Wednesday, September 16, 2015

Tips menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif

Assalamualaikum..

kepada bakal-bakal ibu ataupun ibu-ibu yang baru nak memulakan penyusuan susu ibu meh sini.
.ahkak nak kongsi sikit pengalaman menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif..
memang dah berlambak tips pasal susu ibu ni ..
saya nak bagi ni pun tips cap ayam je la..  berdasarkan pengalaman saya..
dan orang-orang di sekeliling saya.. bukan tips dari pakar ye..
 terutama sekali untuk ibu-ibu yang bekerjaya..
yang suri rumah atau yang keje sendiri tak de masalah sangat..
 sebab dia boleh supply directly kat baby die kan.. tak payah nak pam bagai.. 
so lebih senang la.... kalau yang suri rumah ni dok campur gak ngan susu formula, 
memang rugi le  kannn..rugiii sangatt..
tapi kalau memang ibu tu tak mampu sebab sakit ke, atau ade masalah ape-ape ke...
lain cerita la kann..
yang saya bebelkan ni untuk yang tak de sebarang masalah tapi cuba cari masalah..
 ewaahhh bebel kemain..

dulu saya sangat suka kalau ada kawan-kawan yang bertanyakan tips menyusu badan kat saya..
maknanya dia ada niat nak bagi susu badan sepenuhnya kat anak dia.. 
saya akan teruja berkongsi pengalaman saya yang sejemput je pun, 
menyusukan anak saya secara eksklusif selama 2 tahun 6 bulan..

tapi ada beberapa orang yang pada mulanya teruja bertanya itu ini, 
tapi lepas dah beranak.. 2 bulan pertama je bagi susu badan..
bila dah masuk keje dah campur dengan susu formula.. saya kecewa sikit la...
tapi mungkin dia ada masalah yang tak dapat di elakkan.. tak taula kan.. bersangka baik aqak kan..

tapi aqak nak bebel jugak.. 
..awak tak tau ke khasiat susu ibu yang allah ciptakan tuh...
 allah yang cipta manusia...jadi dia lah yang maha mengetahui keperluan manusia.. 
dia ciptakan susu ibu untuk si anak..lengkap semua khasiat..
tak payah awak nak tambah ape2 lagi dah..ruginye awak sia2kan anugerah allah tu..
tepuk dada tanya diri sendiri nak makan apa hari ni,,,..kekeke


Niat

sebaik saje dah tau pregnant, niat dalam hati nak bagi susu ibu sepenuhnya pada anak sehingga 2 tahun seperti disarankan dalam Alquran.. 
amalkan baca surah hujurat.. kalau Ikut dalam buku amalan ibu mengandung,
boleh amalkan surah ni untuk banyakkan susu badan.
Berdoa selalu semoga susu badan mencukupi untuk si anak dan dipermudahkan semuanya..


Sokongan suami

Sokongan padu dari suami sangat penting..
Sebab ianya akan membantu melancarkan proses ini..
Takkan sokong air liur je bang..
Kurang2 hadiah la medela free style ke kat bini tanda sokongan.. Kihkihkih


cari maklumat

Zaman sekarang ni maklumat dihujung jari awak yang runcing tu je..
Samada rajin nak mencari atau tak je kan..
 So jangan la  dok layan fb jek, cari la maklumat pasal penyusuan susu ibu ni..
Macam2 tips yang orang share kat blog.
Tak payah susah2 nak g perpustakaan atau kedai buku pon.. dok lepak2 kat rumah pon boleh..
sambil goyang kaki je dapat info..
Adalah sangat penting untuk tahu hal2 berkaitan penyusuan susu ibu..
apa khasiat susu ibu, Macamana cara nak banyakkan susu,
berapa kali sehari nak pam, cara yang betul nak simpan stok susu, apa nak buat kalau susu berkurangan, apa itu power pumping.. semua tu kena ambik tahu ye kak kiah..
 kalau kita tahu semua tu, insyaallah kita akan dapat atasi apa jua halangan dalam proses ni..
halangan paling utama ialah bila susu merudum..
so kalau kita dah ade ilmu sikit..kita tahu ape nak buat untuk banyakkan susu..
jadi kita tak mudah give up..yeah yeahh..

