dia tak sabar2 ..llepas mandi n pakai baju terus mintak kopiah nak kemasjid.. haha



selfie itu perlu..ngehngeh...nampak tu muka mursyid paling seronok nak ke masjid...

malam pertama ni seperti yang anda sedia maklum.. penuh la jemaahnya.. sampai ke luar le safnye.. 
itu memang sangat bagus.. 
yang tak bagusnya... saya hairan dan geram jugak.. ada orang yang jenis tak nak berganjak ke saf depan kalau saf depan kosong.. buat2 tak nampak jekk
kat mane die melabuhkan punggung die masa mula2 sampai masjid tadi.. 
kat situ la dia nak duduk sampai habis.. 
macam dah jumpa lombong emas dekat tempat tu..
.kalau berganjak kang lombong emas tu dapat kat orang lain kannn..

masuk terus la kalau nampak ada kekosongan saf di depan kan
tak payah tunggu orang panggil la kan.. 
saya rasa semua orang sedia maklum kot perlunya kita penuhkan saf hadapan dulu..
nak di tegur, nampak tua2 dari aii.. aii kan sentiasa muda.. 
budak umo 15 tahun pon aii nampak tua dari aiii..ekekek<-------huh tak sedar diri melampaui batassss....
tak ditegur sampai billa2 kot bebal macam tu jugak..
adoii geram dibuatnya.. tapi tak baik geram2 puasa2 ni kan..huhu

untuk kakak2 dan adik2 yang tak berapa tau atau buat2 taktau ... 
meh sini adik angkat tiri setazah bahyah nak berkongsi ilmu.. 
bukan nak bagi ceramah .. 

Sabda Rasulullah.s.a.w. lagi;Daripada Abdullah bin Umar r.a., katanya: Sesungguhnya Rasulullah.s.a.w. telah bersabda: " Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu, samakan kedudukan antara bahu-bahu kamu, penuhkan semua ruangan-ruangan kosong yang terdapat dalam saf, bersopan santunlah dengan saudara-saudara kamu ketika meluruskan dan merapatkan saf dan jangan sekali-kali membiarkan ruangan-ruangan kosong saf terdedah kepada syaitan. Sesiapa yang memenuhkan saf dan merapatkannya, nescaya Allah SWT menyambungkan rahmat-Nya bagi orang tersebut dan sesiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah SWT akan memutuskan rahmat-Nya dan inayah-Nya daripada orang tersebut" ( Riwayat Abu Daud )Dalam Hadith ini Rasulullah.s.a.w. menegaskan pula bahawa saf yang tidak rapat akan membawa kepada putusnya rahmat dari Allah SWT. Ini berlaku kerana apabila saf solat tidak rapat maka syaitan akan datang mengisi ruang tersebut, seterusnya melalaikan ahli jamaah sehingga mereka tidak lagi mengingati Allah SWT dalam solat.Dua janji (perkara) buruk ini jika bener-benar berlaku, cukup untuk menghancurkan kekuatan umat Islam dan melemahkan mereka selemah-lemahnya. Dari sini timbul persoalan adakah kedua-dua janji buruk tersebut sudah tertimpa ke atas masyarakat kita atau sebaliknya,

sumber

dan adik angkat setazah bahiyah ni pon ambik ilmu kat sini jugak..
sama2 lah perbetulkan mana yang tak betul ye.. 
semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..
selamat menunaikan ibadah puasa.. 
jom gandakan amalan di bulan mulia ni

psss.. masak ape hari ni untuk berbuka? 

Friday, June 27, 2014

Review: Hotel Nur, Miri

Assalamualaikum...

hari tu masa pegi Miri, kan saya ade bgtau saya sekeluarga stay kat Hotel Nur.
hotel ni hotel baru.. lokasi dia dekat dengan restoran muara yang femes dengan nasi lalapan tu la.. 
so senang lah kalau awak nak makan nasi lalapan.. lepas melantak nasi lalapan.. 
terus boleh balik tido kat atas tilam empuk.. wink winkk.. best kan kan
lagi nyenyak le tido awak tuh kan..


ini lah dia hotel nur.. tak la besar sangat.. tapi dalam die cantekkkkk


kalau tengok dari luar tu nampak macam kecik je.. tapi bila masuk dalam.. boleh tahan jugak hotel ni.. kemas, cantek dan bersih... 

ini restoren die.. tapi kami tak makan kat sini.. so tak tau la macamana tahap kesedapan dia tu kan.. 
restoran ni terletak bersebelahan hotel. mungkin bila datang miri lagi n stay sini, 
boleh cube makan kat restoran dia pulak kan

nota kaki: pehal kau nampak gemok nau dalam gambar atas tu??
 ilusi  je tuh.. realitinya ahkak adalah slim ...muehehehe..slim river la sangat

lobi hotel pun kemas dan tersusun.... pak cik lebai sekadar hiasan..


.. bilik kami di tingkat 2.. so kena naik lif la kan.. buka je pintu lif..anda akan menikmati pemandangan ini.. hiasan dalaman hotel ...simpel tapi santek kan,,,



gambar kiri:
kami ambik bilik yang ada satu katil queen n satu single sebab bawak along si pelancong kan..
gambar kanan:
kemudahan asas semua ada.. termasuk tv,peti ais, kettle , 

kiranya semua kemudahan asas ada kat sini.. servis pon bagus.. kami mintak tuala extra sebab ada 3 orang..kejap je diorang hantar ke bilik.. memang pantas bertindak


saya kalau masuk bilik hotel.. bilik termenung ni saya spotcheck dulu.. mesti bersih ..
.tandas di sini memang sangat bersih dan kemas..  
rase nak mandi lama2 la..sebab best dok lam bilik air...haha..
 tapi saye tak suke mandi lame2.. sebab kalau mandi lame..
lagi lambat le haku dapat lepak2 atas tilam empuk..ekekeke

 so kepada yang nak melancong atau melencong ke Miri.. boleh la stay kat hotel Nur ni ye.. 
harga berpatutan... servis terbaik..mesti puas hati lah

alamat dan nombor telefon hotel Nur:

Lot 1271-1274, Block 9, MCLD, Jalan Bendahara, 98000 Miri
085-420 420





Thursday, June 26, 2014

Peminat biskut oreo tegar

Assalamualaikum..

Setiap kali pegi supermarket ke, mini market ke, kedai runcit Ah Chong  ke benda pertama mursyid akan cari ialah biskut oreo.. 
Dia mesti terus ke bahagian biskut n ambik oreo dulu bubuh dalam troli.. 
Kekadang dia ambik sampai 3 bungkus..




Bila tanya dia
'kenapa mursyid ambik sampai 3?' 
Dia kata
 ' satu untuk mama, satu untuk abah, satu untuk mursyid' 
Yang sebenonye semua untuk mursyid.. Pandai bagi jawapan selamatkan diri ye anak. 


Kalau pegi shopping , tempat paling nak dielakkan ialah bahagian mainan la kannn..
Tapi  kalau supermarket kat Bintulu ni semua Mursyid dah hafal kat mana bahagian mainan tu..
memang tak boleh elak punya...
so dia akan ajak mama ke bahagian mainan.. abah dia tak mo ajak..
sebab confirm tak kan dapat mainan kalau mintak kat abah.. kalau mama ada peluang la jugak...
sebab hati ibu kan lembut bak sutera..ouchh
senang cayaq kalau anak mintak2.. tambah2 dok buat muka mintak kena cium...aduhaiii la anakk...
terus rasa nak beli mainan satu kontena kat anak...haha..

tetapi sejak awal tahun ni azam baru mak mursyid ialah.. tak mau beli mainan kat mursyid kerap sangat..
sebab mak dia rase malas letih nak mengemas rumah yang dah bersepah2 dengan mainan yang berkoyan2 tu...
so mak dia kena keraskan hati..tak boleh mudah cair bila anak mintak mainan..
oleh sebab Mursyid  suka oreo, kerja2 memujuk menjadi lebih mudah..wink wink

kalau dia mintak mainan..
 "ehmm kalau mursyid nak toys,  kite tak leh beli oreo tau..
sebab takut tak cukup duit....

 Dia pon oklah beli oreo jelah...tak nak toys.. haha
 Bagus kan ada oreo.. 

