Friday, January 15, 2016

Trip ke Ho Chi Minth City Part 3

Assalamualaikum...

hari ketiga ni kami breakfast dekat kampung panda jugak.. lepas tu driver bawak kami ke masjid.. 
ada beberapa masjid dalam bandar ni.. kami berkesempatan singgah dua masjid.

walaupun penduduk islam di Ho chi minh sangat sikit.. tapi masjid dia boleh tahan besar jugak.. 



ada jugak kelas mengaji di masjid ni.. ustaz tu belajar di terengganu tau.. orang islam sini akan ke Malaysia atau thailand untuk belajar agama.. 


masjid kedua yang kami sempat singgah..

lepas tu kami dibawa ke Saigon square. dekat saigon square ni lebih selesa nak bershopping.. 
harga pun murah daripada pasar malam.. kat sini la baru saya tau beg kipling yang saya nak beli kat pasar malam tu jauh lebih murah.. lepas mintak kurang dapat murah lagi.. 

lepas tu kami pegi ke hard rock cafe.. pegi bergamba je.. tanda kata dah sampai sini.. hehee..






habih bergamba kat sini, kami pegi ke Ben tanh market. 
kat ben tanh ni memang macam-macam barang ada dijual disini.. 
tapi terus terang cakap saya tak berapa suka dengan suasana di ben tanh market ni.. 
peniaga2 di sini macam memaksa kita untuk beli barang. siap tarik2 tangan lagik.. 
tangan laki kita pon nak di hangkut jugak.. hahaha.. mana hakak tak hangin.. 
 huuhu alergy betoi la.. 

disebabkan hari ni adalah hari terakhir untuk shopping sebab esok dah nak balik, 
kami kena beli apa yang nak dibeli di sini jugak.. yang bestnya kat sini, saya dah tau kebanyakan standard harga barang.. 
so senang nak mintak kurang.. saya mintak kurang bawah daripada harga yang kami dapat sebelum ni..dan saya perhatikan jugak memang betul design kain yang saya beli di kilang semalam belum ada jual disini.. 
memang betul la cakap pekerja di kilang tu.. nasib baik saya beli jugak semalam... 

disebabkan abah mursyid nak buat blazer, kami cari la tempat buat blazer.. 


kami tempah kot abah mursyid kat sini.. kami bgtau esok dah nak balik.. dia janji malam tu jugak dia siapkan dan hantar ke bilik hotel sebelum pukul 10 malam.. 
saya macam tak berapa konfiden.. 
tambah pulak dia suruh bayar full rm3++ untuk kot dan 3 helai slack
saya siap snap gambar pekerja kat kedai ni.. takut dia tipu.. 
macam la buleh buat apa2 pun kalau kena tipu... haha.. jadinya tempah jugak dan tawakkal je la.. saya nak tempah tapi tak berani.. kurang2 kalau dia tak siapkan tak la rugi banyak sangat kan... 
so kat ben tanh ni saya beli beg dan cenderahati je ..

lepas keluar dari ben tanh ni, kami pegi makan dekat restoran dalam kawasan malay street tu.. kawasan malay street ni di kaki lima dia tu ramai jugak orang jual tudung, cenderahati dan macam-macam lagi.. tudung naelofar bersepah la orang jual di jalanan itu.. 

lepas makan kami balik hotel.. mandi dan rehat jap.. lepas tu keluar lagi untuk shopping sebelum balik esok pagi.. 

kami kelua jalan-jalan di malay street.. ada masuk kedai si sekitar malay street tuh... 
tudung naelofar kat sini harga dalam rm18 dan ke atas.. ikut design la.. 
saya beli tudung naelofar dekat kaki lima jek.. ada orang jual di kaki lima.. 
ramai orang berebut-rebut beli dengan dia.. sebab harganya murah yaamat.. rm16 je awak.. 
kalau yang kosong tak de hiasan apa2 rm13 je.. hah apa lagi hangkut la... 
tapi malangnya masa ni duit dah dah tak jenoh... jadinya beli setakat mana boleh je..


ini tudung naelofar yang saya beli dengan harga rm16 sahaja.. hahaha

lepas habis shopping kami berjalan balik ke hotel.. smpai hotel dah dekat pukul 10.. 
tanya dekat receptionist ada orang tinggal barang untuk kami tak... 
sebab kot yang ditempah tu janji siap pukul 10 dan dia akan hantar ke hotel terus.. dan receptionist tu cakap tak de.. saya dok fikir kena tipu dah kami.. 
abah mursyid buat2 rilek je.. dia kata ala belum pukul 10 lagi.. 
walaupun masa tu lagi 5 minit pukul 10... haha .. betul la jugak belum pukul 10 lagi.. 
positip positip

jadi kami naik bilik dan rehat dan siap-siap kemas barang.. 
tengah kemas- kemas barang, receptionist call suruh ambik barang di bawah.. haa legaaaaaa.. 
siap jugak kot yang kami tempah tu...

abah mursyid terus bergegas pegi ambik bawak ke bilik dan terus cuba.. memang puas hati.. 
jahitan dia kemas.. seluar slack pon semua kemas dan sedap pakai.. 
jadi sape2 yang tempah kot silalah ke Ben tanh Market dan pegi ke kedai ini.. 

cari kedai ni ye kalau nak buat kot.. memang puas hati.. murah sangat..

jadinya malam tu boleh tidur sambil tersenyum lah.. semua yang dihajati dapat.. 

pagi esoknya, lepas breakfast, driver bawak kami meronda bandar ho chi minh.. 
lepas tu terus ke airport 

orang vietnam memang suka mengopi macam ni di tepi2 jalan.. rilek2 je..


dah smpai airport dan dah masuk untuk terbang balik ke tanahairku


dah selamat sampai klia.. pegi satu troley balik 2 troli penoh.. hahahha








1 comment: