Tuesday, February 24, 2015

cara buat sendiri big bubble

Assalamualaikum..

minggu sebelum CNY haritu adalah minggu terakhir kami di Bintulu , so abah mursyid n kawan dia plan nak berpicnic di pantai temasya bintulu.. 
sebabnya isteri kawan abah mursyid pun dapat pindah ke semenanjung jugak..
so kira farewell party la konon.. kekeke... mula2 plan nak pegi pagi-pagi.. saya pun siap-siap apa yang patut untuk bawak ke sana..
 tetiba hujan turun..lebat pulak tu.. huuh.. terus program ditunda ke lepas zohor.. 

sehari sebelum tu saya memang dah janji dengan mursyid nak main big bubble..
apa lagi seronok la si mursyid..  cadangnya nak bawak g main kat pantai..main ramai-ramai dengan anak-anak kawan abah mursyid, tapi dah program ditunda,
mursyid pulak asyik tanya bila nak buat big bubble ni mama.. 
dia kalau dah janji tu memang dia akan tanya selagi tak dapat.. so untuk memuaskan hati mursyid, saya pun buat la big bubble untuk main kat rumah dulu.. 

senang sangat nak buat big bubble ni.. 

bahan-bahan yang saya guna 

6 cawan air
2 cawan pencuci pingan( apa2 jenama..saya guna cap labour)
1 cawan corn syrup (saya guna karo)
2 sudu besar baking powder

untuk makluman saya tak ikut sangat pun sukatan tu.. main letak je.. hahaha..



untuk buat benda alah tu (bubble wand)

bahan-bahan

kayu (saya guna chopstick yang besar) beli kat supersave je
tshirt cotton yang dah tak guna ataupun benang yang besar tu
gunting

tshirt abah mursyid memang banyak yang tak pakai dah.. apa lagi ..jadi mangsa kerakusan mak mursyid la... hahaha...

tshirt tu gunting kat bahagian bawah.. so kita akan dapat bentuk bulat kan..
lepas tu ikat je kat kayu chopstik..
saya gunting sikit kat kain tu buat lubang sikit untuk cucuk masuk choptick tu.. siappp..


lepas tu boleh celupkan kayu tu dalam sabun yang kita bancuh tadi dan bergembiralah dengan big bubble anda.. hahaha...
disebabkan kat rumah tak de angin sangat ... saya pasang kipas je..senang cerita...


petang tu saya bancuh lagi sekali untuk bawak ke pantai temasya pulak untuk main dengan anak2 kawan abah mursyid pulak..
memang seronok la bebudak tu main.. bukan budak2 je seronok..mak n bapak budak pun tak kurang beronok-ronok nya..
tapi sayangnya angin tak berapa kuat pulak petang tu..
selalu kat pantai tu angin menderu2..sampai terselak-selak kain...hahahha...
 time kami main bubble tak de angin la pulok..


nampak tak kegigihan mursyid meniup sebab tak berangin...hahah... sian awak nakk...

selalunya orang jual bubble tu rm5 untuk 150ml air buih tu..
kalau anak awak ramai jenuh hangkut la kan.. baik buat seniri je..satu baldi awak boleh buat ..
boleh anak-anak awak main sampai telentang.. hahaha..

kalau nak buat bubble yang lebih besar/giant bubble, kena buat bubble wand tu lagi besar la

sebenarnya ada banyak resepi nak buat big bubble ni.. cara paaaaaaling senang ialah 
satu botol pencuci pinggan joy campur 4 sudu tepung ubi dan bancuh dengan 1.5 liter air.. haa 3 bahan jek... Senang kannn ... cubalah yee

Saturday, February 14, 2015

jalan-jalan sabah 2014 -part 4

 assalamualaikum..

ha hari ke3 di Kota Kinabalu ni adalah tujuan sebenar kami ke sabah kali ni.. nak pergi kenduri ofismate abah mursyid di papar....

dalam perjalanan ke papar akan jumpa bebudak jual ikan di tepi2 jalan macam dalam gambar ni..saya rasa macam nak beli sebab kesian tengok bebudak ni.. kecik-kecik lagi dah pandai cari duit..
 tapi tak dapat la nak beli sebab kami nak g jenjalan..
 kang bau busuk ikan seharian dok simpan dalam kete..tak pasal2 ada pewangi extra..

haa tetamu vip la sangat dah sampai dengan hadiah kecik jek.. 

pengantin lelakinya dah sampai.. kena menyumpit dulu sebelum masuk ke rumah pengantin perempuan..itu adat orang sini..
 abah mursyid kata nasib baik dia dulu tak kena menyumpit..
 kalau tak pakai sampai ke malam tak dapat masuk jumpa pengantin pompuan.. hahaha


dengan pengantin baru yang sangat gojes.. tapi tak segojes mak mursyid masa jadi pengantin la... kekekek.. krikrik

dah makan, dah bagi hadiah, dah salam2 pengantin n tuan rumah..kami pun nak balik dah

sebelum balik singgah kat pantai dulu.. pantai ni dekat dengan beringgis beach resort papar

mak budak ni sentiasa nak enterprem..haha...izinkanlah diaa






lepas tu kami terus ke sepanggar pulak..nak pekena lokan panggang n jeli kelapa yang femes kat sini.


ada banyak gerai sepanjang jalan ni.. kami pun tak pasti gerai mana yang best.. berhenti je kat mana yang ada parking n masuk je kedai yang bertuah ini.. haha.. 
rasanya semua kedai buat benda yang sama je kot.

kita boleh pilih nak longggok yang mana satu.. yang besar2 tu selonggok rm12 yang kecik rm7 sahaja.. ada jugak yang selonggok sepoloh hengget... saya lagi suka yang kecik.. 
sebab makan macam tak puas so dia jadi rasa sedap bebeno.. haha
kalau yang besa ni liat sikit n lama sikit kene kunyah.. haha.. so mcm tak best lah..

lokan panggang ni makan dengan sambal .. memang sedap.. 
mungkin lain gerai lain rasa sambal dia tu.. gerai yang kami pegi ni memang sedap rasa sambal dia..
sampai abah mursyid tapaukan lagi nak bawak balik.. sekali bawak balik tak makan pun..
 sebab macam dah tak best pulak nak makan.. tak fresh dah.. 

\\
ini pulak jeli kelapa dalam kelapa.. sebijik ni memang tak terhabih la saya sorang.. 
perlukan bantuan abah mursyid jugak mengabihkannya..ada jugak air kelapa dan kelapa bakar.. 
kalau datang sini mesti kena cuba ni..kalau tak cuba rugi tauu.. 

ok nanti sambung part 5 pulak


Saturday, February 7, 2015

jalan-jalan sabah 2014 -part 3


Assalamualaikummm...

hari ke dua di Kota Kinabalu.. kami pegi ke Lokkawi Wildlife Park.


tak payah cerita panjang2.. haha.. tengok sendiri entrance fee nya di sini.. kekeke

ini suami saya yang kacak... hahahahaha...

mursyid dan mapnya tidak dapat dipisahkan


ziarah pak belang yang sedang bersantai





ini budak memang sangat2 suka tengok map... dia paling teruja kalau dia dapat cari tempat seperti yang tertera dalam map.. 
selagi tak jumpa yang sama macam dalam map dia tak puas hati.. 

mari mengendap anak dara gajah mandi.. kekeke


lepas habis round2 lokkawi ni, kami naik trem pulak.. malangnya, hari hujan, so trem tak boleh round lama-lama.. terus dia berpatah balik sebab hujan agak lebat.


lepas tu kami terus balik n pergi jenjalan ke suria sabah pulak.. 

Monday, February 2, 2015

jalan-jalan sabah 2014 - part2


Assalamualaikum


hari pertama di sabah, misi jalan-jalan yang pertama ialah ke rumah terbalik.. 
rumah terbalik ni terletak di tuaran.. kami sampai sana pun dah tengahari.. so agak panas la.. 
rumah terbalik ni nak masuk dikenakan bayaran sepuluh henggit untuk dewasa.. 
untuk kanak-kanak saya kurang pasti.. sebab saya masuk je.. 
urusan beli tiket nih semua abah mursyid yang uruskan nafkah utk anak bini dia... ahhaha... 


kebetulan masa kami pegi tu masih lagi dalam mood krismas.. so inilah dia penyambut kami



gambaq family kecik wajib



mursyid dok perati2 takut ada t*** terkeluar dari mangkok tandas tuh.. hahhaha

kereta pun terbalik





ini taman die la.. pun terbalik jugak

dalam rumah terbalik tu tak dibenarkan ambik gambar.. so tak dapat nak kongsi kat orang kampung chek la.. so kena pegi tengok seniri la no..

untuk yang pertama kali datang ke sini mungkin rasa teruja la kot.. sebab semua benda dalam keadaan terbalik.. mane penah jumpa kannn.. so jakun la puak2 kita ni kan...kekeke..
tapi macam sekejap je masuk dalam rumah tu pastu habiss ... macam tak puas je... 


kalau komer nak ajak teman datang ke sini lagi.. idak le kot.. sekali cukup ler...

lepas keluar dari rumah terbalik tu, abah mursyid ajak pegi sungai kiulu.. so kami pun terus ke sana la.




air dia bersih.. pemandangan pun tenang je... 
tapi sayangnye masa kami sampai ke sungai kiulu tu hujan turun, so tak dapat le nak main2 air.. semua orang tengok dari jauh je.. saya n abah mursyid gigih turun jugak sekejap..

hat pakai baju hijau dok tegedik2 mintak nak main air.. tapi hujan.. x dapat le

\
mak mursyid gigih turun posing dalam hujan.. hahaa

lepas tu hujan makin lebat...kami pun balikkk la.. nak mandi pun tak leh..nak tunggu apa lagi..



nota cinta : ini adalah entri peram sampai lebam..kekeke