Saya ada belikan die oreo yang dalam tin bentuk lori tu.. Dia sayang betul dengan lori tu.
dia lagi sayang lori tin tu daripada mainan lain yang lebih mahal.
Biskut dalam tu dah habis, dia isi dengan macam2 harta karun die..
tido malam pon peluk tin oreo tu tau.. hover kan anak ahkak.. ikut bapak dia mungkin. kehkehkehh..
mak dia mana ada over2 camtu..

kalau ade iklan oreo kat tv, jangan kau berani2 nak tukar channel.
dia suka sangat iklan oreo..
siap ajak mak dia berlakon sama macam dalam iklan..
jenuh la mak dia nak berlakon..
dah la mak dia jenis kayu..kalau berlakon masa sekolah dulu pon.. mak dia tukang pacak je..
jadik pokok je paling mak dia handal..ngeheheh




kalau kami travel, benda wajib ada dalam beg dia ialah biskut oreo dan air teh..
sebab bila2 masa saja dia akan mintak dua benda tu..
so mak die memang kena ready 2 benda tu dalam beg dia siap2 selain susu..

saya pon suke jugak berebut biskut oreo dengan mursyid sebenonye.. haha..
bila makan berebut2 dengan dia tuh rasa lagi sedap ..
memang asyik betol makan biskut oreo ni.. nak2 lagi sambil tengok tv..

ehmmmm...birthday Mursyid bulan 10 nanti mama bagi hadiah biskut oreo jelah ye Mursyid.. muehhehe.. pasti menjadi hadiah paling bermakna kan kan kan anakku...ngehngeh..



Monday, June 23, 2014

Jalan-jalan ke Miri

Assalamualaikum..

lepas habis cuti-cuti ke Padang dan Bukinttinggi, kami fly ke Penang pulak untuk balik ke kampung saya.. stay 3 hari kat kampung, pastu fly ke KL balik n terus ke Bintulu.. 
so seminggu je la kami balik ke semenanjung.. dan bercuti.. 

 hah dah balik ke Bintulu.. dok dendiam je la kat umah ye..
tapi kalau dok dendiam sape nak mendobi kain baju ..sape nak kemas umah..sape nak masak.... 
.................. ok bibik kan ade...erkkk....
sejak bila pulak kau ada bibik...
eh eh bukan ke aku ade bawak balik bibik sekali  ..ekekeke.. ..
jangan kau berangan... sila kembali ke alam nyata..

nasib baik cuti sekolah ade lagi seminggu...
so sempat la nak settllekan kain baju dan segala kerja2 surirumahtangga tu kan.. 
sebab hari jumaat nanti, kami akan sambut kedatangan anak buah saya si along tu pulak.. 
dia teringin bebenau nak naik belon (kapal terbang).. teringin nak datang bintulu katanya... 
jadinya makbuah yang baik hati pon sponsor la tiket flight untuk anak buah .. 

so hari jumaat malam flight dia sampai dari Kl..
 pegi jemput dia kat airport n terus bawak dia g makan ..pehtu balik rumah n berehat.. 
sebab esok kami akan bawak along si  " pelancong" berjalan2 ke Miri..

pagi esoknya.. janji nak bertolak lepas subuh.. tapi macam biase la..
subuh dah lepas sampai ke Ho Chi Minh.. kami tak bertolak lagi.. 
lebih kurang pukul 10 baru la bertolak.. sampai ke Miri pukul 12 lebey..
singgah kejap kat pantai Luak Bay.. makan jagung bakar n air kelape..
pastu terus pegi makan kat restoren yang wajib singgah bila ke Miri iaitu Muara restoran.
Menu istimewa kat sini ialah nasi lalapan..
 ape benda yang jadi lalapan tuh....
 ikan keli, tempe, tauhu, timun, kacang panjang, kobis, pucuk ubi n sambal belacan..
ce kire cukup lapan tak.. 
pastu makan dengan nasi putih n sup kosong.. memang menyelerakan.. sodap tau.. 



lepas kekenyangan kami terus pegi check in kat hotel.. 
kebetulan hotel yang kami book tu dekat je dengan restoran Muara tu.. 
kami stay kat Hotel Nur.. selalunya kalau ke Miri kami suka duduk kat meritz hotel ataupun everly.
.tapi semuannya fully book.. nasib baik hotel Nur ni masih ade kekosongan.. itu pun satu bilik je tinggal.. hotel ni hotel baru.. memang kemas, cantik n bersih.. 
nanti saye review pasal hotel ni ye..
(kalau ade mase la.. sibuk nau ahkak kebelakangan ni.... pssst buat2 sibuk je sebenonye)..

