Tuesday, November 15, 2016

Majlis konvokesyen mursyid

Assalamualaikumm..

Alhamdulillah.. hari sabtu baru ni anak teruna saya nan seorang dah konvo dah wehh..
konvo tadika jela... dedulu tak de pulak nak merasa konvo zaman tadika ye dak?..
 sekarang tadika pon dah merasa berjubah konvo bagaihhh... 

zaman mak dulu nak merasa berkonvo hah belajar la kau nakk hingga ke menara gading... 
baru la merasa pakai jubah konvo , lambung topi konvo bagai kan...haha

majlis konvokesyen mursyid kali ni buat di kompleks astaka batu kurau.. 
minggu ni pulak abah mursyid ada urusan kena g kl.. 
makanya mama n mursyid jelah pegi..





dah grad tadika dah mursyid.. haha.. tahun depan derjah satu dah..
cepatnya lahai anak membesar.. maknye pulak cepat lahai mak menua.. kakakka..
ok mak pasrah dengan proses penuaan ini.. huhu..







Monday, November 14, 2016

Jalan-jalan ke Muzium Taiping

Assalamualaikum,,..

sebenarnya dah lama sangat Mursyid dok ajak p muzium.. last p muzium tahun lepas masa bawak pelancong jenjalan.. yakni sepupu sepapat mursyid ...pelancong la sangat... haha..

ingatkan lepas dah bawak hari tu dia tak ajak dah la p muzium.. 
tetapi sangkaan ku meleset sama sekali bila dia dok ajak lagi p muzium lagi.. 
mak aihhh ada pa la kat muzium tu yang anak teghona cek gemaq sangat nak p.. hahhaa.. 

rupa-rupanya ada pameran lukisan 3D. 
mak dia dok lalu tetiap hari depan muzium buleh tak perasan banner pameran 3D, 
pasai fokus memandu selaku pemandu berhemah kan, mana buleh dok tengok sana sini... 
mursyid penumpang jaa,...
 dok saja2 perati sana sini nampak la banner pameran 3D depan muzium tuh.. 
patot la dia dok hajak p muzium tak berenti..

jadinya selepas janji demi janji nak p muzium tak tepati jugak, lepas habis majlis konvo , 
kami terus balik tukar baju mursyid.. 
lepas tu bergegaslah kami dua beranak p Muzium Taiping. 

hah sebelum smpai dia ambik hp saya siap2 simpan dalam beg dia.... nak ambik gambaq mama katanya... mama ambik gambar mursyid guna kamera mama.. 
amboihh dia pulak dok atoq acara lawatan ke muzium..

sampai muzium ingat tak dak orang...sekali tengok kereta kat parking penuh jugak... aish rupanya ramai jugak orang suka p muzium macam mursyid.. kekeke..

lepas parking kami terus p beli tiket.. harga tiket murah ja weyy.. rm1 ja sorang.. 
kami dua orang maka dua hengget jeh..
jadinya marilah beramai-ramai melawat muzium taiping..
tak kan la seringgit pon berkira kot...ko pehall

anak mak cik kelihatan berdisiplin sangat berdiri tegak gitu..hahhaa

sekali sekala jumpa geng lepak kedai kopi tak ingat nak balik rumah ye nak...










gaya nak buka pintu sambil cakap telefon.. drama sangat...

seorang mak cik di tepi bendang



ni keje parttime makcik ...mak cik terpaksa buat dua keje nak.. demi kelangsungan hidup..

(gambar diambil oleh si anak makcik.. begego sesaje)

puas dah hati mursyid dapat buat lawatan sambil belajar ke muzium.. 
mak dia pon lega sebab dah tunaikan janji manis yang dah bersemut ...hahaha

kalau tak, asal lalu depan muzium dia ungkit janji manis mama..
dah tetiap hari pulak tu lalu depan muzium, 
lepas ni tak ajak p muzium dah kot.. 
tapi rasanya dia akan ajak lagi kalau ada pameran lain pulak...
mak is redho..


Saturday, November 12, 2016

jalan jalan ke Langkawi

Assalamualaikum...

baru-baru ni kami sekeluarga pegi bercuti ke langkawi.. last p langkawi tahun lepas ikut rombongan sekolah saya.. bawak mursyid je pegi masa tu..abah mursyid tak ikut.. 

sejak kebelakangan ni saya agak stress dengan keja dan hal2 lain ..
jadinya ajak abah pegi bercuti ke pulau.. nak tenangkan fikiran sikit..
 serabut semacam rasa... huhu...

kebetulan pulak cuti hari jumaat.. so kami bertolak pagi jumaat.. 
cadangnya nak bertolak selepas subuh.. 
memang bertolak lepas subuh tapi lepas bangun tido sesudah subuh..hahahah
abah mursyid dah pesan suruh saya beli tiket feri awal kat online.. tapi saya saaaaaaaangat la sibuk dengan keja2 di sekolah sampai tak ingat langsung nak beli tiket..