pengalaman saye mase mengepam kat tempat keje..
ade beberapa orang kawan perempuan yang anak 3 4 orang, tapi tak tau pun penggunaan pam susu tuh.. . macam2 soalan diorang tanya kat saye..
 eh eh tak sakit ke pam macam tu..keluar ke susu kalau pam.. macam2 persoalan lagi..
huh letih hakak nak jawab..
maknanya masih ada orang yang dah beranak pinak tak tau pun yang kita boleh pam susu dan simpan untuk anak bila kita bekerja..sadisskann..
tapi sekarang dah banyak orang yang mula sedar pentingnya bagi anak susu badan ni..


komitmen

walaupun yang ni dok no empat..tapi inilah bahagian yang paaaaaaaaling penting ...
mesti rajin dan bagi sepenuh komitmen.
 MALAS tu awak kena boh lam  plestit, ikat ketat2 tau..jangan ikat tepi je.. pastu campak dalam laut.. ..sebab malas ni pun antara punca yang menyebabkan anda gagal menyusu ibu secara eksklusif.. 
Banyak ibu2 yang gagal menyusu ibu secara eksklusif terutama yang bekerja bagi alasan malas nak pam, tak de mase nak pam, tak sempat nak pam..
 Macam2 alasan lagi la.. 
Ini satu lagi , ALASAN ni semua elok awak simpan lam peti ,pastu hanyutkan kat sungai..haha
 kamon la.. Takkan nak bagi anak susu terbaik lagi percuma pon banyak alasan kot.. 
Kalau yang jenis keje sibuk teramat sampai nak g tandas pon tak dan tu boleh la terima kot alasan tak sempat tuh..sibuk nau awakk ye..
tapi hendak seribu daya ... Dok bagi alasan macam2 tu tak hendak la tu kan .

bagi ibu-ibu yang kerja office hour mungkin kena bagi komitmen lebih  lakan..
saya pandai cakap je sebab saya cikgu keje separuh hari,
cuma ada jugak hari2 tertentu yang kena kerja sampai petang..
tapi walau tak sempat macamana pun sekurang2 bagi susu badan sepenuhnya sehingga 6 bulan...




Jangan campur

. Jangan sesekali awak cuba-cuba nak beli susu formula..
Kengkonon nak spare kot-kot susu merudum..
Hah jangan sama sekali.. Jangan bagi pilihan lain pada diri kita..
Sebab kalau ada susu formula, kita akan jadi malas nak pam..
bila kita sibuk sikit kita terus tak pam.. sebab ada susu formula sebagai ganti..
terus terang saya cakap.. saye pun kengkadang malas jugak nak pam..
 tapi bila fikir kalau tak pam, esok anak saye nak minum ape kat nursery..
so saya akan gagahkan diri jugak.. sebab saya tak bagi pilihan lain kat diri saye..
saya dulu pam hari ni untuk bekalan hari esok..
sebab stok susu saya yang berlambak2 tu saya tertinggal di rumah mak mertua di perak..
saya balik berpantang kat kampung saya di kedah..saya buat stok kat sana..
lepastu saya balik ke rumah mertua n bawak stok sekali..
lepas tu saya balik ke sarawak dan saya tertinggal stok tu ..sedihnya ya allah..
 tapi saya gigih berusaha jugak untuk kumpul stok balik..
 tapi tak banyak sangat la.. tapi masih mencukupi untuk anak saye..
Alhamdulillahh..saya berjaya jugak menyusu secara eksklusif sehingga 2 tahun setengah..
jadinya kalau awak tak de stok banyak macam sesetengah ibu-ibu yang dok tunjuk kat fb stok dia satu peti ais kedai makan tuh, jangan khuatir jangan gusar jangan risau..
kalau ada usaha insyaallah boleh berjaya jugak..



Mursyid masa umo 4 bulan..... 


okeh sekian bebelanku untuk entry tersadai setahun ni..kakaka....

1 comment:

  1. Tiutnye Mursyid. Hihi. Thankss atas tip2 tersebut. Tengah mencari ilmu ni, ^_^ hehee

    ReplyDelete