Saturday, February 14, 2015

jalan-jalan sabah 2014 -part 4

 assalamualaikum..

ha hari ke3 di Kota Kinabalu ni adalah tujuan sebenar kami ke sabah kali ni.. nak pergi kenduri ofismate abah mursyid di papar....

dalam perjalanan ke papar akan jumpa bebudak jual ikan di tepi2 jalan macam dalam gambar ni..saya rasa macam nak beli sebab kesian tengok bebudak ni.. kecik-kecik lagi dah pandai cari duit..
 tapi tak dapat la nak beli sebab kami nak g jenjalan..
 kang bau busuk ikan seharian dok simpan dalam kete..tak pasal2 ada pewangi extra..

haa tetamu vip la sangat dah sampai dengan hadiah kecik jek.. 

pengantin lelakinya dah sampai.. kena menyumpit dulu sebelum masuk ke rumah pengantin perempuan..itu adat orang sini..
 abah mursyid kata nasib baik dia dulu tak kena menyumpit..
 kalau tak pakai sampai ke malam tak dapat masuk jumpa pengantin pompuan.. hahaha


dengan pengantin baru yang sangat gojes.. tapi tak segojes mak mursyid masa jadi pengantin la... kekekek.. krikrik

dah makan, dah bagi hadiah, dah salam2 pengantin n tuan rumah..kami pun nak balik dah

sebelum balik singgah kat pantai dulu.. pantai ni dekat dengan beringgis beach resort papar

mak budak ni sentiasa nak enterprem..haha...izinkanlah diaa






lepas tu kami terus ke sepanggar pulak..nak pekena lokan panggang n jeli kelapa yang femes kat sini.


ada banyak gerai sepanjang jalan ni.. kami pun tak pasti gerai mana yang best.. berhenti je kat mana yang ada parking n masuk je kedai yang bertuah ini.. haha.. 
rasanya semua kedai buat benda yang sama je kot.

kita boleh pilih nak longggok yang mana satu.. yang besar2 tu selonggok rm12 yang kecik rm7 sahaja.. ada jugak yang selonggok sepoloh hengget... saya lagi suka yang kecik.. 
sebab makan macam tak puas so dia jadi rasa sedap bebeno.. haha
kalau yang besa ni liat sikit n lama sikit kene kunyah.. haha.. so mcm tak best lah..

lokan panggang ni makan dengan sambal .. memang sedap.. 
mungkin lain gerai lain rasa sambal dia tu.. gerai yang kami pegi ni memang sedap rasa sambal dia..
sampai abah mursyid tapaukan lagi nak bawak balik.. sekali bawak balik tak makan pun..
 sebab macam dah tak best pulak nak makan.. tak fresh dah.. 

\\
ini pulak jeli kelapa dalam kelapa.. sebijik ni memang tak terhabih la saya sorang.. 
perlukan bantuan abah mursyid jugak mengabihkannya..ada jugak air kelapa dan kelapa bakar.. 
kalau datang sini mesti kena cuba ni..kalau tak cuba rugi tauu.. 

ok nanti sambung part 5 pulak


5 comments:

  1. Rindunya nak pekena air kelapa bkr tu..owhh papar dah dekt nak ke kg lya tu

    ReplyDelete
  2. bila lah nak sampai ke sabah nie..bestnya..:)

    ReplyDelete
  3. puas baca entry sabah.
    aida google pasal sabah and landed here :)

    ReplyDelete