Tuesday, November 15, 2016

Majlis konvokesyen mursyid

Assalamualaikumm..

Alhamdulillah.. hari sabtu baru ni anak teruna saya nan seorang dah konvo dah wehh..
konvo tadika jela... dedulu tak de pulak nak merasa konvo zaman tadika ye dak?..
 sekarang tadika pon dah merasa berjubah konvo bagaihhh... 

zaman mak dulu nak merasa berkonvo hah belajar la kau nakk hingga ke menara gading... 
baru la merasa pakai jubah konvo , lambung topi konvo bagai kan...haha

majlis konvokesyen mursyid kali ni buat di kompleks astaka batu kurau.. 
minggu ni pulak abah mursyid ada urusan kena g kl.. 
makanya mama n mursyid jelah pegi..





dah grad tadika dah mursyid.. haha.. tahun depan derjah satu dah..
cepatnya lahai anak membesar.. maknye pulak cepat lahai mak menua.. kakakka..
ok mak pasrah dengan proses penuaan ini.. huhu..







Monday, November 14, 2016

Jalan-jalan ke Muzium Taiping

Assalamualaikum,,..

sebenarnya dah lama sangat Mursyid dok ajak p muzium.. last p muzium tahun lepas masa bawak pelancong jenjalan.. yakni sepupu sepapat mursyid ...pelancong la sangat... haha..

ingatkan lepas dah bawak hari tu dia tak ajak dah la p muzium.. 
tetapi sangkaan ku meleset sama sekali bila dia dok ajak lagi p muzium lagi.. 
mak aihhh ada pa la kat muzium tu yang anak teghona cek gemaq sangat nak p.. hahhaa.. 

rupa-rupanya ada pameran lukisan 3D. 
mak dia dok lalu tetiap hari depan muzium buleh tak perasan banner pameran 3D, 
pasai fokus memandu selaku pemandu berhemah kan, mana buleh dok tengok sana sini... 
mursyid penumpang jaa,...
 dok saja2 perati sana sini nampak la banner pameran 3D depan muzium tuh.. 
patot la dia dok hajak p muzium tak berenti..

jadinya selepas janji demi janji nak p muzium tak tepati jugak, lepas habis majlis konvo , 
kami terus balik tukar baju mursyid.. 
lepas tu bergegaslah kami dua beranak p Muzium Taiping. 

hah sebelum smpai dia ambik hp saya siap2 simpan dalam beg dia.... nak ambik gambaq mama katanya... mama ambik gambar mursyid guna kamera mama.. 
amboihh dia pulak dok atoq acara lawatan ke muzium..

sampai muzium ingat tak dak orang...sekali tengok kereta kat parking penuh jugak... aish rupanya ramai jugak orang suka p muzium macam mursyid.. kekeke..

lepas parking kami terus p beli tiket.. harga tiket murah ja weyy.. rm1 ja sorang.. 
kami dua orang maka dua hengget jeh..
jadinya marilah beramai-ramai melawat muzium taiping..
tak kan la seringgit pon berkira kot...ko pehall

anak mak cik kelihatan berdisiplin sangat berdiri tegak gitu..hahhaa

sekali sekala jumpa geng lepak kedai kopi tak ingat nak balik rumah ye nak...










gaya nak buka pintu sambil cakap telefon.. drama sangat...

seorang mak cik di tepi bendang



ni keje parttime makcik ...mak cik terpaksa buat dua keje nak.. demi kelangsungan hidup..

(gambar diambil oleh si anak makcik.. begego sesaje)

puas dah hati mursyid dapat buat lawatan sambil belajar ke muzium.. 
mak dia pon lega sebab dah tunaikan janji manis yang dah bersemut ...hahaha

kalau tak, asal lalu depan muzium dia ungkit janji manis mama..
dah tetiap hari pulak tu lalu depan muzium, 
lepas ni tak ajak p muzium dah kot.. 
tapi rasanya dia akan ajak lagi kalau ada pameran lain pulak...
mak is redho..