wajib selfie bila ketemu cermin besau..

lepas check in n letak barang.. kami terus keluar nak bawak pelancong kami meronda2 bandar miri.. 
mula2 bawak dia ke Muzium Petrolium.
 psssstt.. sebenonye pemandu pelancong pon tak penah masuk lagi dalam muzium ni..ekekek 
ade jugak datang sini.. tapi tak masuk.. ambik gambar kat luar2 jek.. kehkehkeh.. 
bila bawak pelancong.. harusla pemandu pelancong kena masuk.. Masuk adalah percuma ye.. 


pintu masuk muzium

pemandangan Bandar Miri dari dalam muzium

pehal pelik nau pose haku ni yekk... kengkonon nak pose manja cam Mursyid.. tapi dah rupa hantu kak limah.kehkehh
lukisan 3d di dinding Muzium

ikut situ ye puan.. pegi terus dont belok2.. 

..saya pemandu pelancong baq hang..

jumpe pulak tempat main2 cenggini.. memang suke la si kenteng tuh

Lepas tu bawak pelancong pegi Miri handicraft centre pulak.. Kot2 la pelancong nak beli sobinier untuk sanak saudara dia .. sanak saudara dia kan sekampung.. beli sikit2 mana cukup..
kang berrebut2 plak diorang nakkan keychain Miri..kehkehkeh


gambar kiri: pintu masuk miri handicraft centre
gambar kanan: mak cik comel tengah buat gelang manik.

tudiaaa,,,, mai mai... beli..beli jangan tak beli.. 

sawan selfie menyerang bila jumpa ceromin .. mahapkanlah daku

pose wajib si ibu dan anak....ini adalah mural kat dinding Miri Handicraft Center..sangat berseni kannnn

pastu kami balik ke hotel n siap2 nak bawak g mandi manda kat Taman Awam Miri.. 
Taman Awam ni memang dibuka untuk semua orang secara percuma..
petang2 boleh bawak anak2 beriadah dan bersantai di sini..
Tempat ni memang dijaga dengan bersih.. 

along si pelancong dan mursyid anak pemandu pelancong

ade air terjun jugak kat sini..tapi coet ni je lla

ade titi gantung jugak..

dah puas mandi manda.. kami balik ke hotel.. sebelum balik, kami singgah di pasar malam saberkas.. beli siap2 makanan untuk dinner..
pastu " TING" tengok2 aku sedang beradu di atas tilam nan empuk dah..ngehngeh

pagi esoknye.. kami bersarapan di restoran selera rasa segar.. sini pun restoran wajib singgah jugak bila ke Miri.. nasi lemak die best..ade macam2 pilihan lauk..

lepas makan.. kami balik ke hotel ..rehat2 jap n siap2 dan checkout.. lepas tu kami pegi bintang mall.. jalan2 kat parkson.. tengah2 ahkak dok belek2 handbag.. tetiba.. plup...gelap gulita dalam parkson tu.. 

tak de letrik..
diorang cuma gune generator untuk nyalakan lampu.. tapi air cond tak leh on..
owhh panasssss...menyauna .... terus kami keluar dan tak jadi shopping..
terlepas satu handbag.. tapi selamat duit aiii...

lepas tu kami pegi makan dekat The bulatan cafe. si Mursyid tido pulak.. so along n abah mursyid je turun makan.. mak mursyid dok buat2 diet je la.. malas nak turun sebab tak mau kacau mursyid tido..
 tetibe boipren kite bawak nasi sepinggan hantar kat kite dalam kete... alaaaa suwit sangat la boipren kite kann kannn... kahkhaka.. jom muntah ramai2..
jemput makan...

lepas makan.. terus bergerak balik.. dalam perjalanan balik kami singgah sekejap di Taman negara Gua Niah.. saye pun belum pernah lagi menjejakkan kaki ke sini sejak menetap di bintulu ni.. disebabkan bawak pelancong kena la singgah nak tunjuk kat pelancong kannn..

tapi kami sampai situ dah lewat.. so ronda2 kat depann tu je la.. tak la masuk sampai ke gua niah nun.. 
nak kesana kena naik bot seberang sungai.. 




kami bawak pelancong takat ni je la ye pelancong ye..nak ke gua niah kena seberang sungai ni guna bot tu

dah habis ronda2 kat taman negara niah ni.. pastu kami pun bergerak ke Bintulu..
dannnn mak mursyid n mursyid pon membuta sepanjang perjalanan..ekekeke...
memang pemandu pelancong ni tak boleh pakai langsungggg.



