Thursday, July 30, 2015

Tudung Nur Kasih Kini di ZALORA

Assalamualaikum...

ingat tak drama Nur Kasih yang ditayangkan kat tv3 tahun 2011 kalau tak silap saya..
lakonan Tiz Zaqyah dan Remy Ishak yang meletop letop tahun tu.. 
abah mursyid yang tak pernah-pernah layan drama melayu pun terjebak jugak..
sampaikan dia pulak yang terpacak depan tv lebih awal dari saya  bila tiba waktu siarannya...kekeke... 

sape-sape yang layan drama nurkasih, mesti tau kan watak  Tiz Zaqyah dalam drama tu sebagai wanita Melayu yang sopan dan berhijab. 
Dan kalau awak perasan kan dalam setiap episod drama tu Tiz Zaqyah sebagai Nur Amina pakai tudung jenis express hijab ataupun tudung instant ataupun tudung nak cepat...haha...  perasan tak ?? . 
kalau tak perasan bawak2 la pegi cari balik drama nurkasih tuh.. .. 

dan Sejak daripada  tu jugak , tudung ekspress ni  jadi ikutan ramai wanita berhijab  termasuklah yang dok membebel nih..
 tambah-tambah pulak masa tu anak tengah rancak meneroka dunia, 
so tudung ekspress ni memang pilihan paling tepat dan cepat  la kann...


 


sebenarnya entri ini bukan nak mengulas lanjut atau nak mengimbau kembali  drama nurkasih tuh..  
Saya cuma nak kongsi pasal jenama tudung terbaru iaitu tudung Nur Kasih yang secara kebetulan  namanya sama dengan drama tu.... ngehheheh

tudung nurkasih ni bermula secara kecil-kecilan je,  akhirnya jenama tudung ini mendapat sambutan yang hangat daripada adik, kakak, makcik dan nenek yang berhijab .... 
maksudnya sambutan daripada semua peringkat umur la tu.. haha... 
dan yang paling syioknya sekarang jenama tudung nurkasih ni boleh didapati di laman web ZALORA Malaysia. 
hah apa tunggu lagi jom terjah reramai ke laman web zalora.. maciam-maciam ada..


seperti yang hakak bebelkan tadi , Koleksi tudung Nur Kasih ini sesuai dipakai oleh semua yang bergelar wanita dari semua peringkat umur .. yang tak berhijab pun buleh pakai jugak eh.. 
kot2 nak berhijrah, boleh mula dengan tudung ekspress dulu kannn... heee.. 
dan koleksi tudung nurkasih juga ditawarkan dalam pelbagai pilihan  warna yang sangat-sangat cantek tahap mulut ternganga lalat masuk tak sedar... kekekee...




Bukan itu je, tudung Nur Kasih juga menawarkan pelbagai rekaan tudung yang terkini dan saya pasti ianya menepati citarasa bukan sahaja ahli mesyuarat tingkap malahan masyarakat sejagat..  

kan sekarang ni kekakak suka pakai instant shawl pulak kann... 
yela teringin jugak nak pakai shawl kann , tapi jenis nak cepat...
so nak pakai tudung jenis seminit je siap, haa .. 
Koleksi instant shawl juga turut ditawarkan oleh jenama ini dengan harga yang cukup berpatutan! memang patut sesangat lah..



dan yang paling penting, jenama tudung ini juga sentiasa memastikan hanya tudung-tudung yang berkualiti sahaja dikeluarkan dengan menggunakan fabrik yang benar-benar berkualiti demi memuaskan hati para pelanggan yang disayangi..

1 comment: