Saturday, January 2, 2016

trip ke Ho Chi Minh City

Assalamualaikum...

selepas hampir 6 bulan balik dari ho chi minh baru nak update..
haha super duper tak dan sejak pindah balik ke semenanjung ni..
sekolah pulak jauh sikit dari rumah..
tak macam dok bintulu dulu, sekolah dengan rumah 5 menet jek wak..
 sekarang 30 minit jauh la jugak bagi orang yang selalunya p kerja lima minit ja da sampai..
jadinya lani balik sekolah ja kira nak melingkaq ja.. hahaha...
nak share pasal trip p ho chi minh bulan 12 tahun lepas pon dah ingat-ingat lupa dah ni..
kena ambik kismis minda 20 kotak baru boleh ingat balik ni..kekekeke...

bulan 12 tahun 2015 yakni hujung tahun lepas kami sekeluarga bersama mak n bapak mertua sayaa terbang ke ho chi minh city.. rasanya kami beli tiket murah tu dalam bulan januari 2015..
haaa setahun kau tunggu nak pegi ho chi minh pon.. 

mula-mula plan nak pegi sendiri-sendiri je.. booking hotel via agoda,
pastu pandai2 la cari driver untuk bawak kami jalan-jalan..
tapi memandangkan ada terdengar beberapa cerita kurang enak, dan demi keselamatan bersama..tambahan pulak kami bawak mak n bapak mertua sekali kann..
so kena ada perancangan yang lebih teraatur la kan..
so kami pilih zahafiz travel untuk uruskan segala keperluan hotel, makan dan driver sepanjang kami disana.. tapi kalau kita uruskan sendiri semua tu jauh lebih murah sebenarnya.. 



sebelum check in kita bergamba dulu ye.. masa p beg sikit je la.. kami 3 beranak beg satu je weh.. 


dah check ini dan masuk dalam.. masa kena scan passport kat imegresen neves weh.. 
takot tak lepas pasai ptptn..kakakak.. walau pun akak bayo loan ptptn dik tiap2 bulan.. 
potong gaji lagih...
masa scan kali pertama tak lepas.. macam ada masalah.. masuk pintu lain baru lepas.. 
mana akak tak neves dik.. takkan kena tinggal kot dan kena buat lambaian syahdu jek kot dekat abah mursyid dan mursyid dari seberang pintu imegresen....ooo tidakkk



dah lepas imigresen.. nampak muka legaaaaa.. senyium lebaq mokcik..


dah nak masuk kapai.. legaaa.. mursyid kata dah lama kite tak naik aeroplane mama.. 
yela kita dah tak duduk bintulu anak ooo.. kalau dok bintulu keja naik aeroplane je la kita.. 
kini tidak lagi.. setahun sekali je kot naik aeroplane lepas ni.. 

saya rasa dalam flight tu penuh dengan rakyat malaysia dengan niat yang satu nak p mengabihkan duit di ho chi minh.. hahaa.. cemana bulehh sama niat dengan ai nihhh..ish ish ish

sampai dekat Tan son Nhat Airport, kena beratur jugak dekat imigresen.. 
pasal pelancong malaysia yang ramai itulah..
lepas keluar tu, terus cari driver yang zahafiz dah sediakan.. cari-cari tanda nama ahmad khushairy.. tak jumpa.. kami dah mula risau.. tetiba kelihatan nama itu di celah-celah orang yang menunggu tuh.. haaa legaa.. terus pegi kat dia.. masukkan beg dalam jip dan dia terus bawak kami ke hotel.. 

tourist guide kami tu pandai cakap melayu sikit-sikit.. jadi senang lah nak bersembang dengan dia.. 


diorang dah bookkan kelly hotel untuk kami.. kelly hotel ni ok la.. bilik pun ok.. 
dekat jugak dengan ben than market.. jalan kaki dalam 5 minit sampai..
tapi kalau kau jenis jalan setapak demi setapak penuh sopan santun mungkin ambik masa lama sikit la.. kekeke.. saya langkah laju-laju pasai dok nampak tempat shopping di hadapan..


lepas check ini, driver bawak kami ronda-ronda bandar ho chi minh dulu.. 
jadinya bergambar dulu la depan hotel sebelum g ronda-ronda.

disebabkan trip ni berlaku lebih 6 bulan yang lalu, saya pun tak berapa ingat dah nama-nama tempat yang dia bebelkan masa dia bawak kami jenjalan tuh.. 
banyak dia bercerita pasal bangunan-bangunan di sekitar bandar ho chi minh tuh.. 
tapi semuanya kian pudar di ingatanku.. hahaha









yang ni dalam pejabat pos besar bandar ho chi minh

ni pun dalam pejabat pos jugak.. walaupun ianya hanya sebuah pejabat pos, 
bangunan ni banyak sejarah dan memang jadi tumpuan pelancong.. 
nampak tu orang ramai macam kat shopping complex gayanya.. hahall padahal pejabat pos je kot..tapi memang ada kedai-kedai jual cenderamata jugak di kiri kanan pejabat pos ni..

ini di depan pejabat pos 

habih melawat pejabat pos dan ronda-ronda sekitar bandar Ho chi minh, driver bawak kami ke tempat shopping cenderamata.. memandangkan hari ni baru sampai, kami tak berani nak beli lagi.. 
sebab nak servey dulu kononyahhhh.. jadinya bergambar je la dulu ye,,

semua gambar selfie kakak dan abang haruslah bersaiz kecil untuk impak lebih kecil memandangkan pipi yang kian cembong dan lapisan dagu yang kian menebal.. hahhaha

nampak macam berminat je bang.. tapi tak beli pown....





jamu mata je la ye.. 


lepas jamu mata di kedai cenderahati, kami dibawa ke restoran kampung melayu untuk makan.. restoran ni terletak di malay street, 
memang kawasan ni penuh dengan restoran makanan halal.. jadinya jangan risau lah ye.. 
dan kawasan ni memang penuh dengan orang malaysia.. 
dah rasa macam dok jenjalan kat jalan TAR jek.. hehehe


 yang bestnya kalau kita ikut travel agent ni, masuk kedai makan je, makanan dah ready atas meja, tunggu piranha-piranha berwajah manusia ni nak ngap jek..hahaha..
so tak payah la kita nak order dan tunggu lagi.. 
lagi satu makanan halal disini harganya agak mahal ye.. 
roti canai sekeping rm7 ye tuan-tuan dan puan-puan.. 
jangan kau berani-berani nak order roti canai double disini.. hahaha.. 


lepas makan malam, aktiviti bebas.. tourist guide tanya nak dia hantar ke hotel atau nak jalan-jalan di sekitar kawasan tu, jadinya kami cakap nak jalan-jalan situ dan pegi pasar malam dekat ben than market. lepas makan terus la kami jenjalan pulak.. 


pekena ayaq nyok dulu hilangkan penat lelah berjalan.. disebabkan hari ni hari pertama kami memang tak shopping apa pun lagi... 
nak servey lagi.. jangan kau servey sampai ke balik udahle.. hahahaha tak beli ape servey ajeee... last2 tahun depan pulak datang beli... kakaka.. 
jangan begitu ye..

lepas habis jenjalan dan survey kami balik hotel dan tidoo.. esok nak jenjalan ke mekong pulak..





2 comments:

  1. Lamanyaaaa tak mai singgah blog akak. Mursyid dah besar. :D

    ReplyDelete
  2. Lamanyaaaa tak mai singgah blog akak. Mursyid dah besar. :D

    ReplyDelete