Sunday, September 6, 2015

jalan-jalan ke zoo taiping

Assalamualaikumm...

selepas hampir 7 bulan pindah balik ke Taiping, hari ni baru berkesempatan bawak Mursyid jalan-jalan ke Zoo Taiping.. 
baru hari ni dia tahu bahawasanya rumah dia dekat dengan zoo.. tak sampai 10 minit pun dah sampai.. 
jadinya lepas ni insyaallah saya yakin dan percaya dia akan ajak mak dia p melawat kawan-kawan dia kat zoo tu selalu.. kekeke


moh kite pegi zoo dua beranak je le..


sampai je kat zoo, belum apa-apa lagi mursyid dah ajak berkunjung ke tempat bersejarah iaitu tandas.. huhu.. tak pe biar dia buang apa yang patut siap-siap..
senang nak meronda dalam zoo nanti..

lepas tu terus ke kaunter beli tiket.. 
orang yang jaga kaunter tu tanya saya dari mana, 
saya cakap dari kamunting, 
dia tanya ic alamat mana? 
saya cakap alamat kedah.. 
dia kata owh tak dapat la diskaun.. huhu.. 

ruginyaaa.. selalu datang zoo dengan abah mursyid.. dia yang beli tiket guna ic dia yang beralamat taiping... so dapat la diskaun penduduk peribumi taiping..

okeh esok jugak kite g tukar ic baru beralamat Taiping..kekeke

motif bergambaq kepit ialah nak terkencing..haha

harga tiket masuk ke zoo taiping rm17 untuk yang dewasa dan rm8.50 untuk kanak-kanak..
naik train free of charge.. tapi kena beratur n naik dari stesen dia la.. 
kalau awak dok buat tahan tengah jalan  macam tahan bas tuh jangan harap train nak berenti ye..  walau seanggun mana pun awak dia takkan berenti..kakaka




so lepas beli tiket, kami terus pegi beratur nak naik train.. nasib baik orang tak ramai sangat..
so kami boleh terus naik train tak payah tunggu dah... kami dok depan sekali.. belakang dreba.. mursyid ajak dok dengan driver.. haha.. melampau anak teghona chek..



ni tempat tunggu train.. hari kami pegi orang tak ramai sangat.. so tak payah tunggu lama.. terus naik je bila train sampai

dah naik train selfi dulu dgn boypren

lepas tu meronda-ronda lah kami mengelilingi zoo Taiping .. nak cerita banyak2 kang jadik artikel national geographic plak.. elok la awak layan gamba je ye..keke..




cover sket jakun awak tuh anak oii..

kami ambik seat betul2 belakang driver.. telan asap gak la ..





dah letih jalan-jalan, rehat jap


gaya tak menahan nak ye..







 nampak tu gaya model tahan kentut..kakaka

 mama, die macam ade susu jugak.. keekeke..awak baru tau ke anak,...

 kat pintu masuk zoo Taiping, ada kedai jual2 cenderahati jugak..

tempat lain yang menarik boleh mengkomer pergi kalau dah sampai zoo taiping .. tasik la...
naik bot or kayuh itik kat tengah tasik sampai semput..kekeke..
boleh jugak naik bukit larut ye..


okeh itu saja ceritera beberapa minggu lepas mak dan anak di zoo taiping.. haha..
entry peram sampai masam..

3 comments:

  1. Dah besar dah mursyid..rambut pun dah lain

    ReplyDelete
  2. haha dekat je rupanya ye cikgu,erm pasni boleh lah selalu pi zoo mursyid kan :)

    ReplyDelete
  3. hehehe kemain sakan mursyid posing.. lawak lah budak ni.. selamba je tak kekok pon..

    ReplyDelete