petang khamis baru teringat, bila cek tiket online, dah tak boleh beli online untuk yang pagi jumaat, petang jek boleh beli onlie.. maknanya nak kena beli tiket kat jeti la..

kami bertolak dalam pukul 8.30 camtu.. sampai kuala kedah pukul 10 lebih .. 
nasib baik sempat beli tiket pukul 1045 pagi
masa sampai dekat trafik light simpang nak ke jeti, ada orang naik moto hon.. 
saya pon pelik awat dok hon.. rupanya depa nak suruh parking tempat depa..
disebabkan kami nak cepat kami ikut jelah orang yang naik moto tu. so parking kat tempat dia. dia caj rm50 untuk 3 hari.

lepas tu terus bergegas masuk feri .. nasib baik sempat.. orang boleh tahan ramai jugak.. 
memang sentiasa ramai ke orang nak ke langkawi ni??

atas feri kami masing-masing layan kehendak mata yang nak pejam la... ngantuk weh
sedaq2 dah nak sampai pulau langkawi.. mursyid je tak nak tido.. 
pastu kacau orang tido sebab dia boring..

sampai jeti kat langkawi, kami terus keluar feri n tunggu orang yang sewa kereta hantar kereta..punyaaa lama tunggu.. daripada dok tunggu kat luar, last2 kami masuk kedalam..
lama jugak dok melepak dalam tu baru la dia kol kata dah smpai..

pastu kami terus pegi kat kereta, dan orang tu cakap aircond kereta ni tak sejuk,..gas habih.. 
hari ni bengkel kereta tutup.. dah la hari tu hujan..
takkan nak bawak kereta tak dak aircond di hari hujan.. saya mula rasa geram..
yela abah mursyid  dah booking awal kot siap ambik pakej bagaihhh..


tunggu tukar kereta lain pulak..

last2 dia tukar dengan kereta lain..
itu pon jenuh menunggu lagi nak dapat kereta lain yang aircond ok..
pastu kami terus gerak ke tempat penginapan yang abah mursyid dah tempah mali best resort.
sampai sana kena parking kat luar.. pastu angkut beg dalam hujan masuk dalam untuk check in.. huhu
kat mali best ni memang tak de parking..
kena pandai2 cari parking kot tepi jalan.

masa check in tu kena tunggu lagi sebabnya.. kengkonon abah nak surprise kan mama mursyid.. orang tu beria ambik pakej honeymoon bagaihh..
sekali kami sampai, bilik belum siap deco ... hambek... nak pakej honeymoon sangat..
menunggu lagi kami kat situ dekat setengah jam jugak...huhu

akhirnya.. setelah sekian lama menunggu baru la boleh masuk bilik..
daripada nak surprise dah jadi tak surperise dah... hahaha..

masuk je bilik bau bunga semerbak..

awat anak teghona chek posing lagu tuhhh...hahha


ginilah rupanya biliknya... mak pon buat2 tokojut gak la.. ..
tak nak la usaha abah menjadi sia2..kekekek

masuk je bilik tak dan nak kata apa, si anak terus melompat atas katil.. 
habis bersepah bunga dan wording tuh.. 
terpaksa la maknya susun balik sebab nak bergambar... hahaha..gigih sangat..

lepas dah begamba, kena la clear balik semua benda alah atas katil tu sebab memasing dah letih dan nak merehatkan badan. satu hal plak lagi nak kena clearkan katil tuh.. 
lepas tu semua terbongkang tido ...
lepas solat maghrib baru kami keluar cari makan.. hujan lebat pulak tu masa keluar.. 
terpaksa la beli baju hujan pelestit sorang satu.

lepas makan terus balik bilik dan tidooo sebab aktiviti esok ialah island hoping,...

esok nya lepas breakfast, kami tunggu van untuk bawak g island hopping datang ambik. 
pagi yang indah tadi jadi kurang indah bila hujan turun lagik.. 
 terpaksa la makcik anak beranak berbungkuih plastik sementara tunggu van.



so lepas van angkut kami, dia terus bawak ke jeti untuk island hoping.. excited mak weh.. 
maklum la dok mai langkawi banyak kali dah..tapi tak pernah lagi p island hoping.. kesian kann...

so sampai jeti terus naik bot.. mursyid mula2 macam takut.. 
tapi tidak lama kemudian dia yang over berani ..siap nak dok tepi nak pegang air laut..


ada orang takutt naik bot. tapi lepas tu dia yang terlebih..



hentian pertama dia bawak pegi Pulau dayang bunting.. sesuai la untuk yang nak bunting tapi tak terbunting nih.. kakakaka.. 
sebelum turun bot, sila ingat nombor bot dan kenalpasti rakan-rakan seangkatan dalam bot tuh.. supaya nanti senang bila nak balik nanti..tak la hampa salah bot dan akhirnya terdampar di kepualauan Phi Phi.. hahhaha.. yang bawak bot tu akan pesan siap-siap pukul berapa kena berkumpul di jeti semula.. jadi silalah tepati masa.. 
jangan la dok syok berendam sehingga lupa jalan pulang..

dari jeti lepas turun bot tadi nak ke tasik dayang bunting kena menapak agak jauh ye.. 
naik turun tangga .. dengan beberapa halangan yang mendebarkan iaitu monyet2 yang kelaparan.. kalau bawak makanan sila sorok dalam beg.. kalau dia nampak anda bawak makanan ,
 tanpa segan silu dia rampas.. mmg monyet tak dak adab betul..hahaha


sedang gigih menapak menuju ke Tasik Dayang Bunting



setelah melalui perjalanan yang penuh dugaan, kikiki... kami pun sampai ke Tasik Dayang bunting..
kena sewa jaket keselamatan kalau nak berendam dalam tasik ni ye.. 
tapi ada disediakn kolam khas untuk budak-budak... 
kalau setakat nak berendam dalam kolam budak tu, tak payah sewa jaket keselamatan la.. 
makanya mak mursyid pon join sekali dengan budak2..haha



kelihatan seorang mak budak sedang berendam di situ. dengan harapan balik nanti buleh bunting kot...akakkaka


sebenarnya ramai je mak budak join sekali main dalam kolam budak nih.. 

habih berendam kita menikmati keindahan pulak.. mursyid ajak naik itik tuh.. mak dia takut.. 
takut terdampar di hujung tasik tanpa bekalan makanan..hahaha


sebelum tiba masa yang ditetapkan tadi, kami menapak semula untuk ke jeti tunggu bot.. 
tak payah salin-salin baju.. pakai je baju basah tu.. 
sebab satg g pulau lain pulak nak mandi manda lagi..


okeh sambil tunggu bot kita posing ala2 titanic mak dan anak..

nanti ada orang akan announce nombor bot .. so kena alert bila dia announce nombor kita.. 
bila dia panggil nombor bot, silalah bergerak ke jeti untuk naik bot..sebab tu penting untuk ingat nombor bot.. ataupun cam org yang naik bot sama ngn kita.. jgn yang naik bot sama tu pon lupa nombor gak.. ahha.. nunggu le kome kat situ..

so lepas naik bot destinasi seterusnya ialahh p tengok burung helang.. 
saya tak ingat nama pulau tu apa.. 

lepas tu pegi pulau beras basah pulak.. 
dah sampai pulau beras basah.. mursyid seronok sebab buleh main pasiaq..









maka terbinalah istana cinta hamba buat tuan hamba... istana pasiaq saja yang hamba mampu.. haha

sebelum balik, kita ambik gambaq kat sini dulu.. nak habaq kata dah smpai pulau beras basah uollsss..

lepas tu naik bot dan kembali ke jeti semula.. kat jeti nanti akan ada orang jual gambaq yang di ambil tanpa pengetahun kita.. mula2 macam tak mau beli.. 
sebab gambaq tak ready.. 
pastu macam tak berapa comey..(macamla kalau ready elok2 tu hg comey).. 
tapi mursyid gigih suruh beli jugak..makanya beli la jugak hat ada muka mama mursyid n mursyid.. 
abah tetap tak mau ngaku gambaq dia... sebab mcm terok beno kot.. kekekek...

lepas tu naik van dan kembali ke hotel.. balik hotel mursyid ajak p mandi kolam pulak.. 
makanya layan jela.. alang-alang dah kebasahan tadi kan..


lepas tu kami rehat je kat bilik..lepas rehat kelua makan n shopping sikit..lepas tu balik tidoo

esok paginya , mursyid ajak mandi kolam lagi sebelum balik.. hahaha.. 



lepas mandi kolam, siap2 dan check out, kami pergi ke museum 3D. 



di sinilah letaknya muzium 3D.. cable car tak sempat naik.. sebab orang ramai sangat..  
kami memang terus ke muzium 3D je.. sebab memang plan nak g situ je.. 








so layan jela gambar2 dalam muzium 3D tu.. memang best muzium ni.. 
Mursyid memang suka yaamat.. puas hati masuk sini..














































lepastu kami terus gerak ke jeti untuk balik.. 

sampai kuala kedah .. tunggu abah g ambik kereta lama la jugak.. rupanya orang yang jaga parking tu mintak tambah lagi rm20.. mula-mula abah tak puas hati jugak.. sebab masa dtg hari tu dah bayar rm50 ni mintak tambah lagi.. tapi dia malas nak gaduh2 dia bayar je.. 

lepas tu kami terus gerak balik kee taiping.. esok keja weh..