Tuesday, February 24, 2015

cara buat sendiri big bubble

Assalamualaikum..

minggu sebelum CNY haritu adalah minggu terakhir kami di Bintulu , so abah mursyid n kawan dia plan nak berpicnic di pantai temasya bintulu.. 
sebabnya isteri kawan abah mursyid pun dapat pindah ke semenanjung jugak..
so kira farewell party la konon.. kekeke... mula2 plan nak pegi pagi-pagi.. saya pun siap-siap apa yang patut untuk bawak ke sana..
 tetiba hujan turun..lebat pulak tu.. huuh.. terus program ditunda ke lepas zohor.. 

sehari sebelum tu saya memang dah janji dengan mursyid nak main big bubble..
apa lagi seronok la si mursyid..  cadangnya nak bawak g main kat pantai..main ramai-ramai dengan anak-anak kawan abah mursyid, tapi dah program ditunda,
mursyid pulak asyik tanya bila nak buat big bubble ni mama.. 
dia kalau dah janji tu memang dia akan tanya selagi tak dapat.. so untuk memuaskan hati mursyid, saya pun buat la big bubble untuk main kat rumah dulu.. 

senang sangat nak buat big bubble ni.. 

bahan-bahan yang saya guna 

6 cawan air
2 cawan pencuci pingan( apa2 jenama..saya guna cap labour)
1 cawan corn syrup (saya guna karo)
2 sudu besar baking powder

untuk makluman saya tak ikut sangat pun sukatan tu.. main letak je.. hahaha..



untuk buat benda alah tu (bubble wand)

bahan-bahan

kayu (saya guna chopstick yang besar) beli kat supersave je
tshirt cotton yang dah tak guna ataupun benang yang besar tu
gunting

tshirt abah mursyid memang banyak yang tak pakai dah.. apa lagi ..jadi mangsa kerakusan mak mursyid la... hahaha...

tshirt tu gunting kat bahagian bawah.. so kita akan dapat bentuk bulat kan..
lepas tu ikat je kat kayu chopstik..
saya gunting sikit kat kain tu buat lubang sikit untuk cucuk masuk choptick tu.. siappp..


lepas tu boleh celupkan kayu tu dalam sabun yang kita bancuh tadi dan bergembiralah dengan big bubble anda.. hahaha...
disebabkan kat rumah tak de angin sangat ... saya pasang kipas je..senang cerita...


petang tu saya bancuh lagi sekali untuk bawak ke pantai temasya pulak untuk main dengan anak2 kawan abah mursyid pulak..
memang seronok la bebudak tu main.. bukan budak2 je seronok..mak n bapak budak pun tak kurang beronok-ronok nya..
tapi sayangnya angin tak berapa kuat pulak petang tu..
selalu kat pantai tu angin menderu2..sampai terselak-selak kain...hahahha...
 time kami main bubble tak de angin la pulok..


nampak tak kegigihan mursyid meniup sebab tak berangin...hahah... sian awak nakk...

selalunya orang jual bubble tu rm5 untuk 150ml air buih tu..
kalau anak awak ramai jenuh hangkut la kan.. baik buat seniri je..satu baldi awak boleh buat ..
boleh anak-anak awak main sampai telentang.. hahaha..

kalau nak buat bubble yang lebih besar/giant bubble, kena buat bubble wand tu lagi besar la

sebenarnya ada banyak resepi nak buat big bubble ni.. cara paaaaaaling senang ialah 
satu botol pencuci pinggan joy campur 4 sudu tepung ubi dan bancuh dengan 1.5 liter air.. haa 3 bahan jek... Senang kannn ... cubalah yee

22 comments:

  1. seronok pulak tengok bdk main bubble.......

    ReplyDelete
  2. Eh seronoknyalaaaa main giant bubble. :D

    ReplyDelete
  3. Boleh la buat semdiri pasni...mudah je ye...seronok la anak2 main bubble

    ReplyDelete
  4. wah, kreatifnya..nampak kesungguhan mursyid di situ tiup belon..heheh

    ReplyDelete
  5. nampak seronok!kreatif mama mursyid ni..nak tumpang sekaki gak lah!

    ReplyDelete
  6. lama sy mencari cmn nak hasilkan buih sabun tu..
    asyik membeli je...tengkiu kak sharinggg...

    ReplyDelete
  7. menarik
    nnti baby saya dh besar blh la try ni..
    xsabarnya
    thanks mama mursyid sbb berkongsi

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. cari kat bahagian barang buat kek

      Delete
    2. Saya cr x jumpe...boleh tolong bg tau kedai atau supermarket mane yg jual KARO ni....klau boleh tolong ye...teringin nk membuatnye...

      Delete
    3. saya bel kat supermarket di bintulu sarawak.. cari kt bahagian bhn buat kek.. kedai kek mungkin ada jual

      Delete
  9. bagaimana hendak membuatkan giant bubble susah / lambat pecah?


    Apakah fungsi setiap bahan untuk buat sabun giant bubble?
    Cecair basuh pinggan -
    sirap jagung -
    Baking powder -

    ReplyDelete
    Replies
    1. fungsinya ialah , supaya sabun buih yang dihasilkan bercantum, sebab tu lah kalau kita main sabun buih ni, tgn kita melekit, kita boleh gantikan sirap jagung dgn gula larut(larutan Gula ) nk lagi best , guna sabun 100ml. + 3sudu besar J-LUBE , tp J-Lube takde kat malaysia , so gantikan dengan minyak pelincir DUREX

      Delete
  10. Corn syrup tu nk cari kt mana ?

    ReplyDelete
  11. Corn syrup tu nk cari kt mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari kat bahagian buat kek kat supermarket.. kalau x de boleh guna tepung ubi

      Delete
  12. Seronoknya! Ni bukan setakat budak2, mak budak pun excited kan,..

    ReplyDelete
  13. Salam.. nak tnya.. kat mana beli karo tu? Supermarket mana kat bintulu tu?

    ReplyDelete
  14. Klu pkai tepung lain boleh ke? Cthnye tepung gandum...sbbnye tepung jagung x de pulak

    ReplyDelete