Sunday, June 22, 2014

Hadiah GA mamaniza

Assalamualaikumm..

dah lama sangat baru nak uppdate pasal ni.. sebab saya sangat sibuk sejak buka sekollah ni.. 
satu2 entry nak buleh siap pun ambik mase berhari2.. kekadang buat entry sambil2 buat keje.. 
kekadang sambil masak...kekadang sambil tido <----- tipu nau... kau kalau tido mane ingat ape dah.. 
mimpi pun tak sempat..

sebenarnya saya ada sikit ong la untuk GA mamaniza.. selalunya talak ong punya olang. 
kali ni ntah mcamana boleh sangkut pulak GA mamaniza ni kan.. Alhamdulillah rezeki ..
saya menang sticker homemade yang ditaja khas oleh sis Maria


homemade sticker from sis Maria

so.. saya dah pun terima hadiah untuk GA tersebut daripada sis Maria .. tetapi barang tu sampai mase saye tak de kat rumah.. dah balik ke semenanjung.. so lepas balik ke Bintulu ni baru la saya dapat barang tu.. dannn oleh kerana saya dok buat2 sibuk memanjang...kekke ..so tak terupdate pasal hadiah tu.. 
macam tak menghargai pulak kan.. maaf banyak2 ye sponsor.. saya amat menghargainya..
hari ni ade free sikit2.. pandai2 le mencelah jugak nak buat entry ni..

dah tampal kat kit little doctor kesayangan Mursyid..tapi tuan doktonye demam la pulak hari ni..
kepada saper2 yang nak order homemade sticker ni boleh cari sis maria ni ye.
atau pun boleh tengok FB diorang kat link bawah ni ye..
jangan lupa like terus tau.. 



Wednesday, June 18, 2014

trip ke padang dan bukittinggi day3n4

Assalamualaikum..

hari ni masuk hari ke3 kami di bukitting.. klik sini untuk day1 dan day2 . 
semalam pak Hendri dah pesan untuk keluar lebih awal hari ni..sebab kami akan pergi ke rumah kelahiran Hamka yang agak jauh dari bandar bukittinggi. inilah tujuan utama kami ke Bukittinggi ni sebenarnya..
 bapak mertua saya sangat meminati buku2 karangan Hamka..
dan dia sangat2 teringin nak melawat rumah kelahiran Hamka..

lepas sarapan di hotel kami terus checkout sebab lepas habis melawat di bukitting kami akan terus ke Padang.. 
Pak Hendri dah bagitau awal2..nak ke rumah Hamka kita akan melalui 44 kelok.. 
saya dengar kelok2 ni gayat terus rase.. sebab saya adalah sangat tak tahan dengan jalan berliku2 nih.. 
mula la isi perot dok berebut2 nak keluar melalui anak tekak .. huhu.. 

tapi sebelum tu kami singgah shopping dulu di pusat sulaman tangan Annisa..
kat sini saya tak shopping sangat sebab harganye agak mahal.. tapi memang berkualiti tinggi kain2 die..
so sesuai la dengan harga die..
Abah Mursyid dok buat2 tanya ' banyak shopping buk'? Huh dia tak nampak ke tangan aku bolen ja tak pegang apa2 pun.. Saja nak perli aku la tu..


lepas tu kami terus bergerak menuju ke rumah kelahiran hamka.. singgah sekejap di sungai Landia menikmati pemandangan indah sambil menghirup teh kulit kayu manis pulak.. 
pemandangan kat sini memang cantik dan sejukkkk..
sangat-sangat tenang suasana di sini...kalau tido memang nyenyak nih.. aku ingat tido je ... ekkeke
kat sini jugak ade jual cenderahati , tshirt n produk tempatan la.. 
dan ade jugak kedai jual barangan kulit.. tak semena2 abah mursyid pergi belikan jaket kulit untuk mama mursyid.. ....murah katenye.. mak mursyid apa lagi ..
kembang kempis hidungnye penuh kegembiraan,,,hikhik shuuuweeetnyee..boipren kite..lebyu boipren..


