Monday, August 21, 2017

Umrah ramadhan part 5

Assalamualaikum..

hari ni hari ke 5 kami di madinah.. semalam ustaz mutawwif maklumkan yang kami akan bertolak ke Mekah pukul 2 petang ni.. jadi lepas sahur terus ke masjid solat subuh..
kemudian sekali lagi saya tunggu di kawasan raudhah untuk masuk ke raudhah lagi sekali sebelum bertolak ke mekah.

lepas keluar dari raudhah saya terus balik ke bilik untuk siapkan beg..
balik hotel tengok kat lobi dah bersusun beg group kami .. wahh awal betul diorang ni..
lepas selesai bawak turun beg.. lagi sekali kami pergi masjid nabawi untuk ziarah selamat tinggal .
insyaallah kami akan datang lagi.. sebak rase nak tinggalkan masjid nabi..

lepas tu abah n mursyid dah siap pakai ihram ..
sebab nanti akan singgah di masjid bir ali untuk miqat umrah pertama kami.
lepas settle angkat beg masuk dalam bas, dan semua jemaah dah cukup, kami pun bertolak ke Mekah

dalam bas menuju ke Kota Mekah. 

sampai di Masjid Bir Ali, parking bas agak jauh .. 
so kena berjalan agak jauh untuk ke masjid..mulanya saya tak nak turun sebab mursyid tido.. 
kesian pulak kat dia.. dah la kat luar tu cuaca sangat panas.. jadi ingat nak niat atas bas je..
Ustaz cakap boleh niat atas bas kalau tak larat nak turun. 
tapi bila semua orang dah turun, saya rasa macam rugi pulak tak turun.. 
bukan senang nak datang sini kan.. jadinya saya kejut mursyid dan heret jugak la dia berjalan tengah panas dan agak jauh.




selesai niat umrah di miqat bir ali...

Alhamdulillah mursyid ok je.. 
tak de buat perangai pun walaupun terpaksa berjalan agak jauh di tengah panas.. 

lepas selesai niat semua, kena la menapak lagi nak naik bas.. fuhh cuaca teramatlah panas.. 
naik je bas..lega kena aircond.. terus tertido  dalam bas..

sampai di hentian Wadi Qudaid semua jemaah berhenti di sini untuk berbuka.. memang ramai.. penuhh.. jenuh nak kejutkan si mursyid bangun.. memang kami turun last sekali.. 
nasib baik ada tempat lagi untuk kami duduk..  sebab bas lain tak sampai lagi..


mursyid tido sepanjang kami berbuka puasa... penat sangat la tu

ni la menu berbuka kami.. nasi arab paling sedap pernah saya rasa.. memang sedap.. sangat sedap.. 

disebabkan mursyid tido kami tapau la sikit nasi arab ni untuk dia..
buat bekalan bila dia dah bangun tido nanti.

lepas selesai berbuka, kami solat jamak maghrib dan isyak di situ.. 

lepas tu kami naik bas dan menyambung perjalanan ke mekah..

Lebih kurang dalam pukul 12 malam kami sampai di Tanah suci kota Mekah.

Masyaallah terujanya saya bila nampak signboard masjidil haram.. rasa tak sabar nak pegi masjid.. 



masa kami sampai, orang ramai baru selesai solat tarawikh.. penuh orang di jalan.. 
bas terpaksa tunggu untuk dapat kebenaran masuk ke kawasan hotel..

bila dah masuk ke kawasan hotel.. macam biasa la.. kena angkut beg.. ambik kunci bilik.. 
kemudian tunggu la giliran nak naik lif.. memang ambik masa lama untuk urusan ni.. 
di Mekah kami stay di Hotel Haneen Firdaus.. 
tak jauh la dengan masjidil Haram..

dah selesai angkat beg semua masuk dalam bilik dah dekat pukul 3 pagi ,
mula-mula cadang nak rehat dulu, esok pagi baru pergi buat umrah.. 
tapi abah mursyid ajak selesaikan umrah malam tu jugak.. 
sebab di risau takut terlanggar larangan dalam ihram.. 

jadinya lepas makan sahur, kami terus ke Masjidil Haram untuk selesaikan Umrah pertama kami.. 
terpaksa la heret si mursyid yang keletihan.. tapi syukur alhamdulillah.. 
dia tak merungut langsung...dia ikut je.. 
padahal dia sejenis yang suka mengomen. tambah-tambah kalau dia letih.. 
memang akan buat perangai.. tapi di sini allah permudahkan semuanya..

Masuk je Masjidil Haram, nampak je Kaabah.. allahuakbar.. tak terkata ... 
perasaan seronok sebak semua ada.. 
Masyaallah tak sangka allah bagi kesempatan dan peluang untuk kami sekeluarga ke sini.. 

kami terus buat tawaf tapi sempat buat 2 pusingan, lepas tu kena stop untuk solat subuh.. 
lepas solat subuh sambung balik tawaf.. 

selesai tawaf kami pergi saei pulak.. kat sini mursyid dah mula tak larat.. 
saya akan berhenti rehat setiap kali dia cakap tak larat.. saya memang tak paksa dia.. 
setiap kali berhenti saya akan bercerita tentang sejarah nabi ismail, siti hajar ,bukit sofa dan marwah. dia seronok je dengar saya bercerita
bila dah hilang penat dia akan ajak saya sambung saie balik.. macam tu lah sampai habis saie.. 
dan kemudian kami bertahlul..
 tapi memang ambik masa yang agak lama la nak habiskan saie..

daripada pukul 3 pagi, kami masuk ke Masjidil Haram, pukul 10 pagi baru selesai umrah kami..
lepas je selesai umrah, saya terus bawak mursyid balik ke hotel.. memang kena bagi dia rehat.. 
bukan dia je..mak dia pun kena rehat.. 
abah tunggu kat Masjid lagi sebab hari tu hari jumaat.. 
so tunggu nak solat jumaat. 

kami dua beranak sampai je bilik memang terlentang terus tak sedar diri... 
penat sangat-sangat.. 
lepas asar baru kami pegi masjid untuk berbuka dan solat maghrib.. lepas maghrib kami balik nak makan nasi la kat hotel.. perot nasi wee.. 
tapi makanan yang disediakan pihak hotel  amatlah tidak memuaskan..macam rugi je balik makan.. 
lepastu nak masuk masjid balik untuk isyak dan tarawikh tak dapat sebab dah penuh.. 
jadi solat kat luar je..huhuu..  Esok kena datang awal..





Post a Comment