Sunday, December 2, 2018

trip ke bangkok- day 1

Assalamualaikumm..

sempena cuti deepavali baru2 ni.. kami sekeluarga memilih untuk bercuti ke bangkok dan bawak bersama mak dan bapak mertua saya sekali.

sebenarnya, saya yang ajak abah mursyid p bangkok ni.. 
tujuannya sebab nak cari makanan sedap2.. hihi
masa p hatyai haritu dapat makan aiskrim kelapa ya amat sedap tu.. sis rasa teringin nak makan lagiiii
nak ajak abah mursyid p hatyai lagi dia mesti tak mau kan, jadi ajak p bangkok. 
dan juga saya teringin nak p khao yai.. banyak orang share khao yai ni cantekkk sangat tempat dia.
dan tanpa disangka abah mursyid setuju dan terus beli tiket flight..rezeki hakakkk kan.. haha

jadinya terbanglah kami sekeluarga ke bangkok.
tapi sebelum pergi tu abah mursyid dah tempah parvena hotel area sathorn road
hotel ni dekat dengan balai polis dan pejabat imigresen
dann saya pulak dengan penoh semangat waja dah cari driver yang nak bawak kami ke Khaoyai nanti.


kelihatan sis paling semangat kan.. hahaha
sis memang sentiasa semangat kalau bab berjalan2 nih..




dah selesai check in semua.. kami pun masuk ke dalam.. jauh nak sampai gate 18 oii
peluh ketiak gak la nak smpai.. berliku2..haha



dalam flight.. terpisah sikit dari abah.. tapi hanya laluan memisahkan kami..kiki

dua jam je nak ke bangkok ni.. dan kami dah pun selamat sampai.. 
sampai bangkok dalam pukul 5.30 petang tapi dah gelap gulita dan dah nak masuk maghrib


sempat la bergambaq sedaih menunjukkan mereka mengalu2kan kedatangan kita.. hehe

lepas tu terus pergi beratur nak cop passport dulu.. tengah2 beratur  tu mursyid dok main2 dgn beg roda dia.. sekali pegawai imigresen thai datang kat saya .. 
ingatkan dia nak marah mursyid dok main.. sekali dia suruh masuk line priority sebab bawak budak..fuhhh legaaa.. tak payah beratur panjang

lepas selesai cop passport, kami p cari kedai nak beli simcard.. sebab kami nak guna grab kat sini.. jadi kami tukaq pakai travel sim card. kat dalam airport ni banyakk jual travel simcard...

sementara abah dok beli simcard tu, saya pegi tanya taxi airport, berapa harga untuk ke sathorn road.. harganya 800 bhat.. fuh mahallllll

selesai beli simcard , kami terus keluar tunggu di luar.. sementara abah mursyid tgh booking grab..
lama jugak kami tunggu sebab banyak driver grab tak mau ambik kami.. ahhaha sadisss..
sebab waktu tu tengah jam teruk , so diorang tak nak masuk airport..
nasib baik ada jugak yang sudi setelah sekian lama menunggu..
naik grab smpai parvena hotel hanya 350bhat.. jauh bezakan harga dia..



grab smpai, dan kami pun angkut beg masuk grab.. 
dan jalan memang sangat2 jem.. jenuh jugak nak smpai ke hotel pon
lotih betul sangkut dalam jem lama gituh.. 


so dalam perjalan sempat la snap gambaq restoran halal ni berdekatan kedutaan pakistan... 
banyak restoran halal.. tapi kami tak p situ pun sampai balik.. haha

setelah kematu bontot sangkut dalam jem, kami pun  sampai ke hotel parvena.. fuh legaaaa
smpai terus check in.. memandangkan kami tak makan lagi sejak dari melesia, kami pun tanya dekat pekerja hotel boleh tak hantar kami ke restoran halal?

hotel ni memang ada sediakan transport yakni tuk tuk secara percuma untuk ke mana2 dalam 3 km je la.. selesai check in, dan confirm waktu nak p makan, kami terus naik bilik.. 
hantar barang je sebab kami nak turun balik untuk pegi makan

ginilah keadaan bilik hotel kami.. kemas dan bersih.. memang puas hati.
lepas ambik gamba bilik dari pelbagai sudut dan terus turun bawah.. nak p makan





dari balkoni bilik kami ni, memang boleh nampak balai polis.. lalu sis rasa selamat.. ahha



dan lagi bergambaq dengan tuk tuk..
sebab mursyid suka benau dengan tuk tuk sejak2 pergi hatyai hari tu
tuk tuk memang sentiasa dok ada situ.. ready menunggu guest  yang nak gunakan khidmatnya..

jadi driver tu bawak kami ke kedai makan halal berdekatan..
dia bawak kami ke Mama roti restaurant

dah sampai restoran .. jom masuk ..lapau gilo

tengah dok berkira2 nak makan apa.. perot masing-masing lapaq.. semua benda rasa nak horder

disebabkan dulu makan teh ais kat hatyai sedap gila... jadi saya pun order teh ais jugak.. 
ok tak sesedap teh ais kat hatyai..huhu

ini menu-menu yang kami order.. tomyum tu sedap.. 
nasi goreng seafood pon boleh tahan.. yang lain biasa2 jek..  









dan ada pekerja kat restoran ni yang pandai cakap melayu..jadi senang la nak request apa2..
dan harga kat sini agak mahal wehhh

dah selesai makan, kami call je hotel untuk pick up kami balik kat restoran.. 
dan driver tuk tuk pun datang ambik kami balik ke hotel..

sampai hotel, staff hotel bgtau makanan dan minuman kat sini free, boleh ambik bila2 masa, banyak mana pun boleh.. panjtang dengaq free , jadi kami pun bancuh teh secewen bawak naik atas.hehe

kemuadian tidurrrrr.. esok jauh perjalanan ke Khaoyai








Post a Comment