tengok tu pemandangan dia...cantik kan kannnnn

bagus sekali dong lepak2 sini.. rasa mau tidurin... ibuk kalau suasana begini ingat bantal aja dong..

puteraku dipayungi payung betingkek

lepas dah pekena teh kulit kayu manis sorang secawan.. kami sambung perjalanan ke rumah Hamka.. 
melalui kelok 44 yang menggayatkan anak tekak ku.... huhu.. 
bukan kelok ala2 tau gitew.. Memang kona lipat punya..
setiap kelok tu dia tulis nombor.. bermula dengan 44 sampailah no. 1 yang bawah sekali.. 
nak ngabihkan 44 kelok tu pun masyaallahh... Hazabb
saya kalau melalui jalan bengkang bengkok ni saya mesti kena tetapkan pandangan ke depan ..
kena tengok jalan je.. tak leh pandang kiri kanan atas bawah.. 
kena tegak n fokus pada jalan supaya tak pening n muntah.. so aku dok tegak tengok jalan je la.. pemandangan tasik maninjau yang cantik tu aku jeling2 jela.. nak ambik gambar memang tak la..

gambar di bawah ni diambil oleh abah mursyid.. tu pun dah sampai bawah baru dia tangkap..
mungkin dia pon kena dok tegak tengok jalan gak kot.. tapi buat2 macam tak de pape..
nak tunjuk gagah depan anak bini...ngehehe
tasik maninjau

di sini Hamka dilahirkan

dah habis kelok 44 tu, jauh lagi masuk dalam kampung nak sampai ke rumah Hamka ni.. 
dan jugak la buat air liur basi seround baru la sampai..kekeke...
rumah Hamka ni dijaga oleh waris keturunan dia sendiri.. 
dengan bantuan badan2 bukan kerajaan la.


si Mursyid  kata nak buat gaya cenggini pulak..buleh kan mama?? sukati kau lah nak.. janji muka mak mesti entepremmm 

gambar di ambil oleh anak terona makcik..dia suruh makcik posing lentok macam dia selalu buat

jom balik mama..mursyid nak minum air teh.. huh..kira nak air teh je anak aku nih...

lepas habis melawat rumah hamka tu..kami akan terus bertolak ke Padang.. perot dah lapa..
 PakHendri cakap.
." sabar ya ibuk2 bapak2.. lagi 1 jam baru kita sampai ke restorannya" 
adoii la bapaknyeee hendri... ibuk mude udah laporpo watakungsi dah ni...

dan yang paling tak best kena melalui kelok 44 tadi balik..
"tak ada jalan lain ka pak Hendri"... huhu saya tanya dengan harapan ada shortcut atau jalan yang lurus yang membawa kepada kebenaran..
"tak ada kakak cantek "  kata pak Hendri..
ohhhh aku perlu kembali menegakkan diri memandang jalan dengan penuh minat...huhu

lepas tu kami singgah makan dan solat jamak siap2.. macam biasa menu minang.. 
nasib baik esok nak balik dah.. pasal. penduduk pribumi perot dah bagi hint tak mau menu minang dah ibukkkkkkk...

lepas makan n solat kami terus menuju ke Padang,, tapi singgah sekejap untuk bershopping lagi sebelum meneruskan perjalanan ke padang.. kat sini.. saya shopping beg sulam pulak.. 
dapat harga murah daripada kedai2 yang kami dah pergi.. 
so terus borong banyak2 untuk family yang dok harapkan buah tangan dari kite,
 walaupun depa dok buat2 macam tak harap apa2..kehkehek.. tapi sebenonye harap bebeno tuh..

dah dapat beg sulam sedozen, ahkak pun puas hati.. 
ok dah boleh balik dengan tersenyum.. berjaya mengabihkan rupiah dengan jayanya..
so kami meneruskan perjalanan terus ke Padang.. sampai di padang dah petang.. 
tetiba Pak Hendri cakap.. ada permintaan dari bapak khushairy mau singgah makan durian.. 
hamboiiii dendiam abah Mursyid dok request nak makan deriyan padang kat Pak Hendri ye..
jadinye..kami pon singgah pekena doyan dulu kat tepi jalan... 
makan durian dengan pulut n nyok (kelapa).. memang sedap.
pulut panas2 pulak... dengan lemak nyok tu ditambah dengan lemak manis durian tuh.. fuhhh mabeless.. 



selesai  makan deriyan, kami meneruskan perjalanan ke bandar padang dan terus ke restoran Mama Restu untuk makan malam.. 
lepas makan malam kami terus balik ke hotel.. kat Padang ni kami stay kat hotel rangkayo basa (orang kaya besa kot maksud dia..kehkehkeh).. Hotel ni hotel baru.. Cantik kemas dan bersih.. 
Dan paling penting syariah compliance.. 
Tapi agak sempit la.. kalau anak sorang macam saye... ok la..
 tapi  Kalau anak  awak ramai macam tentera abrahah  memang tak muat la satu bilik ye..
tapi hotel ni tak de lif.. so untuk warga emas macam bapak mertua saye diorang letak bilik di tingkat bawah..
kami hat muda belia kena dok tingkat 2.. 

tapi saye tak sempat snap picture dalam bilik hotel tu.. sebabnya..aku kalau masuk bilik hotel tak ingat nak ambik gamba ke hape dah.. tilam empuk dok melambai2 jek...siap kenyit mate dgn aku tilam tuh..
tu yang tak tahan tuh..

pagi esoknye adalah free program.. sebab PakHendri janji nak jemput pukul 11 pagi untuk ke airport.. 
so dalam tempoh tu suka ati mengkomer ler nak pegi mane.. 
so bangun pagi terus abah mursyid ajak g sarapan tanpa mandi.. 
basuh muka n gosok gigi je kami 3 beranak.
biar orang indon tahu tahap natural beauty rakyat Malaysia walaupun tak telan  jamu air mancur..kehkehkeh

di lobi hotel rangkayo basa.. muka natural beuty sangat la tuhh..mihahah

lepas breakfast naik bilik siap2 n ajak mak n bapak keluar jalan2 di Plaza andalas.. 
salah satu shopping complex yang ada kat padang ni.. saye beli mainan Mursyid jek kat sini.. 

keluar dari Plaza Andalas..nampak ade kereta kuda tengah menunggu penumpang.. 
 Mursyid dok ajak naik kete kuda.. Mak die teringin jugak sebenonye.. 
Tapi bila abah mursyid kate naik teksilah cepat sikit.. 
Mak mursyid pon .. "Ye la mursyid .. Naik kete kuda lambat sampai".. 
Padahal suara hati aku macam nak cakap jek.. 
Ok biar mama naik kete kuda ngan mursyid jelah.. Kehkehkeh.. 
dah lama tak naik keta kuda kottt.. last naik pon mase sek men.. mase lawatan ke melaka kottt

lepas tu kami balik ke hotel n hangkut beg yang dah beranak pinak untuk ke airport.. 
Dalam perjalanan ke airport pak hendri bawak kami pusing2 bandar padang.. Tengok jambatan siti nurbaya , chinatown dan melalui kawasan tepi pantai....tapi kat sini saya tak ambik gamba langsung.. 
Sebab nak menikmati betul2 pemandangan bandar padang sebelum balik.. 
Pssstt ekcelli camera habih bateri .. Hp plak kat mursyid..
Lepas dah habis round tu, kami terus ke airport untuk balik ke tanahairku tercinta..



Pegi 3 beg ... Pastu beg selamat beranak kat sana sampai jadi 8 beg.. Tapi masa sampai kat klia cuma 3 beg je sampai.. Lagi 5 terlepas ke langkawi.. Yang terlepas ke langkawi tu semua beg dengan barang2 yang shopping kat padang.. Beg yang sampai tu pulak semua beg baju busuk.. 
Sabau jelah bukkkk... Ibukk kan penyabar orangnya.. 
memang Sabarrrr...Walaupun terasa2 je nak naik kaki kat orang yang salah masuk beg ke langkawi tu...mihahaha
Keesokan harinye baru lah beg2 tu sampai.. Diorang hantar terus ke rumah adik ipar saye.. 
Semuanya selamat sampai.. paling penting kain2 sulam tu cukup semua... kehkehkeh ..Alhamdulillah..

next entry ..jalan2 ke Miri pulak..lepas cuti sekolah ni entry jalan2 je la ye..